Hola! Kali ni nak story pasal Avon skit. Korang boleh check it out bermacam-macam jenis jenama kosmetik yang ada di pasaran. Dari famous international beauty line seperti Lo'real, Spehora, NARS, Bobbi Brown, etc hinggallah local beauty line seperti ST (Sendayu Tinggi), Silkygirl, Simplysiti etc. Samada kat drugstore atau kat brand outlet atau direct selling.
Avon was founded in 1886 by David H. McConnell (lelaki hokay!). Sebelum menubuhkan Avon, beliau dah terjebak dulu dengan dunia direct selling dengan menjual buku dari pintu ke pintu kat New York. Kemudian dalam September 1886 (tak diketahui berapa haribulan. Bulan September kira bulan ulangtahun Avon ditubuhkan) Mr McConnell mengambil keputusan daripada jual buku baik dia jual pewangi (perfumes). Business pun dah establish, beliau buka small office kat Manhattan, New York. Kemudian dia joined venture dengan business partner dari Carlifonia. Mereka menukar nama company mereka kepda flowers in California sebab partner beliau cakap Carlifonia banyak bunga (#motip?). Tahun berikutnya, 1894 sorang lagi partner joined untuk bantu Mr McConnell dan rakan kongsi kembangkan lagi perniagaan mereka dengan menetapkan dasar polisi Syarikat. Sejak itu Avon yang berpusat di New York terus berkembang dan menduduki dalam ranking top 2 jenama direct selling terbesar di dunia. Untuk pengetahuan korang, Avon dengan rasmi menukar nama kepada AVON pada tahun 1939.
Tahun ini merupakan ulangtahun yang ke 130 tahun Avon. Representative pertama yang dilantik oleh Avon adalah Mrs. Persus Foster Eames Albee, dan Avon telah mengabadi patung beliau sebagai The First Avon Lady pada tahun 1997. Manakala Mdm Opal Greene (Meet 94-Years-Old Avon Lady Still Selling Avon) merupakan antara Wakil Avon yang paling senior yang masih melakukan direct selling lebih dari 50 tahun sejak dari tahun 1962. Granny ni masih lagi makeup bila berjumpa orang dengan slogan, 'I never meet people without makeup'.
P.F.E Albee Doll - the first avon lady. Sumber image dari Google Image Search, Rujukan dari abc News |
Terbaru, 2016 dalam perancangan 3 tahun, Avon memutuskan memindahkan Headquaters mereka ke United Kingdom untuk terus memperkukuhkan lagi perniagaan mereka dipersada dunia.
Kenapa tetiba I story pasal Avon ni? Sebenarnya I dah jadi members Avon since 2010 kot. Kebetulan dealer outlet berdekatan dengan office lama (belakang CIMB Kajang -CIMB demolish tak tau jadi apa sekarang. Harap Avon maintain kat situ). I kasi seorang kakak ni members card I untuk dia guna nak membeli-beli kat Avon. Lepas resign I terlupa lansung dan sangka dia still guna. Lately tiba-tiba teringat kat Avon, so I send email inquiry. Membership number still wujud tapi tak aktif. So I decide nak aktifkan semula. Me and my husband pergi ke Avon Kelana Jaya. I cuma perlu beli barang untuk aktifkan account semula. Masa nak memilih apa nak beli tu, I agak rambang mata jugak. Tak tahu nak beli apa kat situ. I beli 2 lipstick & BB cream Simply Pretty.
Simply Pretty from Avon. Mwahhhh! |
Pembelian RM20 ke atas dapat percuma sampel lipstik 24k gold. |
Sumber info dari Wikipedia Website, abc News Webiste, Yahoo Website, Avon Website
No comments:
Post a Comment