Assalamummualaikum dan selamat sejahtera kepada yang pembaca blog kite (mulai sekarang nak bahasakan diri sebagai kite). Masih lagi dengan kisah kucing-kucing di kejirannan kite. Alhamdulillah... buat pengetahuan korang, Maymay officially adpoted by us. Officially juga my green laundry basket jadi tempat tidur Maymay. Kite letak bakul tersebut antara bilik tidur dan bilik wardrobe kite.
Dia dapat pulak bakul hijau ni |
Kisahnya, memang masa mula-mula dia datang, dia dah suka masuk dalam bakul hijau kite tu. Puncanya, geram sangat dengan dia, kite masukkan dia dalam bakul tu. Terus dia relaks and tidur dalam tu. Bila bakul penuh kain baju, dia nampak tak puas hati. Kite tak nak la bagi dia dulu, sebab kite nak guna. Kekadang tu, kite terlangkupkan bakul tu, kurung dia dalam. Dah beli bakul baru, dengan rasminya Maymay kebas bakul hijau tu buat tempat tidur dia.
Kite tak bagi pun vitamin vet bagi tu, pernah cuba bagi dia untuk tambahkan selera makan dia tapi lepas bagi, mata dia jadi bengkak plak. Ingatkan dia kena gigit lebah atau kumbang. Rupanya lepas bagi vitamin tu, mata dia jadi macam tu. Alamak, hope maymay tak mengalami infection lain. Oleh kerana Maymay tak ada isu dengan selera makan. Kite abaikan vitamin tu.
time ni kurus kan dia... tapi dia tak ada masalah selera makan |
Kite ada ikut tips sorang kakak kat fb, bagi kucing-kucing dia makan ayam rebus setiap hujung minggu. Kite try bagi maymay daging ayam rebus yang dicarik halus. Dia suka! Mestilah dia suka, mana mungkin dia tak suka. Gile tak suka? Nak bagi ikan rebus, ikan pun jarang beli. Suami kite pun mula belikan wet food. Bila dia dah mula belikan wet food untuk Maymay maknanya dia setuju nak adopt Maymay.
Gambar sebelum dan selepas tumbuh bulu |
Bila selalu bagi wet food, lelama nanti Maymay tak nak makan biskut dia dah. Kalau bagi dia macam sikit sangat. Nak paksa dia makan dry food dia, kena biarkan dia betul-betul lapar. Barulah dia nak makan sampai habis. Lagi satu bila dia bau sardin, dia ingat itu makanan dia sebab nak sama dengan bau makanan sedap dia, ahaks. Dahhh... mengiau-ngiau ingat kita nak bagi dia makan sedap. Kite tengok kat fb The Cats House of King, makanan yang diberikan pada kucing-kucing yang tinggal kat situ. Volunteer mereka sediakan makanan kucing, dengan mencampurkan makanan kering dan basah. Kami ikut cara TCHOK.
Menjadi tak kite jadikan Maymay kucing gebu gebas? Nak kucing yang sihat, bagi makan elok-elok, insyallah sihatlah kucing tu. Setelah pertimbangkan dengan penuh kasih sayang terhadap Maymay. Kami dengan rasmi adopt Maymay terus. Atas sebab kekangan budget dan kemampuan, kami hanya dapat adopt Maymay. Amboi dan Cici kami bagi je makan kalau dua ekor tu datang rumah. Namun sekarang dua ekor ni kite tak tau kemana pegi. Dah tak nampak dah sekarang. 😔
Walaupun local cat a.k.a stray a.k.a feral cat pun mestilah ada jenis juga. Maymay is a Domestic Short Hair Cat (DSH). Kira kalau nak sedapkan diri baka Maymay ni kite boleh katakan Malaysian Short Hair? Hurmm, kite ada baca info berkenaan kucing ada tanda M kat dahi mereka. Memula kite rasa Maymay ni the Asian Solid Cat tapi bulu dia berbelang. Nampaknya Maymay mungkin the Asian Tabby Cat (tinggal pun kat Asian/Nusantara) . The Tabby Cat memang kena dengan karekter Maymay.
Jangan pandang sebelah mata dengan kucing tempatan tau. Sebenarnya kalau korang bagi makan makanan berkhasiat, kucing biasa macam maymay pun boleh cantik gebu gebas dan besar macam kucing baka import. Don't buy but adopt, baka import pon dah bersepah kat jalanan disebabkan sikap tak bertanggungjawab sesetengah pemilik kucing. Korang boleh pilih dan adopt kucing dari banyak shelter. Kebanyakan kucing kat shelter dah neutered korang tak perlu fikir kos pemandulan kucing lagi.
Jangan jeles maymay dh gebu gebas mengalah kucing korang. Ya kite je ada kucing maymay. Ko ape tau?!
Tadaaa!... sihat dan comel! Ciri-ciri Tabby Cat ada kat Maymay
|
Walaupun local cat a.k.a stray a.k.a feral cat pun mestilah ada jenis juga. Maymay is a Domestic Short Hair Cat (DSH). Kira kalau nak sedapkan diri baka Maymay ni kite boleh katakan Malaysian Short Hair? Hurmm, kite ada baca info berkenaan kucing ada tanda M kat dahi mereka. Memula kite rasa Maymay ni the Asian Solid Cat tapi bulu dia berbelang. Nampaknya Maymay mungkin the Asian Tabby Cat (tinggal pun kat Asian/Nusantara) . The Tabby Cat memang kena dengan karekter Maymay.
Motif suka tidur atas device mummy |
Jangan pandang sebelah mata dengan kucing tempatan tau. Sebenarnya kalau korang bagi makan makanan berkhasiat, kucing biasa macam maymay pun boleh cantik gebu gebas dan besar macam kucing baka import. Don't buy but adopt, baka import pon dah bersepah kat jalanan disebabkan sikap tak bertanggungjawab sesetengah pemilik kucing. Korang boleh pilih dan adopt kucing dari banyak shelter. Kebanyakan kucing kat shelter dah neutered korang tak perlu fikir kos pemandulan kucing lagi.
Jangan jeles maymay dh gebu gebas mengalah kucing korang. Ya kite je ada kucing maymay. Ko ape tau?!
No comments:
Post a Comment