Saturday, August 10, 2013

PUDDING BUTTER BREAD

Sepanjang bulan puasa sebenarnya aku berhasrat nak cuba buat Pudding Butter Bread. Tapi aku tak ada microwave atau oven. Betul-betul penghujung puasa aku nekad nak cuba jugak buat mesti ada alternative selain daripada membakar menggunakan oven atau microwave. Memula aku jumpa keadah menggunakan tepung kastard dan agar-agar. Tapi aku rasa macam tak best sangat sebab kena blend roti kasi hancur. So.... aku search kat google cari cara lain. Aku jumpa cara ini, dan tak sangka pula menjadi. Huhuhu....... 

Bahan-bahan ringkas:-

beberapa keping roti (kalau nak sedap roti bakery yang tebal tapi nak bereksperimen aku try guna roti gardenia kosong je)
2 biji telur
1 tin susu cair
Sesudu teh Esen Vanilla
3 atau 4 sudu besar Gula (kurangkan manis dalam makanan lebih manis dalam senyuman)
1 atau 2 sudu besar Kismis hitam atau choco cheap ataupun mix fruit (terpulang, aku guna kismis)
Butter untuk sapuan kepada roti 

Cara membuatnya:-


  1. Dalam mangkuk, pecahkan telur, masukkan Esen Vanilla, susu cair dan juga gula, kacau sehingga bahan-bahan sebati; (Masa aku mencari bahan kat Tesco boleh plak Esen Vanilla tak de stok? jadi aku tak letak Esen Vanilla......kemudian ada bahan aku lupa masukkan sekali);
  2. Beberapa keping roti disapukan butter pada kedua-dua bahagian dan potong empat (aku potong bahagian kerak ingatkan nak buat tapi sayang pula aku potong kecik-kecik). Susun roti dalam bekas sambil taburkan kismis (aku taburkan jugalah kerak roti...hua hua hua);
  3. Tuang bahan cair yang kita kacau sebati ke dalam bekas yang sidah disusun dengan roti. (Tengok gambar, tak sangka bekas aluminium yang aku beli kecik. Sumbat je kasi mampat);
  4. Biarkan sekejap supaya roti menyerap dan mengembang (dalam 1 atau 2 minit);
  5. Kemudian masukkan dalam pengukus, kukus 20 hingga 30 minit. Masak... hidangkan


Bila tiba waktu berbuka, aku pon excited nak rasa pudding butter bread yang aku buat tu. Nampak menjadi. Bila potong, angkat dan letak ke piring... wah memang menjadilah masakan aku ni. Bila rasa???.............. memang rasa seperti pudding butter bread cuma... tapi ada kurang nie. Aku pon rujuk balik resepi aku salin..... aku terlupa masukkan gula ketika mengacau telur bersama susu tadi. Keh keh keh.... so sebagai alternative aku tuang susu pekat manis... ermmmmmmm barulah rasa. Ini mesti sedap kalau kita buat susu butter makan bersama dengan pudding roti ini. 

Eh... korang cubalah mungkin cara korang lebih sedap!




Sunday, August 4, 2013

PUDDING COCKTAIL

Hampir setiap hujung minggu dalam bulan Ramadhan, Penulis berbuka puasa di rumah bakal mertua. Hehehe.... bakal ibu mertua Penulis supporting orang dia. Penulis pulak jenis tak pandai nak bodek-bodek ambil hati bakal ibu mertua. Nak join dia kat dapur pon, bila sampai dia dah siap masak. Layan dia tengok tv lah selalunya. 

Penulis pon rasa macam tak best pulak kalau tak buat apa-apa untuk juadah berbuka. Jadi Penulis pon buatlah pudding cocktail sebagai desert untuk berbuka nanti. Dapur orang malas pon ada hati nak sediakan desert sedemikian rupa.... ahaks!

Bahan-bahan yang penulis guna untuk sediakan desert pudding cocktail ni simple je.


1 liter susu Dutch Lady Fresh Milk/ Low Fat Milk /Full Cream

1 tin Fruit Cocktail
1 tin  Nata De' Coco

2 Sudu Besar Tepung Custard
2 Sudu Besar Gula

cara membuatnya:-


1) Panaskan susu dalam periuk, sentiasa kacau supaya susu tak hangus dalam dasar periuk. Kacau sampai susu mendidih.


2) Sementara menunggu susu mendidih tu, Korang bancuh tepung custard bersama gula, cedok  dalam 2 senduk susu yang sedang memanas tu. Bancuh tepung custard sehingga sebati.

3) Bila susu sudah mula mendidih, masukkan bancuhan tepung custard ke dalam dan kacau sebati, susu akan nampak memekat, korang masukkan Fruit Cocktail bersama dengan Nata De' Coco ke dalam. Kalau nak masukkan sirup Nata De' Coco atau Fruit Cocktail tu, korang masukkan sedikit dalam 2 senduk sebab susu sudah manis bila dicampurkan dengan bancuhan custard tadi.

4) Tutup api, biarkan sejuk seketika. Kemudian simpan dalam peti sejuk.


Hidangkan bersama dengan ais... 

Amacam? senang tak? Yang penting rasanya sedapppppp.... Teringat pernah sekali Penulis sediakan desert ni di rumah mak penulis. Sepatut selepas sejuk di luar, nak simpan dalam peti ais untuk menyejukkan lagi desert ni. Jadi, tak perlulah masukkan ais sangat. Tak sempat desert ni penulis nak simpan dalam peti ais untuk menyejukkannya, mak penulis tak sabar terus dia makan. Aiseymennnnnnnnnn... makan dengan ais atau makan sejuk... sejuk barulah sedap. Tapi dia cakap sedap... tak apelah kalau macam tu. Kakak penulis pun diam jugaklah tengok mak kami makan. Asalkan dia bahagia...

Wednesday, July 24, 2013

PENGENALAN

Kenapa Penulis pilih tajuk blog 'Dapur Orang Malas'? Once upon time Penulis rajin juga ke dapur, memasak, kemas rumah dan sebagainya. Entah sejak bila pulak jadi malas, bukan malas biasa... malas sangat! Orang cakap penyakit malas boleh berjangkit, jangkitan siapa Penulis dapat tak tahulah. Rajin tu bleh kira berapa kali je. Ikut mood.... mood malas lebih selalu dari mood rajin. Mood rajin Penulis cuma online. Yang lain Penulis malassss!.


(gambar hiasan sumber dari Google Image Search)

Sebagai pengenalan, sebelum cerita pasal dapur Penulis nak mulakan citer pasal malas lipat kain baju. Ini memang masalah berkurun Penulis alami, MALAS LIPAT BAJU! tapi rajin la pulak membasuh apabila penuh sebakul dan rajin pulak menjemur. Tapi bila part melipat????....  Penulis mendapati Penulis jadi malas nak melipat sebab dalam almari Penulis dah penuh. Penulis tunggu susut baju-baju yang dah lipat dalam almari agaknya. Sangkut? department sangkut pun penuh. Penulis ada jugak box.... tapi penuh jugak. Haishhhhh tu nak suruh Penulis beli almari baru la tu. 

(Gambar hiasan sumber dari Google Image Search)

Penulis teringatlah dulu, kalau pergi lepak rumah ibu saudara Penulis (harap dia takjumpa blog ni, hik hik hik...) Hujung masa lapang beliau, lipat baju. Memang banyak kain baju, boleh ada department untuk kain baju yang belum lipat. Masa Penulis masih student, bila cuti selalu lepak rumah dia... penulis ada juga bantu beliau lipat baju... hehehehe... Lipat ikut sempat janji cepat habis. Jangankan rumah beliau, kalau di rumah nenek (sekarang rumah pak long) pon layan lipat kain baju jugak. Tuan punya baju pon tak lipat kain baju dorang kan.... cuti semester ke... jadi percutian melipat baju ni??? Tapi bila arwah nenek ada tak boleh lah nak lipat ikut sempat janji cepat habis.... kena pulak tazkirah cara lipat baju. 

(Gambar hiasan sumber dari Google Image Search)

Arwah nenek Penulis sambil melipat baju, dia ajar bila melipat baju, pastikan susunan size sama dari bawah ke atas. Kalau boleh biarlah lipatan yang besar dibawah dan kecil di atas. Susun elok-elok dalam almari. Korang jangan tak suka dengan teguran nenek korang. Teguran orang tua-tua nie sebenarnya mengajar kita bagaimana menjaga adab kita sebagai wanita.