Saturday, October 8, 2016

Debu-debu yang berterbangan - Mummy Sayang Maymay

Saat dan tika ni aku cuba ingati kali terakhir aku beritahu pada May, mummy sayang Maymay! Aku ingat aku usap usap dia yang dah mula meragam tak tentu hala dalam kotak. Aku fikirkan aku tak boleh ada kat situ tengokkan dia melahirkan anak-anak dia. Suami dah pesan berkali-kali, you dah tak boleh tengok-tengok dah, anak-anak dia nanti pun tak boleh. Tak pa dia boleh tengokkan May. Sedih tau suami cakap cam tu. Sungguhpun dia garang macam tu, sifat penyayangkan kucing ada pada suami. Aku beritahu May aku sayang dia seperi biasa dan kiss ubun ubun dia. Dia pandang aku. Aku nak tinggalkan dia. Dia kuar nak ikut. Aku tak benarkan dia masuk rumah. Aku mudah mengalah dengan ngiau kucing ni. Permintaan dia seperti nak aku tunggu lihat dia bersalin. Mummy mana kuat nak tengok May bersalin sendiri dalam kotak. Walaupun dah nak masuk kali ke tiga May beranak. Biasanya sebelum ni, bila dah bagi kotak dia akan duduk diam-diam dalam kotak dan tau-tau dia dah melahirkan anak-anak dia.

Hiba hati ini hanya Allah yang tahu. Keadaan yang tak mengizinkan aku ambil tahu May kali ni. Aku dah dapat rasakan May akan beranak hari tu. Balik dari kerja, tak sabar- sabar nak tengok dia. Kebetulan hari tu plak aku tak pakai spec. Rabun jauh. Koko sambut aku yang semakin dekat. Aku nampak samar-samar anak kucing kat lantai mengiau. Koko mendekatinya. Apa Koko dah buat??? May masih dalam kotak masih deliver anak-anaknya yang lain. Aku tengok dari jauh Koko mungkin tengah makan uri. Aku tunggu suami sampai tapi terus suruh aku masuk. Hati aku makin hiba. Aku merayu pada suami tolong masukkan anak May dalam kotak. Suami umpama daddy garang pada May, dia tegas dengan aku jangan ambil tahu nanti May pandailah ambil anak dia. Tapi suami senyap-senyap keluar dan lakukan waktu aku tengah solat isya'. Doaku mohon moga May dalam keadaan yang baik. Selepas baru dia beritahu anak May masih basah masa dia angkat masuk dalam kotak.

Kami dah biasa bila May beranak, dia akan bersama anak-anaknya lebih kurang 3 hari. Tapi hari ni berbeza bila aku buka pintu, Koko datang dari arah kotak. Aku sangka May seperti biasa menunggu dalam kotak. Aku ambil kesempatan nak jenguk dia biarpun jarak jauh. May tak ada. Apa sudah jadi ni sebenarnya malam tadi. Kami berdua terus ke tempat parking kereta, masih tak nampak May di mana-mana. Kalau dia lapar tak perlu ke mana-mana. Tunggu depan pintu rumah je. Kami masuk dalam kereta dan nak terus bergerak hantar aku pergi kerja. Depan sikit dari tempat parking kereta kami, tengah drive nak keluar suami sempat nampak May. Dua undur skit nak tengok May betul-betul. Nampak May berehat kat bawah kereta lain kat parking tu. Keadaan dia masih bleeding. Suami sangka May masih dalam proses melahirkan. Tapi mengapa tinggalkan anak-anak lain? Hari tu hari jumaat jadi kami tergesa-gesa nak hantar aku ke pejabat dan suami nak singgah masjid berhampiran tunaikan solat Jumaat. Suami cakap kalau kucing rasa terancam dia akan pindah tempat lain beranak. Tapi takan nak tinggalkan anak-anak lain. Apa yang mengancam May? Koko ke? 

Aku tak dapat pun tengok keadaan May masa tu. Bila dengar suami beritahu May macam tu hati semakin rasa tak sedap dan hiba sangat. Terkilan kali ni aku tak dapat bersama May. Waktu solat Zohor aku berdoa jika keadaan May tenat, aku mohon pada Allah Yang Maha Pengasih lagi Penyayang, Tuhan yang mencipta sekelian alam, ambillah May. Tak dapat menahan airmata mengalir berjurai ke pipi. Ambillah May, jangan biarkan dia menderita. Bahawasanya aku redha andai May menjadi debu-debu yang berterbangan di akhirat nanti.

My beautiful girl May
Aku pm suami kat facebook dan whatapps bertanyakan jika dia ada jenguk keadaan May. Dia balas dia dah cari May merata termasuklah area sampah yang kami selalu larang May pergi. Tapi tak ada. Dia tak balik kat kotak anak-anak dia sebaliknya Koko yang beranak awal dari May pulak dalam kotak tu. 2 anak Koko dah mati. Anak-anak kucing bertambah jadi 6 ekor. Dia pun tak sedap hati dapat rasakan sesuatu tak elok dah jadi kat May. May never left her children after the moment she delivered them. Something not right. Suami cakap, orang dulu-dulu cakap kucing yang sayangkan tuannya akan pergi ke tempat yang tuannya tidak dapat temui bangkainya untuk hembuskan nafas terakhir. Mungkin May dah tak ada. Ya Allah, jika benar begitu permudahkanlah May pergi. Mummy faham Maymay sayang sangat kat mummy and daddy. Your eyes had told us.



Those days before May left us. She's very different. Dia semakin tak sihat, luka sana sini akibat bergaduh walaupun tengah mengandung. Aku pujuk baik-baik dan sapukan minyak gamat pada luka dan kurap yang dah mula ada di telinga dia. Minyak gamatlah yang mengikat kasih kami dengan May. Dari mula kami bertemu dengan dia luka teruk akibat dilanggar motor. Hanya dengan minyak gamat je kami sapukan. Kebelakangan ni, dia sangat garang dengan kami dan kucing-kucing yang ada. Koko, Amboi dan Bubu. Terutama sekali Bubu anaknya sendiri. Cemburu sangat dengan Bubu. Sweet Bubu tinggalkan kami dulu sebelum May. Dia hilang tiba-tiba. Bubu dan Cici, 2 anak May yang dapat lihat membesar depan mata. Sekarang tinggal cuma Cici, jiran kat bawah dah jaga dengan baik. Alhamdulillah. 2 malam May datang masa aku tengah tidur. 1st night aku sedar kehadirannya, bila buka mata aku nampak dia memandang tepat pada aku. Aku usap dia, takut bimbang dia buat perangai berak dalam bilik lagi. Aku periksa semua sudut, tak ada tanda-tanda dia berak. 2nd night aku sedang lena dia datang lagi duduk hampir dengan aku. Aku sedang lena tapi dapat rasa kehadirannya. Dan aku juga dapat rasakan dia bangun tinggalkan aku yang tidur lena. May nak tatap mummy puas-puas ke?...


Aku dan suami bukan pelihara betul-betul kucing-kucing yang datang ke rumah. Kami jemput mereka datang, berikan makanan kucing dan air yang bersih untuk diminum. Kami sediakan kotak besar untuk kemudahan kucing betina terutama sekali May mencari tempat untuk beranak. Kami berikan nama setiap kucing yang kami kenali dengan funny name berdasarkan karakter dan bagaimana kami bertemu mereka. Ada rezeki, jika mereka tiba-tiba muncul depan pintu. Kami berikan makan. Hanya May yang masuk dan tidur seharian dalam rumah kami. Ruang tamu, bilik tidur dan sometimes dalam bilik baju aku. Dah macam anak sendiri bila kami layan dan berbual dengan dia. She becoming a part of our life. Bila dia tak balik-balik, kami risau sambil panggil2 dia supaya dia balik. Kami berdua biarkan May jalani kehidupan yang natural. Keluar masuk rumah dan bergaul dengan kucing kat luar. She can go other neighbor's house to get a food too, even-though we doesn't like her ate variety unknown food that might affected her health. She's free!  She claimed her territory. Kami tak kasikan May tapi kami bercadang nak buat demikian jika memudaratkan dirinya. Nampaknya dah tak sempat. 


Kami bertemu dengan May waktu tengah malam selepas aku balik kerja. Kat parking dia bersama abangnya. Both of them look adorable. Kami berkenan dengan abang May pada mulanya. Tapi suami tertarik dengan May sebab May ada tiger look. Masa tu May liar dan susah nak dekati. Abangnya ok. Kami tahu jiran yang tinggal berdepan dengan parking kereta kami yang selalu bagi mereka makan. Satu hari nampak May luka kat peha. Agak parah juga tapi dalam proses penyembuhan. We did brought both of them to our house. Luka May dalam berlubang dan berair. Kami faham kucing ada kelebihan fast healing, tapi aku sapukan ubat minyak gamat kat luka May. That time, suami cakap May dah cacat. Hari-hari kami umpan May datang rumah untuk sapukan ubat. Dalam masa yang abang May taken by other. Dah siap claimed ownership dengan pakaikan choker pada leher dia. Masa tu juga kami sudah ada kucing yang selalu datang rumah, Amboi. 

Bermulanya kami di sini. Luka May makin sembuh. May jadi kesayangan kami
Both of them like sister when they together. Lama kelamaan May rules the house. Kami terpaksa let go sebab Amboi always sick. Dia mengalami flu yang sangat lama. Bila bersin abis lendir melekat kat lantai Suami terpaksa bersihkan. Suami cakap dia tak boleh tinggal dalam rumah kalau berterusan macam tu. Lebih baik dia kat bawah. Then, bila dia kat bawah dia nampak lebih sihat dan dah tak de flu. Sometimes, she came to our house to get a food. 

Amboi & May
Sepanjang hidup May dengan kami. Kami layan dia macam anak kami. Bahasakan diri mummy and daddy pada dia. Berbual dengan dia. Suami suka main dan training May. Ada masa dia akan tidur di kaki aku dan suami. Kejutkan aku waktu subuh untuk diberi makan. May mengandung, kami sediakan kotak besar untuk dia melahirkan anak-anak dia. Kami tak tahu mana pergi anak-anak May. Sampai masa May sendiri halau anak-anak dia. Aku percaya, sesiapa yang suka kucing pasti akan ambil anak-anak May jadikan pet kesayangan. Atau May dah claimed ownership atas kami. Anak-anaknya perlu pergi cari manusia mereka sendiri. 

May's first children

Her spot
Later we met Koko, the behavior cat. Selain dari May, kami terima 2 ekor Amboi dan Koko datang ke rumah dan berikan makanan. Suamilah yang paling ambil berat tentang makanan mereka. Kami suka berikan makanan kucing jenama cutties cats. Selalu ada di kedai speedmart. Suami paling risau bila makan dorang nak habis. Suami sanggup pergi mencari kat mana-mana kedai speedmart yang kami jumpa semata-mata nak beli stok makanan mereka bertiga. 

Koko
Aku tak tahu apa isu Koko sebenarnya. Ambil masa juga Koko nak terima kami. Masa mula jumpa Koko, dia tengah mengandung juga sama dengan May. May selamat beranak dulu. Kemudian baru Koko beranak. Koko beranak bawah kereta. Ada yang baik hati, sediakan kotak untuk dia. Tapi dia keep bawa anak-anak tinggal bawa kereta. Any car she want. Jadi sekor sekor anak dia mati kene lenyek. Motif Koko aku masih tak faham. May kucing yang baik, May tahu mummy dia nak selamatkan sekor anak Koko. Mummy ambil anak Koko yang tinggal sekor bawa balik. Minta May tolong susukan anak tu. May terus terima je. Dia jilat si comel. Namun, Koko dapat hidu anak dia, aku letak bersama anak-anak May. Dia ambil bawa pergi dan..... Suami cakap kita dah berusaha. Apa-apa jadi kat anak Koko dah suratan takdir. 

Bila kenangkan saat ini, May kucing yang berhati mulia sebab sudi susukan kitten ni. 
Since Koko lost all her children, she started to liking May's children. Dia jilat-jilatnya macam anak dia sendiri. Tapi dia tak susukan. That's the thing about the mystery cat, Koko. 2nd time dia beranak, baru aku nampak masalahnya.

Kesian Koko, may dia masih tak dapat terima anak-anak dia semua mati. Tumpang kasih kat anak May
Satu masalah di block tingkat atas rumah aku ni seperti tak sesuai biarkan anak-anak kucing. Seperti ada penyakit mata. Aku dah perhatikan dari kucing Pasu yang selalu beranak-ranak 7 hingga 8 ekor. Anak-anaknya semua kena penyakit mata yang kronik dan mati. Anak-anak May aku cuba sedaya upaya bersihkan mata dorang sekerap mungkin nak make sure dorang sihat. Aku tak effort nak bawa pegi vet. Aku percaya kalau aku ikhlas jaga pasti dorang ni akan sihat. Alhamdulillah, mereka stay comel. Cuma after that, May akan kept them away from her territory. Kami hormatilah kehendak May seperti mana yang kami mahu dia hidup natural macam stray cat yang lain. 

Salah sekor Anak May

Anak-anak May 2nd cycle


macam ni la selalu bila sekor-sekor kebuluran. Amboi pelahap nombor satu
3rd time May beranak rapat dengan masa Koko beranak. Beza 3 hari, Masa ni kami dapat kesan Koko makan anak dia yang dah mati. Sebaik saja May dah beranak, Koko pindah anak-anak dengan dia sekali duduk dalam kotak bersama May. Kotak dah la kecik. Terpaksa aku alih kesemuanya masuk dalam kotak yang lebih besar yang sebelum ni Koko dah guna untuk beranak. Anak-anak Koko tak survive lama. Semuanya mati, anak-anak May stay strong. Aku pun usaha jaga. This time, May tak halau anak-anak dia bila dah besar. May dan Koko nampak dah co-team bersama jaga anak-anak. Tapi dia susukan semua anak-anak kucing hingga kurus. Suami dah risau keadaan dia akan mudarat sebab Koko kurang susukan anak-anak. Sejak anak-anak Koko dah tak ada (setiap yang mati Koko akan makan). Koko took over anak-anak May. Macam mana pun May masih susukan dorang. Aku dapat tengok Cici dan Bubu membesar. Dua-dua cantik. Bubu yang paling bongsu masih nak menyusu dengan May. 

Cici

Bubu (yang warna kelabu) Yuyu antara yang tak dapat survive sebab penyakit mata.

Maymay anak kucing mummy... mummy sayang Maymay. 
Semalam ketika aku berjalan ke rumah rumah, bila aku lihat ke arah kotak. Aku berharap May yang akan intai aku dari kotak. Malangnya, Koko. Saat itu berjurai-jurai airmata aku mengalir. Aku rasa May dah tak ada.... Ya Allah Yang Maha Pengasih lagi Penyayang. Engkau dah permudahkan urusan May. Jadikanlah May debu-debu yang berterbangan di akhirat nanti. Terima kasih kerana Kau pinjamkan dia pada kami seketika untuk menumpang ehsan. Sesungguhnya melalui May aku belajar banyak perkara dan kebaikan dalam kehidupan. Tiada yang lebih berkuasa di dunia ini melainkan Engkau. Ya Allah, Pencipta yang Maha Agung sesungguhnya hanya padaMu aku berserah dan pasrah... amin

No comments:

Post a Comment