Friday, December 8, 2017

Spaghetti Sos Kari (Spaghetti Curry Sausage)

Dah lama aihhh tak masak spaghetti sos kari ni. Pertama dan terakhir buat hampir 10 tahun lepas masa kerja kat cimb dulu. Dapat resepi best ni dari kakak officer (nickname dia sama dengan kite, nora. Jadi masa ni kite tukar nickname pakai nama zaza). Kenapa kite bagitau resepi ni best? Sebab resepi dia kena citarasa kite. Dia cakap masak ikut lidah orang Malaysia. Hahahaaaaa. Masa dapat resepi ni pun pakai cakap-cakap je. Tak de catit pape. Then, kita buat jamu kengkawan banker makan. Dorang cakap sedap jugak tapi tak tau la kot nak jaga hati kape kan. Tapi sedap jugak la bila rasa sendiri. Aaaaarrrrr... Masak kene rasa la sayang oiii... Kalau tak kang manis ke masin sangat ke. Apa pun tak boleh.

Memandangkan memang dah lama sangat dan ingat...ingat lupa bahannya. Kite nak gamble lah masak hari ni. Macam biasa apa yang ada kat dapur saja di hari ni. 



Bahan2 nya
Sebiji bawang besar potong dadu
3 biji bawang putih racik dadu
Halia besar ibu jari kite racik halus
Daging burger ramly 4 keping (sebab tak beli daging kisar) yang dicerai-ceraikan 
Tomato 3 biji potong dadu
Cendawan butang potong dadu
Ubi kentang USA (saja sebut jenis ubi) potong dadu
3 sudu besar serbuk kari
1/2 ketul kiub ikan bilis knorr (kiub ayam pun boleh) 
Butter 1/2 sudu teh
Minyak 2 sudu besar
And... Opkos la spaghetti (kite beli brand kimball) 
Gula dan garam secukup rasa


Nota : masa dapat resepi ni kak nora bagitau dia tak gunakan pes tomato sebab tak suka rasa masam. Dia gunakan tomato segar lebih banyak. So..., 3 biji tomato potong dadu

Cara masak:-
*celur spaghetti - rujuk panduan pada bungkusannya


*panaskan kuali, campak butter dan tuang minyak. Tumis bawang putih dan bawang besar bersama halia. Elok campakkan kentang dulu supaya empuk. Masukkan daging burger ramly. Goreng sehingga masak. Masukkan tomato dan kemudian cendawan. Gaul dan masak semua

*masukkan kiub ikan bilis

*masukkan serbuk kari. Gaul rata dan sebati. Masukkan air dalam dua cawan. Campaklah gula skit. Masak sehingga pekat skit. Akhir sekali garam secukup rasa ikut sedap lidah.

Hidangkan bersama spaghetti. Selain dari makan dengan spaghetti. Korang boleh buat cecah dengan roti...


Lupa plak nak bagitau. Nak pedas skit boleh taburkan serbuk cili. 


Wednesday, November 29, 2017

Menu Tradisi Pilihan Untuk Keluarga

Butter/Mentega adalah produk tenusu. Menjadi sapuan pada roti, menjadi ramuan membuat kek yang lazat dan biskut yang ranggup serta ia digunakan juga dalam pelbagai masakan dan minuman, macam kopi mentega. Kite pun tak pernah cuba lagi, kopi mentega ni. Dengar khabar la... kopi akan rasa berlemak dan masin-masin skit. Interesting.... Kite ada nonton tak silap, rancangan Spice Router ditaja oleh syarikat ADABI. Ada satu destinasi yang mereka pergi, mereka dijamu dengan minuman panas, kopi mentega. Kopi hitam yang dicampur dengan mentega. Tak silap kite, episod tu hos berada di lokasi pergunungan. Nanti bila-bila kite cuba dan kongsikan dengan korang ek Pengganti mentega ialah majerin. Majerin lebih murah dari mentega dan lebih padat dan pejal. Majerin diperbuat dari minyak sayuran. Sama fungsi dengan mentega, majerin pun orang guna dalam pembuatan kek, biskut dan juga masakan lain. Nasi goreng majerin, menu pertama kite masak menggunakan majerin. Kenangan masa remaja dan masih di sekolah menengah. Spontan je masa tu. Kite sangka masa tu kite la orang pertama buat keje senonoh tu. Rupenyer mak-mak kite dulu dah awal-awal lagi dah cipta nasi goreng majerin/butter.

image dari www.statefoodsafety.com
Korang patut stand-by mentega ataupun majerin dalam kabinet dapur atau peti sejuk. Kenapa? Sebab, bila nak masak tapi tiba-tiba minyak masak dah habis. Kedua-dua bahan ini boleh menggantikan minyak masak. Selain dari mentega atau majerin. Ada satu lagi bahan, lebih kurang sama tapi lain iaitu minyak sapi. Minyak sapi dikatakan diperbuat dari mentega tanpa garam yang di reneh dalam dalam periuk. Sehingga menjadi cecair lemak susu. Ia dihasilkan dalam suhu bilik dijadikan sehingga separa cair. Warna minyak sapi lebih kuning keemasan berbanding mentega atau majerin.

Kite nak sembang pasal menu tradisi keluarga. Kalau keluarga sebelah abah, kami sinonim dengan roti prata atau kami panggil roti nenek. Acu kite cerita, mereka membesar dengan sarapan itu, boleh tahan rasa lapar sehingga tengah hari. Memang betul pun. Para menantu belajar buat 'roti nenek' untuk sarapan pagi suami. Sehinggalah sekarang kami sangat suka sarapan or makan 'roti nenek' cecah dengan apa-apa saja kuah pedas, Dengan susu pekat pon menjadik jugek. Itu kira menu sarapan tradisi family radznan. Kalau menu lauk tengah hari pulak. Lauk satu ni, memang favorite! Lauk sambal tumis ikan goreng. Kalau ada menu ni, selera makan jadi super excited. Mesti nak tambah nasi. Masya Allah, makan nasi dengan lauk sambal tumis arwah nenek kite tu seminggu pun kite tak kisah, hokay! Another menu yang sehingga ke hari ni, kite rasa tiada yang boleh buat sesedap arwah nenek kita, kuih bombay. Kite memang payahlah nak makan kuih ni kalau jumpa kat mana-mana pun. Sebab mind kite dah set, tak ada siapa yang boleh buatkan kuih bombay sesedap arwah nenek buat. Kalau cookies or biskut raya pula, arwah nenek selalu buat biskut mazola. Terkenang pula masa kite bantu dia buat biskut mazola dulu...

Itu menu terkenal keluarga sebelah abah. Kalau abah sendiri, kite suka sangat makan ikan masa stim dia. Dia pula tahu dah bahagian yang kite suke, bahagian kepala ikan. Rindu masakan ikan stim abah! Abah pun boleh uli tepung buat 'roti nenek'. Of course! Anak dia yang ni, reti makan je. 

Menu utama setiap hari raya yang wajid ada atas meja rumah kakak kite, mak kite akan buat masak lode atau lontong dan rendang ayam Johor. Sambal tumis dah memang menu favorite forever and ever. Mak kite pun selalu jugak masak sambal tumis ikan goreng. Untung kak kite, dia tinggal dengan mak, selalu la dapat makan masakan mak. Setiap kali weekend dia akan up menu masakan mak. Jeles kite.

So, korang zaman ni dah ada ke masakan tradisi korang sendiri selain dari hidangan turun temurun nenek moyang korang? At least korang patut ada resepi rekaan sendiri yang menjadi hidangan wajib keluarga. 

Wednesday, November 8, 2017

Sweet Potatoes Jacobs Crispy Fries (Ubi Keledek Goreng)

Hola! Time...time hujan ni kalau pekena kudapan goreng-gorengan bersama dengan kopi atau teh 'o panas, menarik ni. Check peti sejuk ada lagi sebiji ubi keledek merah. Teringat nak beli ubi ni sebelum ni pun sebab nak buat goreng macam french fries. Nahhh petang semalam kita buat merapu skit.

Don't ask the recipe how making this dish look hipster. Nampak cam cripsy gitu dan gaya hipster kannn. Ahaaaa makan panas-panas cecah sos ke mayonis apa-apa sos terpulanglah. Kite memang suka cecah dengan sos



Bahan-bahan (macam biasa bahan-bahan apo yang ado kek dapur yo):
Ubi Keledek (apa-apa jenis ubi yang sewaktu dengannya pun boleh)
Tepung Gandum 2.. 3 sudu
Tepung Beras sesudu 2
Sodium bikarbonat skit
Gula skit
Garam skit
Telur sebiji (pecahkan dalam mangkuk dan pukul sehingga kuning sekata)
Biskut Jacobs (beberapa keping cukup untuk salut semua ubi yang dikerat-kerat nanti)
Minyak sayur

1) Kite bersihkan Ubi dan buang kulit. Kerat ubi tebal skit dan belah memanjang;

2) Saje kite taburkan dulu skit gula dan garam, gaul-gaul ubi. Kemudian, kite taburkan tepung gandum, tepung beras dan sodium bikarbonat skit. Ikut agak-agak korang boleh salut ubi. Tuang telur dan gaul lagi sehingga semua ubi bersalut. Telur dah buat salutan jadi liquid jadi tak perlu tuang air; Sukatilah kan, ikut koranglah nak bancuh macam manapun. 

3) Nak DIY serbuk roti rasa macam poyo plak. Kelogs cornflakes tak da, nestum pun tak ada. Tanya dengan husband biskut dia ada lagi tak? Dia suka makan biskut. Ada lagi skit, kita pun cukai la dalam 4 keping gitu. Hancurkan kepingan biskut Jacobs sehingga hancur. Jangan terlalu halus. Ratakan atas piring supaya senang nak salut pada ubi keledek sebelum goreng;

4) Tuang minyak. Agak-agak boleh tenggelam ubi. Panaskan minyak;

5) Sementara tunggu minyak panas. Kita gaulkan ubi keledek dengan serbuk biskut tadi. Minyak dah ready, masukkan ubi dan goreng sehingga warna keemasan. 

6) Angkat dan tos minyak. Sedia dihidang untuk minum petang atau sarapan pagi. Diluar garing dan rangup, didalam lembut gitulah hasilnya 

Dah abis serbu biskut. Goreng tepung je la ubi keledek ni

Note: Selain dari ubi keledek boleh la juga nak buat yang sama guna pisang ke, buah sukun ke, cucur cempedak kape ke goreng tepung yang lain pun jugak buat cara cam ni... ini kalau kat pasaran mesti harga hispter punya. Ekeleeee boleh je buat kat rumah kot, tinggal nak tak nak buat je kan?

Saturday, October 7, 2017

Experiment Sweet Potato Donut a. k. a Kuih Keria

Dah banyak kali kite mintak en. Hubby belikan ubi keledek. Finally dia belikan jugak tapi ubi keledek putih. Sebenarnya nak buat 'fries Malaysia' je. Potong panjang2, celup tepung kemudian goreng macam tempura. Nak buat celup tepung tu kite gunakan tepung beras, sedikit tepung gandung dan sordium bikarbonat serta secubit garam. Bancuh dengan air sejuk. Dah pasti kelikatan tepung menyalut ubi. Panaskan minyak dan goreng sehingga warna keemasan. Jadi le minum petang ke di kala hujan...hujan ni. But at last dapat juga ubi keledek merah

So...today (07.10.2017) kite tetiba rasa nak buat Kuih Keria Gula Melaka... Wahhh. Nak gi beli kuih keria antarabangsa yang femes tu bila tahun pulak kan. Jauh nau! Kebetulan pulak, kite masih ada simpan gula melaka dalam fridge. Inilah masanya nak bereksperimen! Cuma 1 je yang buat kite fikir dua kali nak buat, kuali. Kuali induction cooker kite bentuk dia cembung. Kite sangka susah nak masak gula nanti. Kite dapat idea lain, kite pun proceed. Sebelum nak buat tu, kite go through dulu cara-cara nak buat kuih keria. Credit to Youtuber Nyonya Cooking https://www.youtube.com/watch?v=9nroHCgOv-c

Ubi Keledek 
Bahan-bahan:-
Ubi Keledek (untuk 2 orang makan 3 biji Ubi Keledek yang cute)
Tepung (Dalam secawan 1/2 kot)
Air (standby secawan)
Sordium Bikarbonat (1 sudu teh kot)
Garam 
Gula Melaka (1/4 ketul kot)
Gula (Secawan 1/2 kot)
Minyak (kite guna jenama Alif)

**kenapa ada kot? Sebab masa buat kite tak ikut pun sukatan resepi mana-mana. Hahahaaa!

  • Kite panaskan air dalam kettle. Sementara menunggu air mendidih, kupas ubi keledek. Kerat ubi dalam saiz tebal. Dah bersihkan... Air tak mendidih lagi kite lepak kejap sambil tengok youtube lip sync battle Miley Cyres dengan Jimmy Fallon sampai en. Hubby berbunyi, air tu nak masak sampai kering ke? Hehehe... masukkan ubi keledek dan secubit garam. Rebus dalam 10 minit atau sehingga ubi keledek empuk. Test je dengan garpu, kalau senang cucuk tu empuklah
  • Toskan ubi keledek dalam bekas untuk dilenyek. Lenyek ubi yang empuk sehingga lumat. Biarkan ia sejuk dulu sebelum adunkan dengan tepung gandum.
Ubi Keledek rebus siap dilenyek

  • Dah sejuk skit, kite masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Kite masukkan juga sesudu teh sordium bikarbonat (saja suka-suka) dan sedikit garam.



Tengah-tengah nak adun, ada plak hamba Allah ni menyibuk jugak kat dapur sambil on call sambil nak sediakan makanan untuk anak bulus dia. Dengan anak bulus sekali sibuk kat dapur... menggesel kat kaki. Maymay tu dah berapa kali mummy terpijak ekor. Jangan la duk tengah-tengah sayang oii!

Dah janji dengan dia hari ni makan sedap. Tunggu daddy siapkan ye
  • Adun sehingga menjadi doh yang lembut. Tabur tepung ketika uli supaya tak melekat pada tangan. Buat bentuk gelang skit. Dapatlah 8 ke 9 ketul kuih keria siap untuk digoreng
Kemain tepungnyer... dah nampak macam donut bersalut gula halus!
  • Minyak pun dah panas, kite mula menggoreng kuih keria sehingga warna keemasan. Sementara menggoreng tu kite nak sediakan gula melaka untuk digaulkan dengan kuih keria kita. kite gunakan bekas stainless steel dalam gambar tu. Masukkan gula melaka, gula putih dalam 3 sudu besar (secawan kot), daun pandan (saja seronok) dan sedikit air. Masa nak masak gula ni atas air mendidih, tetiba power trip. Jangan risau tiada kecederaan ketika berlaku. Elektrik pulih sedia kala. Kuih keria selamat keluar dari kuali cembung
Masak atas kettle macam nak cairkan chocolate plak kan? Dalam kettle berisi air mendidih
  • Kesemua gula dah larut dan likat. Masukkan kuih keria dan gaulkan semua sehingga rata pada permukaan kuih, kacau dan kacau sehingga gula kering dan kelihatan berkuping pada permukaan kuih. Kite tak nunggu tadi sebab masak atas air mendidih. Kalau masak dan gaul dalam kuali senang banyak. Boleh gaul sehingga gula kering dan kelihatan berkuping kuping pada kuih keria. Angkat dan hidangkan...
Siap! Kite angkat terus tadi dan tunggu gula beku sendiri. Korang boleh dalam kuali atas api kecil sehingga gula kelihatan berkuping pada permukaan kuih. 
Dapat juga kite makan kuih keria gula melaka ni. Puas hati dengan isi ubi keledek yang padat dan lembut didalam. Diluarnya disaluti dengan gula melaka. At least en Hubby yang cerewet tu komen dia suka! (tak tau la komen tu nak jaga hati kite ke... tapi biasanya dia jenis terus terang) Yang penting tekak dan perut suami tercinta. 

Wednesday, August 23, 2017

Maymay Menjadi Sebahagian Hidup Kami!

Assalamummualaikum dan selamat sejahtera kepada yang pembaca blog kite (mulai sekarang nak bahasakan diri sebagai kite). Masih lagi dengan kisah kucing-kucing di kejirannan kite. Alhamdulillah... buat pengetahuan korang, Maymay officially adpoted by us. Officially juga my green laundry basket jadi tempat tidur Maymay. Kite letak bakul tersebut antara bilik tidur dan bilik wardrobe kite.

Dia dapat pulak bakul hijau ni
Kisahnya, memang masa mula-mula dia datang, dia dah suka masuk dalam bakul hijau kite tu. Puncanya, geram sangat dengan dia, kite masukkan dia dalam bakul tu. Terus dia relaks and tidur dalam tu. Bila bakul penuh kain baju, dia nampak tak puas hati. Kite tak nak la bagi dia dulu, sebab kite nak guna. Kekadang tu, kite terlangkupkan bakul tu, kurung dia dalam. Dah beli bakul baru, dengan rasminya Maymay kebas bakul hijau tu buat tempat tidur dia. 

Kite tak bagi pun vitamin vet bagi tu, pernah cuba bagi dia untuk tambahkan selera makan dia tapi lepas bagi, mata dia jadi bengkak plak. Ingatkan dia kena gigit lebah atau kumbang. Rupanya lepas bagi vitamin tu, mata dia jadi macam tu. Alamak, hope maymay tak mengalami infection lain. Oleh kerana Maymay tak ada isu dengan selera makan. Kite abaikan vitamin tu.

time ni kurus kan dia... tapi dia tak ada masalah selera makan

Kite ada ikut tips sorang kakak kat fb, bagi kucing-kucing dia makan ayam rebus setiap hujung minggu. Kite try bagi maymay daging ayam rebus yang dicarik halus. Dia suka! Mestilah dia suka, mana mungkin dia tak suka. Gile tak suka? Nak bagi ikan rebus, ikan pun jarang beli. Suami kite pun mula belikan wet food. Bila dia dah mula belikan wet food untuk Maymay maknanya dia setuju nak adopt Maymay. 
Gambar sebelum dan selepas tumbuh bulu
Bila selalu bagi wet food, lelama nanti Maymay tak nak makan biskut dia dah. Kalau bagi dia macam sikit sangat. Nak paksa dia makan dry food dia, kena biarkan dia betul-betul lapar. Barulah dia nak makan sampai habis. Lagi satu bila dia bau sardin, dia ingat itu makanan dia sebab nak sama dengan bau makanan sedap dia, ahaks. Dahhh... mengiau-ngiau ingat kita nak bagi dia makan sedap. Kite tengok kat fb The Cats  House of King, makanan yang diberikan pada kucing-kucing yang tinggal kat situ. Volunteer mereka sediakan makanan kucing, dengan mencampurkan makanan kering dan basah. Kami ikut cara TCHOK.

Tadaaa!... sihat dan comel! Ciri-ciri Tabby Cat ada kat Maymay
Menjadi tak kite jadikan Maymay kucing gebu gebas? Nak kucing yang sihat, bagi makan elok-elok, insyallah sihatlah kucing tu. Setelah pertimbangkan dengan penuh kasih sayang terhadap Maymay. Kami dengan rasmi adopt Maymay terus. Atas sebab kekangan budget dan kemampuan, kami hanya dapat adopt Maymay. Amboi dan Cici kami bagi je makan kalau dua ekor tu datang rumah. Namun sekarang dua ekor ni kite tak tau kemana pegi. Dah tak nampak dah sekarang. 😔

Walaupun local cat a.k.a stray a.k.a feral cat pun mestilah ada jenis juga. Maymay is a Domestic Short Hair Cat (DSH). Kira kalau nak sedapkan diri baka Maymay ni kite boleh katakan Malaysian Short Hair? Hurmm, kite ada baca info berkenaan kucing ada tanda M kat dahi mereka. Memula kite rasa Maymay ni the Asian Solid Cat tapi bulu dia berbelang. Nampaknya Maymay mungkin the Asian Tabby Cat (tinggal pun kat Asian/Nusantara) . The Tabby Cat memang kena dengan karekter Maymay.

Motif suka tidur atas device mummy

Jangan pandang sebelah mata dengan kucing tempatan tau. Sebenarnya kalau korang bagi makan makanan berkhasiat, kucing biasa macam maymay pun boleh cantik gebu gebas dan besar macam kucing baka import. Don't buy but adopt, baka import pon dah bersepah kat jalanan disebabkan sikap tak bertanggungjawab sesetengah pemilik kucing. Korang boleh pilih dan adopt kucing dari banyak shelter. Kebanyakan kucing kat shelter dah neutered korang tak perlu fikir kos pemandulan kucing lagi.

Jangan jeles maymay dh gebu gebas mengalah kucing korang. Ya kite je ada kucing maymay. Ko ape tau?! 

Wednesday, October 26, 2016

Perkembangan May #StrayCat #FeralCat

Hola again! Untuk kebelakangan ni korang akan baca kisah Maymay je la memanjang. Apa cer dengan May pas balik dari Klinik kan? Since kami dah anggap Maymay part of our life, jadi sementara dia nak sembuh mestilah duduk memerap kat rumah Dapur Orang Malas ni. Doktor ada bagi ubat antibiotic dan vitamin. Tapi awal-awal lagi assitant Dr Hasif inform May tak macam kucing lain dirawat kat klinik tu. Dia tak suka vitamin, berbuih mulut dia kalau diberi vitamin. Risau plak bila dengar cam tu.


Sejak balik dari klinik ni, Maymay demanding perhatian kami. May be dia masih dalam trauma. Atau masa kat klinik dah pampered. Hari pertama balik dari klinik, oleh kerana DOM! kerja shift petang, lepas amik Maymay terpaksa la masuk office semula (Mealbreak time fixed jam 6.30pm hingga 7.30pm kat avaya (status adherence) tapi selalunya 1jam Mealbreak boleh ambil bila-bila sebab relief partner. Jadi aku gunakanlah waktu 1 jam tu awal sementara tak sibuk). Jadi kami lepaskan Maymay kat parking lot kat rumah dulu biar dia membuang ape yang patut dan bersihkan bulu dia. Nampak dia bila dah lepas tu, dia cam kawasan dia dan start bersihkan bulu dia. Time kerja, suami update dia dah berikan Maymay makan tapi dia makan sikit dan letak Maymay kat belakang (balkoni) biarkan dia bersihkan bulu dia sendiri.

Habis kerja jam 12.00am, suami datang amik. Sampai kat parking, Maymay dah tunggu dan memanggil-manggil. Poor girl, she's still ill and trauma. Selama ni memang May, Koko dan Amboi akan sambut kami balik. Tiap kali keluar escort dan tiap kali balik pun dorang dah kat parking sambut dan escort sampai rumah. Jangan main-main ye, ada 3 bodyguard gitu. This time kena bagi perhatian kat Maymay. Sampai rumah, macam biasalah tuangkan makanan dalam bekas untuk mereka bertiga. Amboi macam biasa pelahap nombor 1 berebut dengan Koko yang telengong tu. Walaupun #straycat #feral cat #bakatempatan je, May ni ada perangai Diva. Dia tak main berebut makanan ni. Dia nak makan, kucing lain kena bagi laluan dia makan dulu. Pergi la berebut kat bekas lain, bekas dia... dia sorang je makan. Kalau tak, dia tak nak makan bersama-sama dengan Amboi dan Koko. Oleh kerana risau dengar dia tak nak makan kat klinik walaupun dah bawa makanan dia hari tu. Kita nak test Maymay ni memang tak nak makan ke atau dia ngengade nak wet food sebenarnya. Sebab kat klinik tu bagi wet food. Nurse citer dia makan wet food kucing lain.

Kami tak nak ajar Maymay makan wet food sebab memang dia akan suke giler nak mampus kalau dapat makan makanan tu. Tapi dalam masa yang sama dia akan sangka bau sampah tu adalah makan wet food dan akan cari makanan tu kat sampah dan mulalah dia pergi kat kawasan sampah. Kalau dia keep makan makanan kat sampah dia jadi tak sihat dan bulu dia mula gugur teruk. Dah banyak kali larang dia dekati kawasan sampah. Tapi apa boleh buat... degil macam kanak-kanak riang jugak.

Sambung cerita, lepas semua dah makan, tak boleh biarkan Koko dan Amboi lelama sebab keduanya tak sihat. Nanti jangkit kat May, susah hati kami lagi. Hari tu tak nampak Cici (anak Maymay yang dah besar). Biasa budak kenit tu ada. Mungkin dia lepak rumah jiran lain. Kononnya nak kemas-kemas kotak kasut, tetiba May nyibuk plak. Eh! budak ni siap nak masuk dalam kotak yang separuh terbuka. Ok...ok... duduk lah, mummy letak lapik ye. Dia pun baring dalam kotak ngam-ngam dengan badan dia. Kesian plak kat dia, kite usap-usap kepala dia. Dia nampak comfortable dan mula nak tidur. Tapi dia tak bagi tinggalkan dia alone kat situ. Makan dah la bersuap, nak belai-belai dia plak. Pastu nak suruh tunggu dia tidur kat situ. Takan mummy nak tidur kat rak kasut plak Maymay sayang oi. Bila tengok dia tidur nyenyak tu kite beralih duduk kat sofa, dia bangun panggil. Bila pergi dapur dia pun jenguk kat dapur panggil. Bila dia bising tu sebenarnya normal bagi kami. Yang tak normalnya dia tak pernah gesel kaki tapi sekarang dia mau gesel kaki. Bila gi kat dia, dia ajak ikut dia. Dia balik duk kat kotak baring. Dah baring ngiau lagi kat situ. Nak usap-usap dia, nak suh tunggu dia kat situ, jangan tinggalkan dia. Ye ye kali ni mummy tak tinggalkan Maymay, kat rumah dah pun. Alahai Maymay, mummy ngantuk sangat la. Suh daddy plak teman ye. Nak ke suami layan Maymay tu? Ngeh ngeh ngeh

Hari kedua, suami dah lepaskan Maymay kat luar sebelum tu. Pagi-pagi subuh lagi dia dah memekik kat pintu nak masuk rumah. Kesian dia tu. Masuk rumah, bagi dia makan. At least dia ada selera makan seperti biasa cuma dia makan perlahan-lahan dan berulang-ulang. Teman dia kejap waktu pagi sementara nak tunggu 11.30am. Jam 11.30am nak memasak untuk suami makan sebelum kite gi kerja. Dapat bagi Maymay ubat antibiotik yang doktor bagi dengan jayanya.

Balik kerja jam 12 malam, dah kira hari ketiga. Maymay masih memerap lagi, nak kite tunggu dia kat spot dia tidur. Nak diusap-usap sambil dia tidur. Opinion kengkawan fb, dia masih trauma dengan apa yang berlaku terutama sekali ditinggalkan kat klinik. Malam tu I decided tidur kat living room sebab Maymay memang sejak dulu tak suka alone kat living room. Dia akan memanggil kami kalau rasa diri dia tak dipedulikan. Kali ni dia naik tidur bersama kat sofa. Alooo dia nak memerap dengan mummy dia ye. Tak pe selalu dia temankan kite tidur bila kite sakit, kali ni kite temankan dia pulak ye.

Mood dia memerap kat Mummy. Dengan daddy, sorry la daddy is daddy. He not gonna pampered you

Rasa bersyukur pada Allah SWT kerana beri peluang buat perkara kebajikan pada haiwan kesayangan Nabi Muhammad SAW ni. Kite percaya ada hikmah disebalik dugaan ini. Berjaya berikan ubat antibiotic terakhir kat Maymay. DOM! faham Maymay perlukan tidur lebih lama untuk proses penyembuhan dia. Rasa lega melihat perkembangan positif yang Maymay tunjukkan pada kami. Walaupun tak berikan dia vitamin untuk naikkan selera makan, tapi corak pemakanan dia normal. Dia lapar dia akan minta makan. Cuma bila dia tak keluar-keluar rumah ni, dia pun buat kelakar membuang kat belakang washing machine kat balkoni rumah. Sabar je la, Mummy kena marah dengan Daddy pasal simpan May dalam rumah lama sangat. Uhuks

Hari ke sehari, proses penyembuhan Maymay begitu pantas. Cam ne tak makin sayang dia, bila tengok dia tidur kat sofa. Macam baby tidur lena. So sweet...

Lenanya dia tidur, tidur ke tu?

Kalau boleh I nak adopt Maymay dan Koko, especially Maymay. I harap suami terbuka hati untuk setuju adopt Maymay terus. Bila pindah rumah suatu hari nanti, boleh bawa Maymay bersama kami. Tapi tu lah kalau duk rumah teres senang lah nak jaga dia, tapi kalau apartment tak taulah macam mana plak.

Rasa macam dah lama kejadian Maymay tu tetapi sebenarnya baru seminggu lepas ia berlaku. At last jumpa juga anak-anak Maymya yang dijaga oleh Koko. Rupanya ada kat rumah jiran tingkat 1. I percaya, spesis Maymay ni kuat dan kesemua masih hidup. At least dengan Koko, anak-anak kucing boleh membesar depan mata. Sebagai tanda berterima kasih pada Koko, kami make sure Koko dapat makanan bila datang ke rumah kami. Dia perlu makan banyak sebab menyusukan

Anak-anak May, Koko & Pasu, Possibility Koko dah cilok anak-anak Pasu jugak. 
Ralat juga la kali ni tak dapat tengokkan anak-anak May membesar. Maymay pun dah neutered, dia dah tak boleh pregnant lagi lepas ni, Kami mintak maaf ye Maymay, kami ambil keputusan ni untuk kebaikan Maymay dan sekeliling Maymay. 

Tuesday, October 18, 2016

Koko kemalangan #straycat #streetcat #hitbyacaratparkinglot

Mula-mula dia berani ikut balik umah, suka mengeraskan diri dia dan menyorok kat rak kasut 
Maaf kerana lewat berkongsi kisah Koko dengan korang. Buat pengetahuan korang, Koko kena hit dan mati kat tempat kejadian. Mungkin owner kereta nak kelam-kabut nak keluar pergi kerja pagi-pagi. Dia tak periksa bawah kereta atau depan dia. Dia langgar Koko, Koko mati kat parking lot dia. Macam biasa pergi kerja suami akan hantar, jadi bila pagi tu kami turun nak ke parking. Kite nampak Koko terbaring kaku. Dekat dengan dia ada Si Juling (boipren) dan Cici (anak angkat Koko a.k.a anak Maymay).

Kite terperanjat sangat dan sedih. Kami terdiam sekejap tengok keadaan Koko. Dia tak nampak luka tapi darah keluar dari mulut dia banyak. Kami syak dia kena lenggek dengan kereta jiran. Suami pula cerita, jiran yang sama dah banyak kali langgar kucing dan anak kucing mati. Oh, I hate you so much! You killed my cat! Suami hantar kite pergi kerja dulu. Tapi bila dia balik, dia inform I Koko dah dialih. I harap Koko ditanam.

Sebelum tu, kite dah register nama Koko untuk free check up. Kalau boleh nak neutered dia dan kasi kat father in law (masa ni bapak bagitau dia nak bela kucing). Warna bulu Koko unik, kalau dapat bela dia untuk 5 tahun lagi ke... Sepanjang Koko dalam hidup kami, walaupun dia kucing pshyco tapi dia yang paling senang suami ajar. Kite pun sayang Koko, dia manja, senang pegang dan belai. Cuma kami risau bila dia beranak, dia mula meroyan. Kami rasa Koko ni sakit dan susu badan dia tak kuat untuk anak-anak dia membesar. Anak-anak dia mati satu persatu dan dia akan makan bangkai anak dia yang mati. Dia mula curi anak kucing lain yang dia jumpa buat macam anak dia. Itu yang terjadi pada anak-anak May. Kat situ kite tahu, Koko ni seekor ibu kucing penyayang dan nak sangat anak-anak dia hidup dan membesar. At least dia tolong besarkan Cici dan Bubu depan mata kite. Sepatutnya kami bawa Koko pergi Vet periksa apa masalah dia sebenarnya. Tak kesampaian hajat tu bila Koko dah mati. 

Sayang anak May macam anak dia juga
Dulu sangkakan kami akan kehilangan May. Tapi Allah duga kami sejauh mana kami boleh tolong May. Rupanya, kami tak kesampaian nak tolong Koko. Mungkin ada hikmahnya, kami dah tak perlu risau lagi dengan keadaan Koko yang semacam bila musim dia beranak. May dan Cici tiba-tiba ngam lepas Koko mati. Kalau tak Cici tak mau dengan ibunya, asyik berderam je bila dekat, May excited nak buli dia (gitu). Sekarang dah boleh main bersama. 

Koko, mummy redha Koko pergi dulu. Jadi debu-debu beterbangan di akhirat. Jangan lupa mummy and daddy yang pernah sayang dan ambil berat Koko dulu ye. Mummy love you and you will be always in my mind

Gambar kenangan yang sempat kite abadikan