Friday, September 23, 2016

Regular People's Vacation

Hola! Kite pun nak berkongsi cerita trip cuti-cuti sempena minggu cuti sekolah. Last weekend I dengan suami ikut keluarganya hadiri majlis kenduri kahwin anak kepada adik ibu mertua I di Kulim. Kami bertolak dari Kota Damansara (rumah mertua) hari Jumaat 16-Sept-2016 seawal pagi dalam pukul 8.30am. Kami singgah di hentian Tapah (tempat singgah favorite bapa mertua I, R&R Tapah & Sungai Perak). Breakfast kat situ sejam, (Bapa mertua suka berjalan-jalan cuci mata kat R&R, so kami akan tunggu dia). Sebelum sampai ke Teroworong Menora, highway jammed. Rupanya ada lori panjang rosak dalam terowong tu. Pandai sungguh dia pilih waktu dan tempat nak rosak, public holiday dan dalam terowong. 

Kami singgah Taiping, jenguk abah I. Rindu sangat kat dia. Kami singgah pasar Changkat Jering, kat situ popular dengan kueh peniram/meniram/telinga keling yang sedap. Tapi kami tak beli pun. Kami beli kueh-kueh sikit dan cari kedai buah. Singgah kat rumah abah, kami duduk sekejap dan berbual-bual dengan abah. Bapa mertua ada masalah pengdengaran sikit jadi dia tak berbual sangat. Abah dan I sembang suara romantik, jadi dia mungkin tak dengar. Mak Zai I tak ada, pergi kenduri kat Pahang. Adik bongsu perempuan I sekarang masuk APM (Angkatan Pertahanan Awam Malaysia) kat sana. Hari tu dia bertugas shift petang, sempatlah jumpa. Mereka tinggal bertiga sekarang. Manakala adik lelaki I pulak still study kat MMU Cyberjaya. 

Nak cerita Abah I buat business rempeyek uols! Masa I singgah tu dapat merasa la jugak. Memang sedap dan ranggup, sekali makan nak makan lagi. I nak beli la 2 atau 3 balang nak makan kat homestay nanti. Abah I cakap tak boleh, sebab The Radznan Family (Keluarga sebelah abah I) tempah sampai 30 balang! Omaigad! Nak nangis ke nak ketawa ke bila tak dapat beli ni? Sebab dah tau tak boleh nak mintak sebab abah tengah siapkan tempahan rempeyek dari dorang ni. Hati nangis dalam gembira tau. Fyi, The Radznan Family memang suka sangat kudapan macam rempeyek dan jenis-jenis kerepek ni. Masa arwah nenek masih hidup, dia suka beli segala jenis kerepek untuk balang kueh hari raya selain dari kueh raya. Yang berabis kerepek-kerepek semua tu, anak cucu dia jugak ye. Tiap kali tetamu datang kena refill balang kerepek. Selain dari tempahan dari The Radznan Family. Dia pun ada dapat permintaan dari local. Itu pun tak dapat nak penuhi sekarang sebab tempahan dia buat seorang diri. Kesian pulak dia kena buat seorang diri, no assistant. 

Sebahagian dari 30 balang Rempeyek yang ditempah oleh The Radznan Family
Tak mengapalah, next trip harap dapat beli dari abah sebarang 4 ke 5 balang. Anak abah doakan business rempeyek abah antara business terlaris, Allah dah buka jalan rezeki ini. Semoga Allah S.W.T perluaskan lagi rezeki abah dan keluarga The Radznan Family. Semoga Allah S.W.T lindungkan dengan rahmat dan keberkatanNYa serta jauhkan kami semua dari malapetaka dan hasad dengki. Amin Ya Rabbal Alamin. 

Kami tiba di Sungai Dua, Seberang Perai Tengah, Penang lewat petang. Dah check in semua, adik ipar yang dah sampai awal, dah jejalan kat Island ajak kami join dorang makan-makan kat Penang Island. Dorang berhajat nak makan kat restaurant Hameediyah kononnya. Sekali tutuplah public holiday. Dah malas nak kemana-mana, kami pilih Restaurant Kapitan aje lah.

Restaurant Kapitan Image dari blog makanan tigadibumi (click untuk info lanjut)

Air Muka admin ade ke menyatakan roti garlic nan dia world class?
Korang perasan tak dia nyer slogan? World Class Naan Bread And Biryani. I order set roti naan garlic dengan tandori, manakala yang lain order Nasi Biryani dia yang dikatakan World Class. My comment is, orang kat KL dah tak excited sangat nak makan makanan sedap di negeri lain (orang KL lain I tak tau le).  Just nak fefeeling makan kat food origin place kononnya. Kat KL pun kami boleh cari makanan-makanan sedap sekitar bandar dan pinggir bandar without fail ye. Boleh dikatakan makanan 1 semenanjung Malaysia ni dari Utara hingga Selatan, Timur ke Barat Semenanjung, dengan senang boleh dapat yang lazat sekali kat ibukota Kuala Lumpur ye. Belum lagi termasuk menu dari Sabah dan Sarawak. Sekarang pun dah boleh dapati menu dari seberang laut hanya kat KL. Tapi kita nak makan semua menu tu kat negeri memasing sebab nak feel suasana kat sana. Betul tak? Pendek cerita, tak world sangatlah.

Kat sini I tak dapat nak kongsikan gambar-gambar sekitar majlis perkahwinan pengantin sebab I check whatsapp group The Puteh Family husband I tak ada sharing gambar-gambar majlis. I tak sure pulak kat mana lokasi majlis tu tapi I ingat nama tempat majlis dilansungkan tu Lembah Impiana. Korang boleh check it out blog Wedding Planner -lilyfashionbridalgallery. Tempat ini menyediakan homestay, dewan majlis indoor dan outdoor. All in one place, dari pelamin, makeup hinggalah ke katering. Tengok blog dia last update 2012. Korang boleh juga skodeng FB Seri Impiana. Sepupu husband I ni perempuan berkahwin dengan pemuda cina.

Image ambil dari FB Seri Impiana 
Hidangan katering boleh dipuji, sedap. I suka laksa dia, memang sedap! Cendol keciwa skit sebab puas husband kite nak ceduk isi tak dapat. Dia bagi kite minum santan cendol aje.

Selepas majlis, adik ipar ajak jalan-jalan kat Padang Besar. Dengan confident sempat sampai dan shopping kat sana. Allah tak izin kami shopping sakan kot kat sana, dalam berjalan ada kemalangan kecil, so jalan highway sesak skit. Kami sampai hampir Padang Besar pun dah pukul 6.00pm. Border kat Padang Besar dah tutup. So kami tukar haluan, pergi pekena ikan bakaq kat Kuala Perlis, Kami pergi ke restaurant Api-Api.

My Favorite part is fish head. Memang leka makan kepada ikan bakar ni, Cuma air asam dia not my expectation.
Kalau nak minta komen pasal kelazatan dan harga. I rasa orang KL boleh makan ikan bakar yang lazat dengan harga yang lebih berpatutan di Port Klang. Cuma I betul suka sotong goreng tepung kat Restaurant Nelayan dekat dengan Jeti Kuala Perlis. Kali ni kami singgah kat situ makan cucur ketam (tak macam cucur tapi lebih kepada ketam goreng salut tepung). Tak lupa rojak pasembur dia pun sedap, bapa mertua suka sangat.

Kami return to Sg. Dua. Keesokan harinya kami check out. My husband ajak kami semua pergi Cameron Highlands pulak, Lepas singgah rumah adik mak mertua jenguk tok Puteh, Kami bergerak ke Cameron Highland. Kami sempat singgah di Kuala Kangsar, kampung halaman bapa mertua di Bukit Chandan. Moyang husband dulu mengaji di Makam Di Raja.

Bergambar di perkarangan Istana Lama Kuala Kangsar
Ahaaa... Kami singgah di Pasar Kuala Kangsar, kat situ kami makan tengah hari. Kenapa husband singgah kat situ, pasal dia nak beli putu cawan. Dia adik beradik memang suka sangat kueh putu cawan tu. Beli sampai 50 biji.

Kami sampai ke Cameron Highland agak lewat juga. Dah nak senja, jadi tak berkesempatan nak berjalan mana. Kami check in kat Iris Apartment, cadang besok habiskan masa pusing-pusing Cameron Highlands. Husband berhajat sangat nak pegi Ladang Teh BOH. Kami dah sampai tapi tak dapat masuk. Rupanya setiap hari Isnin dorang tutup. Frust je.

Tak dapat masuk amik gambar permandangan otw naik ke Ladang Teh BOH pun jadik le. Cantik sungguh permandangannya
So kami lepak kat Cameron Valley aje. Minum teh and makan sardin puff. Kebetulan kami datang ke Cameron, keadaan cuaca mendung dan hujan renyai-renyai tak sekata. Bertuah sangat, dapat rasa kesejukan Cameron time ni. Anginnya yang sejuk nyaman... tenang rasanya.

Welcome to Cameron Valley


My beloved parent in law
Kami sempat turun ke tepi tebing ladang teh Cameron Valley untuk bergambar beramai. Nampak my mother in law happy sangat. Dia pun nak turun jugak bergambar.

Pn Paridah dengan 'cucu-cucu tak dapat lari'

Me & Ayang

Kami singgah kat Kea Farm beli sayur. Husband mesti nak beli jagung susu and I pula nak beli tomato ceri banyak kononnya. Kami ada beli madu tualang dan kelulut pada harga RM10 sebotol (dapat diskaun RM2, kami bayar RM18).

Kami pergi pusat MARDI, saja jalan-jalan. Tak pasti kami datang tak kena waktu atau apa. Sebab kami tengok banyak construction dengan buat. Redo landskap dan sebagainya. Walaubagaimanapun Pusat MARDI pun antara tempat menarik untuk dilawati.

Bunga di Cameron

Spesis Orkid


Cucu-cucu tak dapat lari

Macam ni la orang-orang biasa macam I bercuti. Unplanned trip. Alang-alang pergi majlis kenduri luar daerah, kami ambil kesempatan untuk melawat tempat-tempat menarik pilihan. Saja je nak post... ngeh ngeh ngeh

No comments:

Post a Comment