Dah tetiba DIY recycle lipstick plak. Macam tak ada kena mengena dengan hal dapur pon! Well, saja nak share tips dengan korang semua. Ini kisah lipstick yang nak abis atau dah tak boleh nak pakai sebab isinya dah sampai had bekas. I tak ada collection lipstick yang banyak macam wanita-wanita lain kat luar sana. Senang citer jarang lah nak membeli alat solek untuk tambah collection. Beli dan pakai warna tu sampailah kontot. Kalau pegi beli lipstick baru plak, takan beli warna yang sama dah. Warna lain plak kan. So I nak buat macam mana? Cari kat drugstore tak jumpa plak warna yang suka pakai tu.
*drugstore - Kedai Komestik/Pharmacy
Kadang-kadang kita tertinggal lipstick dalam kereta, parking plak kat tengah panas. Mau tak cair lipstick ko tu? Dah tak macam rupa lipstick. Dalam kejadian lain, lipstick patah. Baru beli plak tu. Bahagian yang patah plak banyak, sedihnya beli mahal kot!
Apakata kita recycle dan guna semula lipstick kegemaran kita. Kita boleh ubah lipstick kegemaran kita kepada lip balm ataupun lip gloss. Selain tu boleh simpan lipstick dalam kontena yang kecil, save space and easy keep. Tapi sebelum tu, kita kena study skit dulu bagaimana lipstick dibuat. Adakah memacam bahan kimia digunakan untuk buat lipstick ni? Jom tengok video, How It's Made Lipstick dari Youtube How It's Made ni.
**Credit to How It's Made Youtube
I bukan guru imej atau juru solek yang professional. Tak ada sijil diploma atau degree whatsoever untuk iktiraf skill and knowledge. Sebelum I post, I dah study dan ber-eksperimen sebelum share ni. (maaf, I tak dapat nak share video I sendiri, tak ada ligthing sesuai nak buat recording. P/s tengok gambar blog pun korang faham kan. Hahahaha) Experiment come out ok boleh la berkongsi tips dan info kat korang. Untuk keselamatan jika tak yakin jangan terus cuba pada wajah dan bibir korang untuk mengelakan infection nanti. Uji pada kulit atas tangan korang dulu kay. Jangan ngengade test kat kucing plak ek. Cakar kang!
Kita dah tengok ape raw material untuk membuat lipstick. Mari kita check it out bahan-bahan yang sesuai, selamat dan berkebaikan yang boleh digunakan untuk reuse and recycle lipstick lama kita. Sebelum nak berkongsi maklumat ni, I dah study skit dari Youtubers yang berkongsi tips DIY lipstick. Banyak tips menarik korang boleh lihat dari video Youtube. Kat Malaysia ni, I belum study lagi kat mana kita boleh dapatkan raw material untuk DIY make up kita kat rumah. Don't worry, bila dah ada info nanti I akan kongsikan dengan you guys ya.
Alright, korang boleh dapat barang-barang ni kat mana-mana farmasi atau hypermarket. Menariknya barang-barang ni, I tak sangka kepelbagaian kegunaan yang boleh kita lakukan dengannya. Lebih jimat dan selamat.
1. Vaseline
2. Baby Oil
3. Coconut Oil
***sumber gambar dari Google Image search
Apa yang korang perlu ada ialah peralatan seperti lilin, lighter, sudu dan bekas aluminium ataupun korang boleh buat atas dapur tapi pastikan guna periuk besar untuk panaskan air dan letak bekas kecil tengah-tengah nanti. Jangan lupa, korang perlukan bekas kecil atau bekas yang sesuai untuk menyimpan lipstick yang dah recycle tu.
Tips 1 - Liquid lipstick
Cara yang paling mudah ialah keluarkan isi lipstick dari bekas lipstick dan letakkan dalam sudu. Guna nyalaan lilin kemudian layurkan bawah sudu pada api lilin sehinggga lipstick cair. Sebelum ia mengeras semula, masukkan lipstick yang cair dalam bekas. Biarkan ia sejuk. You boleh guna lip brush untuk calit dari bekas lipstick dan guna pada bibir mungil korang.
Tips 2 - Lip balm
Untuk jadikan lip balm, campurkan sedikit vaseline dan cairkan bersama dengan lipstick. Panaskan atas api lilin dan kacau menggunakan spatula kecil sehingga warna sebati. Masukkan dalam bekas. Dan biarkan sejuk. Kebaikan Vaseline melindungi bibir kita dari kering dan mengelupas.
Tips 3 - Lip gloss
Dari tips 2 cara yang sama you boleh tambahkan dengan sedikit coconut oil atau baby oil supaya lebih liquid dan glossy. Kacau menggunakan spatula kecil sehingga warna sebati. Tuangkan dalam bekas dan biarkan sejuk.
Selain itu, you boleh campurkan skit warna dari palette eyeshadow untuk lebih lighter atau darker effect. Uji pada kulit tangan seperti di atas terlebih dahulu untuk melihat hasil warnanya. Selain dari layurkan pepejal pada api lilin menggunakan sudu. Korang juga boleh gunakan cara lain iaitu panaskan air menggunakan periuk besar. Bila air dah mendidih, gunakan bekas atau mangkuk kaca kecil untuk pepejal lipstick dan letakkan di tengah-tengah. Bila pepejal mula cair, kacau dengan spatula sehingga warna sebati. Angkat dan masukkan dalam bekas. Biarkan sejuk.
Sekarang you dah tahu macam mana nak selamatkan lipstick kegemaran you. Tak perlu menggunakan bahan kimia, kita boleh guna bahan-bahan asas untuk hasilkan make up. Selepas ni kalau lipstick baru beli patah, jangan buang terus. Cairkan dan simpan dalam bekas yang mudah dibawa kemana-mana tau.
Sumber kajian dan maklumat - Youtubers and Google search
Credit to Youtubers SMARTER BEAUTY, HOMEVEDA, ModaMob, Kandee Johnson, Zabrena, Yatie Sendayu Tinggi, Ela Gale & TheMakeUpChair
No comments:
Post a Comment