Monday, September 26, 2016

DIY Makeup Remover (jimat & murah)

Hello... hello... hellooooo! Dah lama dah simpan tips DIY ni. I nak mencuba dulu sebelum kongsi dengan korang. Alkisah nak remove make up tebal sebelum masuk tidur. Tiba-tiba makeup remover korang habis lansung. Takat nak cuci dengan face foam or face cleansing korang belum tentu mudah melainkan ada cleansing yang boleh remove mascara, gel eyeliner, lipstik dan eye shadow.

image from Google Image Search (Clip Art)

Korang boleh gunakan tips vaseline dan aloe vera hacks yang I pernah kongsikan sebelum ni. Atau korang boleh DIY makeup remover sendiri sementara nak beli yang baru. Produk dan raw material yang boleh digunakan untuk DIY kali senang, mudah, murah dan senang angattt didapati di pasaraya berdekatan malah di 7eleven.

Image edited from Google Image Search

1. Mineral/drinking water (tidak digalakan menggunakan air paip dirumah keluar sudah ditapis)
2. Baby oil johnson&johnson
3. Baby bath johnson&johnson
4.*bekas/botol untuk isi cecair makeup remover nanti


Gunakan bekas yang bersih atau botol yang sesuai masukkan:-
a. 1 cup air
b. 1sudu baby bath j&j
c. 1 sudu teh baby oil j&j

Koncak dalam 15 ke 30 saat. Dah ready uji dengan tuangkan skit pada kapas dan sapukan pada spot yang ada kesan makeup. Korang akan dapati ia hilang dengan mudah.

Sumber informasi ini I dapat dari YouTuber ParisCourtland. Beliau juga demo pada kulit tangannya sendiri dengan melukis beberapa jenis eyeshadow dan membersihkannya menggunakan makeup remover DIY ni.

Anothet trick I nak kongsi dengan you guys is my own DIY makeup remover. since its very simple to make, for experiment I used hotel Evergreen body foam (sebab dah tinggal ciput je).  Same steps. Then I tested to my own skin macam ... buat. Easy to remove the makeup. I use about 3 times. So far ok, tiada masalah atau infection pada wajah.

Tinggal skit, jadi I try jadikan makeup remover.

Walaubagaimanapun, I agak was-was untuk terus memakai DIY makeup remover ni berterus sebab tak sure chemical yang ada dalam bath foam tu. Walaubagaimanapun, memang mudah menanggalkan makeup. Selepas I bersihkan muka dengan menggunakan makeup remover I terus bersihkan muka menggunakan sabun susu beras.

New packaging, perviously hanya plastic lutsinar


My sister ada bagi sabun susu beras. Dia beli sedozen kat GM pudu (harga murah benar kalau beli sedozen). Then dia bagi 2 buku sabun tu kat I untuk cuba. So kalau facial foam dah abis sementara nak beli baru I akan pakai dulu sabun susu beras. I kerat jadi kiub. Sometimes I bawa je ke opis, untuk bersihkan muka waktu solat. Yang terakhir my sister kasi packing sabun susu beras ni dah cantik. Nak jadikan cerita, bila simpan dalam bekas dan selalu kena air.  jadi cecair pulak. Then, you will see campuran coconut oil and ekstrak susu beras itself dalam tu. Pendapat I kalau guna ini lebih selamat.

Ingredents
Ini resepi I:-

1. 2 sudu teh sabun susu beras
2. 1 sudu teh baby oil
3. 2/3 air bersih yang ditapis (alat penapis coway) -ikut ukuran isipadu botol yang I guna
4. Recycle botol makeup remover watson yang telah dibersihkan.

ini spoon yang I guna, dapat kat Sangkaya Ice Cream. Ahaks!


Tuangkan je 2 sudu teh sabun susu beras dan 1 sudu teh baby oil dalam 2/3 air dalam botol. Tutup kemas dan kocak.  Persoalannya... boleh tak campuran ni menghilangkan kesan makeup? So I tested on my own hand skin. Lukis guna lip liner, eyeliner, eyeshadow. Maaf gambar mungkin tak berapa jelas sebab bilik I gelap walaupun waktu siang. Capture dari smartphone kodok I tak berapa jelas. Kalau nak gambar yang sharp hadiahkan I  smartphone yang ada camera 16MP ye.

Botol makeup remover watson yang dikitarsemula

Eyeshadow, lipliner, eyeliner
pape pun kocak dulu, then dap pada kapas

Bismillahirahmannirrahim! harap menjadi
Gosok-gosok sehingga kesan hilang. Cepat dan mudah sekali
Kesan makeup 

Walah! Kesan makeup senang hilang. I'm gonna be honest with you guys. I will use this makeup remove for several time first on my face and get back to this blog and post update. At least korang tau DIY yang I buat ni sesuai dengan skin I atau tidak.

Pesanan I kat sini, apapun tips yang dikongsi oleh Youtuber, Blogger dalam internet, pastikan korang kenal jenis kulit dan darah korang terlebih dahulu. Jangan kelam kabut ikut tips semata-mata nak cantik. Ada 1001 jenis petua yang boleh korang cari tapi mungkin hanya 10 saja yang sesuai dengan korang. Berhati-hati dan sayangi apa yang korang miliki. Selamat mencuba!

Credit to Youtuber ParisCourtland, ModaMod,
Some Image from Google Image Search Clip Art

No comments:

Post a Comment