Hola! Baru nak kongsi cerita DOM! masak apa kat dapur. Pengalaman kali pertama cuba buat karipap. Ini kisah nak buat sesuatu yang spontan dan last minute. Sepanjang bulan puasa tahun ni, I dan suami berbuka dengan menu biasa saja. Pembuka selera dengan kurma, kemudian makan nasi putih bersama lauk. I teringin sangat nak buat kuih tapi sebab guna dapur induction, jadi jaranglah nak mencuba masak kuih pape pun.
Dah 3 ke 4 tahun guna jenis ni, reti ke idak lagi guna dapur gas sekarang ni? *Image from google image search |
Kali terakhir, try buat puding butter bread menggunakan kaedah mengukus. Hasben cakap kalau tak buat selalu nanti lupa. Rasanya betullah la cakap dia tu. Nasib baik ada post kat dalam blog ni, nanti boleh rujuk semula. Betul tak? Tetiba I ternekad nak cuba buat karipap hari tu. Siap google website resepi buat karipap. Mintak maaf sangat, I lupa I rujuk website mana. I gi dapur check ada tepung, ada minyak, ada butter, ada ubi kentang, rempah kari, isi ayam dan mushroom (apa yang patut untuk sediakan karipap). Bila lagi nak bereksperimen? Hasben pulak cakap kelonsong karipap sama macam cara buat pastry. Senang ke tak tu? Kesian suri rumah yang jahil ni. Kita ikut tips yang mudah-mudah aje untuk sediakan puff
Bahan-bahan untuk bereksperimen:-
2 cawan terpung gandum
1/2 cawan minyak masak
1 sudu besar butter
Garam secubit rasa
* Panaskan minyak masak
*Sediakan bekas yang bukan plastik untuk menggaul
*Masukkan tepung, garam dan butter gaulkan
*Tuang minyak yang tengah panas kedalam tepung
*gaulkan kesemuanya sehingga menjadi doh
Ramuan untuk inti:-
1 biji American potato yang dipotong dadu
Cendawan segengam yang diracik kasar
Bawang besar (rumah hanya guna bawang besar) dipotong dadu
Serbuk kari BABAS
1 sudu teh serbuk kurma BABAS
Isi ayam bahagian dada dipotong dadu
Gula dan Garam secubit rasa
Minyak masak
Telur rebus 3 biji potong 2
Inti dia senang juga nak sediakan, tumiskan macam biasa. Panaskan minyak, tumis bawang besar. Campak potato dan gorengkan sehingga mulai empuk. Campak isi ayam, goreng sehingga masak. Campak plak cendawan, goreng dalam 2 minit. Jangan lupa serbuk kari 1 sudu besar campur dengan 1 sudu teh serbuk kurma dan bancuh dengan air suam. Tuang dalam kuali. Masak sehingga rempah meresap dan kering. Jangan lupa gula dan garam secubit rasa.
Pasang cita-cita memang tak boleh belah punya. Nak masak karipap macam karipap arwah nenek. Sorry la DOM! pertama kali buat takan dah se terer arwah nenek ko plak. Langit dan bumi ek. Ini yang kelakar nak cerita. Now time to uli-uli tepung then nak bahagi kepada doh yang kecil... sekali baru sedar dah pakai kesemua tepung! Aiseymennnnnn... Inti dah masak dah. Bagitau dengan hasben tak dapat nak goreng karipap sebab tak cukup tepung nak menguli. Hehehe. Besoknya dia terus belikan tepung. Dia pulak yang excited ni
Memula buat tu, kulit karipapnya too oily... I uli-uli dengan jari. Lepas tu ada rupa karipap ye tuan-tuan dan puan-puan. Rupa samosa pon jauh. Empat segi ntah apakah. Sambil huhuhu ngadu kat hasben. Tapi hasben cool (dia suka menyakat), dia pon tengah excited, dia nak rasa jugak. Goreng aje lah, That night juri master chief tu merasa. Angguk-angguk kepala dia rasa karipat (karipat - karipap empat segi kan). Buat lagi! kata dia. Ekeleee sedap ke tak ni?
Journey buat karipap continue. Nak tau masa bila continue? Haaa selepas balik dari solat terawih. Kayu menggiling tak ada, papan pemotong tak ada. I guna lapik yang I dapat dari KFC dulu-dulu selalu dapat free koleksi pinggan mangkuk kalau beli KFC Combo. Nak giling I guna gelas je beb... jadik le. Nak tunggu beli semua tu, kelaut biru lah. Tabur tepung dan mula menggiling dengan gelas. Janji ada rupa sekeping bulat tak bulat, petak tak petak... pe-embulan gitu. Then, taruk le inti bersama telur rebus. Kelepek lebih kurang
Kalau korang nak tahu, kenapa Karipap Sahur nama diberi? I sediakan karipap tengah malam dan goreng waktu bersahur. Doh yang I buat tu ada lebih lagi. I dapat sediakan 6 ketul. Tang kelepek tu, I suddenly remember abah I kelepek karipap dengan seni. Cantik aje. Anak dia ni, tak sabar nyer orang. Kelepek janji kunci inti tak meleleh keluar. Siap digoreng. Maka kami berdua bersahur dengan karipap. Then baru dia komen nanti buat karipap macam ni lagi. Woahooooo! That's compliment from Mr Zulttdi!
Ini dia hasilnya - karipap sahur |
Karipap yang macam ni memang tak sangka jadi rupanya gini. I ingat jadi cam karipap yang mengerutu tu pastu puff liat kape ke. Jauh dari sangkaan negatif I rupanya. Puff rasa ranggup diluar lembut didalam, gebu dan tidak terlalu rapuh. Isinya of course perisa kari, rasa ayam, rasa kentang yang empuk dan mushroom dengan telur rebus. Dah nak macam rupa karipap IKEA pon ada. Yolo, inti kentang dan telur rebus 1/2 biji. Makan panas-panas. Kalau korang nak cuba, hope jangan refer 100% resepi I kongsikan kat sini tau. Bahan-bahan yang I kongsi hanya reference dan idea tuk korang. I galakkan korang google dan refer blog masakan sebab I pon google few blog dan video demo masakan sebelum nak buat.
No comments:
Post a Comment