Wednesday, September 7, 2016

Vaseline Beauty Hacks - Apa Vaseline Boleh Bantu Wanita Cantik?

Hola! Kali ni Dapur Orang Malas! (DOM!) nak share tips beauty hacks dengan Vaseline. Laaa... apa barang??? Orang lain dah lama tau kelebihan Vaseline. I baru nak kongsi dengan korang kan... Well... mungkin ada yang tak tau dan baru nak tahu. Ini namanya, nak cantik dengan bajet murah. Korang tak perlu beli banyak branded cosmetic since Vaseline ada 1001 cara untuk jimat kos membeli alat cosmetic korang. Anyway, korang boleh check it out maklumat produk-produk Vaseline kat sini.

Kebelakangan kita dah mula terasa impak ekonomi dalam kehidupan. DOM! actually dah aware ramalan kemelesetan ekonomi menjelang 2018. Petandanya, property bubble and inflation. Ringgit Malaysia pun nampak makin tenat untuk dalam Malaysia tapi bagus untuk pelancong for money exchange dorang untung. Tahun Melawat Malaysia yang tak berapa nak melawat sangat. Netizen dah mula viral sana sini sebagai langkah peringatan untuk bersedia menghadapi apa jua kemungkinan. Samada seteruk 1998 ataupun lebih teruk dari itu. Tapi orang muda, mereka tak ambil pusing pasal ekonomi. My teori is economy ni macam smartphone korang yang dah hang atau corrupt. Korang kena reboot atau reset to factory default. Then, barulah smooth kembali. You have to start over again by downloading back the application yang dah hilang. May be economy pun macam tu, sampai kemuncak perlu reboot atau perlu reset back to default. Orang miskin bandar dah mula terasa beban berbelanja sekarang ni. 

Yeah, few things tu tak ade caj GST tapi mahal serupa ada GST kan. Senang cerita, kalau korang rasa nak beli sesuatu tu tapi harganya seperti membebankan, simpan dulu niat tu. Make it as a blue print. Suatu hari korang akan dapat juga beli. Its matter of time aje. Jangan gelojoh, sometimes apa korang boleh dapat kemudian lebih baik dari sekarang. I bukan apa, bila cerita pasal bab kesan economy, kemestian untuk bijak dan berhati- hati ketika berbelanja keperluan yang penting sahaja. Supaya kita dapat nikmati kehidupan lebih baik kemudian hari.  ahaaaa ... apa yang aku makin merepek ni. 

Sebelum tu kita hacks harga Vaseline dulu. Harga Vaseline 50g +/- RM4.95. Korang boleh dapatkan Vaseline kat drugstore. 50g pon lama jugak nak abis kalau setakat dijadikan sebagai pelembab bibir natural saja. 

*drugstore - kedai pharmacy/cosmetic 

#1 lip balm- Vaseline dah macam number 1 heavy moisturaizer and pelindung bibir. I ada masalah bibir cepat kering dan mengelupas. Sejak I sapu vaseline pada bibir. Bibir dah kurang kering atau mengelupas. Sapu skit pon rasa bibir moist. Untuk DIY, you boleh pelbagaikan warna lip balm dengan mencampurkan Vaseline dengan perwarna semulajadi seperti serbuk koko atau kulit kayu manis (cinnamon), berries atau  you juga boleh menggunakan eyeshadow palette. Simpan dalam bekas yang bersih. Dah jimat 1 produk

Gambar hiasan - dari simpanan  vienaxia IMVU album storage
#2 lipstik tahan lama dan tak meninggalkan kesan pada medium yang bersentuhan dengan bibir berlipstik - Caranya sapu rata Vaseline pada bibir sebelum mengenakan lipstik. Kemudian sapukan lipstik pada bibir. Kemam dan pastikan lipstik rata pada bibir sama macam Vaseline. Then uji pada kulit tangan. Insyallah tak meninggalkan bekas lipstik pada kulit

#3 glossy lips- Pun boleh! Sapuan Vaseline selepas mengenakan lipstik pada bibir. Bibir akan tampak glossy and moist! 

#4 membantu membersihkan kesan lipstik - trend wanita sekarang pakai liquid lipstick yang melekap, long lasting, water proof tapi susah nak bersihkan. Apply gel Vaseline tebal dari biasa pakai gloss. Gosok perlahan-lahan Vaseline rata ke seluruh bibir. Gunakan kapas atau tisu atau tisu basah, perlahan-lahan ye tonyoh bibir. Lipstik akan tanggal dengan mudah meninggalkan bibir jadi lembab

#5 Kulit muka mengelupas dan merah - sapukan je Vaseline pada bahagian yang bermasalah tu untuk kembalikan lembapan pada kulit. Untuk DIY, gabungkan Vaseline dengan minyak yang bervitamin seperti vitamin E, almond atau olive oil. Sapukan pada kulit korang, especially bahagian tumit kaki yang kasar dan merekah tu dan pakaikan stokin, lakukan sebelum masuk tidur malam. 

#6 Bulu mata tebal, melentik dan panjang - khas tuk korang yang tak ada pengepit bulu mata atau tak reti pakai bulu mata palsu tapi ada hati nak bulu mata melentik tebal dan panjang. Cubit skit Vaseline and sapukan pada bulu mata. Sambil tu lentikkan bulu mata ke atas dengan jari atau berus maskara yang bersih. Then apply maskara korang. Bulu mata korang akan nampak lebih tebal, melentik dan panjang.

Gambar hiasan - dari simpanan  vienaxia IMVU album storage
#7 Untuk kening - ahaaa... motif sangat kan. Sapu kat kening untuk apa pulak? Gunakan eyebrow, calit skit Vaseline dan gunakan brush untuk rapikan kening yang korang dah lukis.

#8 Cosmetic restoration - DIY untuk recycle atau repair cosmetic yang pecah atau kering. For example, gel eyeliner yang terdedah lama dan kering. Korang boleh campurkan dengan Vaseline untuk lembutkan semula gel eyeliner tersebut. Ubah gincu/lipstik lama menjadi lip gloss atau lip balm dengan mencarikannya dan campurkan dengan vaseline.

#9 Extra long lasting fragrance - sapu Vaseline di bahagian nadi pada tengkuk dan lengan. Semburkan pewangi. Haruman pewangi akan tahan lebih lama

#10 Repair damage hair - Kepada yang mengalami masalah hujung rambut kering dan bercabang. Korang boleh cover hujung rambut yang bermasalah tu dengan Vaseline. Sapu aje kat hujung rambut korang. 

#11 Make up remover - korang boleh juga gunakan Vaseline sebagai ejen make up remover.

#12 Lip scrub - DIY Vaseline & Sugar (gula). Gaulkan keduanya. Dah boleh guna untuk scrub bibir. Simpan baki dalam bekas yang bersih dan ikut suhu bilik.

#13 Nail polish- korang yang suka pakai nail polish, sapu Vaseline pada kulit keliling kuku untuk elakkan nail polish dari terkena kulit ketika menyapunya pada kuku. Lap je selepas tu.
Gambar hiasan - dari simpanan  vienaxia IMVU album storage

Dan bermacam-macam DIY/homemade health and beauty skin korang boleh lakukan dengan menggunakan Vaseline ni. Homemade cosmetic kena dengan cara membuatnya lebih tahan lama dan juga lebih selamat dari produk kat drugstore sebab tiada bahan kimia tambahan, hanya campuran yang menggunakan bahan asas dan semulajadi. 

Ini semua bergantung pada kerajinan dan minat kita nak buat. Kat umah DOM! ni kalaulah... (tidak digalakkan berangan mat jenin sangat tapi sekali sekala simpan je blue print) lengkap dengan tools dan raw material dan tentu DIY akan jadi salah satu hobi untuk isi masa lapang. Ini... lipat kain pun tak selesai. Keh keh kehhh... Tapi tak pe, dah ramai blogger and youtuber Malaysian yang korang boleh follow sekarang. Nantilah kalau ligthing ok, kita shooting ek. Blog I ni sekadar hobi dan suka-suka. Btw, selamat mencuba 13 beauty hacks yang I share kat atas ni ya 

Sumber kajian dan maklumat - Youtubers and Google search
Credit to Youtubers SMARTER BEAUTY, HOMEVEDA, ModaMob, Kandee Johnson, Zabrena, Yatie Sendayu Tinggi, Ela Gale & TheMakeUpChair

No comments:

Post a Comment