Wednesday, October 26, 2016

Perkembangan May #StrayCat #FeralCat

Hola again! Untuk kebelakangan ni korang akan baca kisah Maymay je la memanjang. Apa cer dengan May pas balik dari Klinik kan? Since kami dah anggap Maymay part of our life, jadi sementara dia nak sembuh mestilah duduk memerap kat rumah Dapur Orang Malas ni. Doktor ada bagi ubat antibiotic dan vitamin. Tapi awal-awal lagi assitant Dr Hasif inform May tak macam kucing lain dirawat kat klinik tu. Dia tak suka vitamin, berbuih mulut dia kalau diberi vitamin. Risau plak bila dengar cam tu.


Sejak balik dari klinik ni, Maymay demanding perhatian kami. May be dia masih dalam trauma. Atau masa kat klinik dah pampered. Hari pertama balik dari klinik, oleh kerana DOM! kerja shift petang, lepas amik Maymay terpaksa la masuk office semula (Mealbreak time fixed jam 6.30pm hingga 7.30pm kat avaya (status adherence) tapi selalunya 1jam Mealbreak boleh ambil bila-bila sebab relief partner. Jadi aku gunakanlah waktu 1 jam tu awal sementara tak sibuk). Jadi kami lepaskan Maymay kat parking lot kat rumah dulu biar dia membuang ape yang patut dan bersihkan bulu dia. Nampak dia bila dah lepas tu, dia cam kawasan dia dan start bersihkan bulu dia. Time kerja, suami update dia dah berikan Maymay makan tapi dia makan sikit dan letak Maymay kat belakang (balkoni) biarkan dia bersihkan bulu dia sendiri.

Habis kerja jam 12.00am, suami datang amik. Sampai kat parking, Maymay dah tunggu dan memanggil-manggil. Poor girl, she's still ill and trauma. Selama ni memang May, Koko dan Amboi akan sambut kami balik. Tiap kali keluar escort dan tiap kali balik pun dorang dah kat parking sambut dan escort sampai rumah. Jangan main-main ye, ada 3 bodyguard gitu. This time kena bagi perhatian kat Maymay. Sampai rumah, macam biasalah tuangkan makanan dalam bekas untuk mereka bertiga. Amboi macam biasa pelahap nombor 1 berebut dengan Koko yang telengong tu. Walaupun #straycat #feral cat #bakatempatan je, May ni ada perangai Diva. Dia tak main berebut makanan ni. Dia nak makan, kucing lain kena bagi laluan dia makan dulu. Pergi la berebut kat bekas lain, bekas dia... dia sorang je makan. Kalau tak, dia tak nak makan bersama-sama dengan Amboi dan Koko. Oleh kerana risau dengar dia tak nak makan kat klinik walaupun dah bawa makanan dia hari tu. Kita nak test Maymay ni memang tak nak makan ke atau dia ngengade nak wet food sebenarnya. Sebab kat klinik tu bagi wet food. Nurse citer dia makan wet food kucing lain.

Kami tak nak ajar Maymay makan wet food sebab memang dia akan suke giler nak mampus kalau dapat makan makanan tu. Tapi dalam masa yang sama dia akan sangka bau sampah tu adalah makan wet food dan akan cari makanan tu kat sampah dan mulalah dia pergi kat kawasan sampah. Kalau dia keep makan makanan kat sampah dia jadi tak sihat dan bulu dia mula gugur teruk. Dah banyak kali larang dia dekati kawasan sampah. Tapi apa boleh buat... degil macam kanak-kanak riang jugak.

Sambung cerita, lepas semua dah makan, tak boleh biarkan Koko dan Amboi lelama sebab keduanya tak sihat. Nanti jangkit kat May, susah hati kami lagi. Hari tu tak nampak Cici (anak Maymay yang dah besar). Biasa budak kenit tu ada. Mungkin dia lepak rumah jiran lain. Kononnya nak kemas-kemas kotak kasut, tetiba May nyibuk plak. Eh! budak ni siap nak masuk dalam kotak yang separuh terbuka. Ok...ok... duduk lah, mummy letak lapik ye. Dia pun baring dalam kotak ngam-ngam dengan badan dia. Kesian plak kat dia, kite usap-usap kepala dia. Dia nampak comfortable dan mula nak tidur. Tapi dia tak bagi tinggalkan dia alone kat situ. Makan dah la bersuap, nak belai-belai dia plak. Pastu nak suruh tunggu dia tidur kat situ. Takan mummy nak tidur kat rak kasut plak Maymay sayang oi. Bila tengok dia tidur nyenyak tu kite beralih duduk kat sofa, dia bangun panggil. Bila pergi dapur dia pun jenguk kat dapur panggil. Bila dia bising tu sebenarnya normal bagi kami. Yang tak normalnya dia tak pernah gesel kaki tapi sekarang dia mau gesel kaki. Bila gi kat dia, dia ajak ikut dia. Dia balik duk kat kotak baring. Dah baring ngiau lagi kat situ. Nak usap-usap dia, nak suh tunggu dia kat situ, jangan tinggalkan dia. Ye ye kali ni mummy tak tinggalkan Maymay, kat rumah dah pun. Alahai Maymay, mummy ngantuk sangat la. Suh daddy plak teman ye. Nak ke suami layan Maymay tu? Ngeh ngeh ngeh

Hari kedua, suami dah lepaskan Maymay kat luar sebelum tu. Pagi-pagi subuh lagi dia dah memekik kat pintu nak masuk rumah. Kesian dia tu. Masuk rumah, bagi dia makan. At least dia ada selera makan seperti biasa cuma dia makan perlahan-lahan dan berulang-ulang. Teman dia kejap waktu pagi sementara nak tunggu 11.30am. Jam 11.30am nak memasak untuk suami makan sebelum kite gi kerja. Dapat bagi Maymay ubat antibiotik yang doktor bagi dengan jayanya.

Balik kerja jam 12 malam, dah kira hari ketiga. Maymay masih memerap lagi, nak kite tunggu dia kat spot dia tidur. Nak diusap-usap sambil dia tidur. Opinion kengkawan fb, dia masih trauma dengan apa yang berlaku terutama sekali ditinggalkan kat klinik. Malam tu I decided tidur kat living room sebab Maymay memang sejak dulu tak suka alone kat living room. Dia akan memanggil kami kalau rasa diri dia tak dipedulikan. Kali ni dia naik tidur bersama kat sofa. Alooo dia nak memerap dengan mummy dia ye. Tak pe selalu dia temankan kite tidur bila kite sakit, kali ni kite temankan dia pulak ye.

Mood dia memerap kat Mummy. Dengan daddy, sorry la daddy is daddy. He not gonna pampered you

Rasa bersyukur pada Allah SWT kerana beri peluang buat perkara kebajikan pada haiwan kesayangan Nabi Muhammad SAW ni. Kite percaya ada hikmah disebalik dugaan ini. Berjaya berikan ubat antibiotic terakhir kat Maymay. DOM! faham Maymay perlukan tidur lebih lama untuk proses penyembuhan dia. Rasa lega melihat perkembangan positif yang Maymay tunjukkan pada kami. Walaupun tak berikan dia vitamin untuk naikkan selera makan, tapi corak pemakanan dia normal. Dia lapar dia akan minta makan. Cuma bila dia tak keluar-keluar rumah ni, dia pun buat kelakar membuang kat belakang washing machine kat balkoni rumah. Sabar je la, Mummy kena marah dengan Daddy pasal simpan May dalam rumah lama sangat. Uhuks

Hari ke sehari, proses penyembuhan Maymay begitu pantas. Cam ne tak makin sayang dia, bila tengok dia tidur kat sofa. Macam baby tidur lena. So sweet...

Lenanya dia tidur, tidur ke tu?

Kalau boleh I nak adopt Maymay dan Koko, especially Maymay. I harap suami terbuka hati untuk setuju adopt Maymay terus. Bila pindah rumah suatu hari nanti, boleh bawa Maymay bersama kami. Tapi tu lah kalau duk rumah teres senang lah nak jaga dia, tapi kalau apartment tak taulah macam mana plak.

Rasa macam dah lama kejadian Maymay tu tetapi sebenarnya baru seminggu lepas ia berlaku. At last jumpa juga anak-anak Maymya yang dijaga oleh Koko. Rupanya ada kat rumah jiran tingkat 1. I percaya, spesis Maymay ni kuat dan kesemua masih hidup. At least dengan Koko, anak-anak kucing boleh membesar depan mata. Sebagai tanda berterima kasih pada Koko, kami make sure Koko dapat makanan bila datang ke rumah kami. Dia perlu makan banyak sebab menyusukan

Anak-anak May, Koko & Pasu, Possibility Koko dah cilok anak-anak Pasu jugak. 
Ralat juga la kali ni tak dapat tengokkan anak-anak May membesar. Maymay pun dah neutered, dia dah tak boleh pregnant lagi lepas ni, Kami mintak maaf ye Maymay, kami ambil keputusan ni untuk kebaikan Maymay dan sekeliling Maymay. 

No comments:

Post a Comment