Tuesday, October 18, 2016

Koko kemalangan #straycat #streetcat #hitbyacaratparkinglot

Mula-mula dia berani ikut balik umah, suka mengeraskan diri dia dan menyorok kat rak kasut 
Maaf kerana lewat berkongsi kisah Koko dengan korang. Buat pengetahuan korang, Koko kena hit dan mati kat tempat kejadian. Mungkin owner kereta nak kelam-kabut nak keluar pergi kerja pagi-pagi. Dia tak periksa bawah kereta atau depan dia. Dia langgar Koko, Koko mati kat parking lot dia. Macam biasa pergi kerja suami akan hantar, jadi bila pagi tu kami turun nak ke parking. Kite nampak Koko terbaring kaku. Dekat dengan dia ada Si Juling (boipren) dan Cici (anak angkat Koko a.k.a anak Maymay).

Kite terperanjat sangat dan sedih. Kami terdiam sekejap tengok keadaan Koko. Dia tak nampak luka tapi darah keluar dari mulut dia banyak. Kami syak dia kena lenggek dengan kereta jiran. Suami pula cerita, jiran yang sama dah banyak kali langgar kucing dan anak kucing mati. Oh, I hate you so much! You killed my cat! Suami hantar kite pergi kerja dulu. Tapi bila dia balik, dia inform I Koko dah dialih. I harap Koko ditanam.

Sebelum tu, kite dah register nama Koko untuk free check up. Kalau boleh nak neutered dia dan kasi kat father in law (masa ni bapak bagitau dia nak bela kucing). Warna bulu Koko unik, kalau dapat bela dia untuk 5 tahun lagi ke... Sepanjang Koko dalam hidup kami, walaupun dia kucing pshyco tapi dia yang paling senang suami ajar. Kite pun sayang Koko, dia manja, senang pegang dan belai. Cuma kami risau bila dia beranak, dia mula meroyan. Kami rasa Koko ni sakit dan susu badan dia tak kuat untuk anak-anak dia membesar. Anak-anak dia mati satu persatu dan dia akan makan bangkai anak dia yang mati. Dia mula curi anak kucing lain yang dia jumpa buat macam anak dia. Itu yang terjadi pada anak-anak May. Kat situ kite tahu, Koko ni seekor ibu kucing penyayang dan nak sangat anak-anak dia hidup dan membesar. At least dia tolong besarkan Cici dan Bubu depan mata kite. Sepatutnya kami bawa Koko pergi Vet periksa apa masalah dia sebenarnya. Tak kesampaian hajat tu bila Koko dah mati. 

Sayang anak May macam anak dia juga
Dulu sangkakan kami akan kehilangan May. Tapi Allah duga kami sejauh mana kami boleh tolong May. Rupanya, kami tak kesampaian nak tolong Koko. Mungkin ada hikmahnya, kami dah tak perlu risau lagi dengan keadaan Koko yang semacam bila musim dia beranak. May dan Cici tiba-tiba ngam lepas Koko mati. Kalau tak Cici tak mau dengan ibunya, asyik berderam je bila dekat, May excited nak buli dia (gitu). Sekarang dah boleh main bersama. 

Koko, mummy redha Koko pergi dulu. Jadi debu-debu beterbangan di akhirat. Jangan lupa mummy and daddy yang pernah sayang dan ambil berat Koko dulu ye. Mummy love you and you will be always in my mind

Gambar kenangan yang sempat kite abadikan



No comments:

Post a Comment