Sunday, April 19, 2015

Mee Kari Sempena Harijadi

Besday aku dah berlalu pun... 16hb... dan fiancee aku plak 17hb April. Sepatutnya aku bercuti pada tarikh tu, malangnya tak dapat cuti walaupun aku dah lama apply, aku mintak tolong dengan Team Leader... Manager pun dah berikan approval tetapi masih tak approved dengan alasan quota penuh. Aku tengok dalam portal time shift cuti tarikh tu available... hijau. Macam nilah nasib staff kontrak, sesuka hati diperlakukan, bila ramai berhenti kerja dorang sendiri serabut serat... ah itu masalah dalaman dorang. Tapi sampai masa aku akan luahkan jugak rasa tak puas hati ni dalam surat resign. Nasib baik hari ini aku off day... 

Jadi... aku pun terasa nak masak mee kari.... yeeeeha. Dua kali aku masak mee kari... 1st round eksperimen rasa okay tapi tak cukup kaw dan kuah memang ceroi... aku share picture kat whatsapp kena kritik dengan members... kritik aku tak pandai masak. Memang la tak pandai masak... aku boleh masak je. Aku terima kritikan walaupun dorang cakap muka cantik tapi tak pandai masak tak layak buat bini (ramai gak yang tak pandai masak jadi bini orang kan ... kan... kan... Makcik aku daripada tak tahu masak, sekarang dia pandai buat coklat sendiri tau... janji hidup mesti bermotivasi). Aku tak ambik hatilah apa dorang cakap... bergurau kasar memang lah gitu. Hati kena kental sebab kerja aku pun memang dengar manusia mengkritik. Tapi percayalah cakap aku, kalau kita jaga solat kita. Kita akan punya kesabaran dan kekentalan yang tinggi. Buat sesuatu dengan mulakan bismillah. Bacalah alfatihah dengan betul... insyallah kita boleh hadapi dugaan dan cabaran hidup ini. 

Melalut plak kan.... Cam biasalah, perkara selalu berlaku bahan-bahan tak cukup. Mula-mula aku masak ikut resepi aku cari dalam google (kawan cakap nape tak tanya beliau... aku nak cuba dulu dan tanya pendapat sebenarnya). Frustnyer.... hari yang aku pergi AEONBig nak beli kerang, kerang tak ada lansung. Padahal tiap kali pergi ada je kerang. Besar...besar plak tu. 

Aku pilih masak mee kari yang simple.

Bahan-bahan kisar:

Bawang Besar 2 biji
Bawang Putih 2 biji
Halia besar ibu jari aku...
2 sudu besar serbuk kari
sedikit atau sesudu teh serbuk kunyit

(aku blend bawang besar dan bawang putih bersama halia kemudian aku gaul dengan serbuk kari dan kunyit)

Bahan-bahan kuah kari :

Fish ball
Fish cake (aku goreng)
Isi dan tulang Ayam
Sawi
Taugeh

*sebenarnya ada takua goreng dah lama aku beli, tapi bila nak guna dah expired plak.

Jangan lupa mee dan garam secukup rasa...

Hiasan yang aku ada:

Cabai
Telur rebus

1. Aku tumis bahan-bahan yang aku dah kisar sehingga bau harum naik. Aku masukkan isi dan tulang ayam yang aku potong kecil-kecil. Masak seketika dan tuangkan air. 

2. Bila mendidih, masukkan fish cake dan fish ball. Selepas mendidih baru aku masukkan garam secukup rasa dan sayur sawi.

3. Celur mee dan taugeh selamat 1 minit. Sediakan dalam mangkuk dan hiasankan dengan cabai. Aku terlupa dengan telur rebus. 

Hasilnya kuah mee kari cair. Aku cuba pekatkan dengan masukkan kentang.


Inilah gambar yang aku share dalam whatsapp group. Hehehe.... terima kasih atas kritikan, kalau tak buat silap macam mana nak tahu kekurangannya. Aku musykil gak mee kari ini abis dimakan... the taste is there but not umphhh.... kuah cayaq (cair). Tengok dalam periuk kuah kari cam dah kering tapi isi banyak lagi. Aku cuba lagi sekali kuah mee kari. Aku keluarkan semua isi dalam periuk, aku guna periuk yang sama.

Kali ini aku bahan-bahan yang aku kisar. Kali ni aku tak pakai bawang putih

2 biji bawang besar
halia besar ibu jari aku
cilipadi 5 biji

Aku gaul dengan serbuk kari dengan amount yang lebih dari 2 sudu besar bodoh resepi google tuh.

Tumis dalam periuk sehingga bau harum dan pecah minyak, kemudian masukkan semula isi mee kari tadi. Aku tambah air sedikit. 


Errrmmmmm.... nampak tak.... nampak tak.... pekat kan kan kan.... alangkah best kalau ada kerang. Mesti rasa lebih superb.  


Masa untuk merasa mee kari 2nd round ni. Errmmmmmm.... terasa macam makan mee kari di restoran Assam Pedas Claypot berdekatan dengan aparment aku. Pekat kari... pedas cili... sedap... 


Yang pasti... walaupun tak pandai masak.... aku BOLEH masak!