Saturday, September 10, 2016

Daun Lidah Buaya (Aloe Vera) Beauty Hacks- Rahsia Wanita Cantik

Khasiat dan kebaikan daun lidah buaya atau aloe vera ni dah lama dah tau. Cuma tak ada peluang nak tanam belakang rumah (macam la duk apartment tingkat atas ada tanah nak menanam kan?). Kenangan yang masih DOM! Ingat dulu masa kecil, tengok kakak kesayangan sapu aloe vera pada muka dia. Kite pon menyibuk jugak nak pakai. Kebetulan ada tanam dalam pasu. Tak sempat membesar bagai johan pun dah dikeratnya. Kak Nor, kalau baca post ni, ingat tak zaman remaja masa sibuk-sibuk sapu daun lidah buaya kat muka? Kalau ingat, jangan lupa tinggalkan komen tau. Hahaha

Sumber gambar hiasa dari google image search

Another story, masa tinggal kat Penang, I penah kerja kat 1 law firm, mostly kat situ staff adalah chinese. Masa kerja kat situ, baru tahu aloe vera ni boleh dibuat minum. Angie salah sorang ex-officemate, bapa dia buatkan minuman aloe vera seperiuk besar untuknya. Patutlah muka dia sentiasa nampak segar walaupun tak mandi pagi, ahaks! Kepada pembaca chinese jangan ambil hati ya. Itu just what I know, korang ikut petua nenek moyang sejak berzaman. Correct me if I'm wrong. Anyway, I suka minuman yang ada campuran aloe vera seperti jenama minuman Just Tea atau Marigold Peel Fresh

Gambar dari www.marktplace.com.sg
Selain dari disediakan untuk minuman yang nyaman dan menyejukkan badan, ia juga boleh disediakan sebagai desert. Ok, now I'm started craving for Aloe Vera.

Picture from www.yelp.com - click here to view more 
*credit to Kristin T - thank you for sharing awsome picture in www.yelp.com

Aloe vera merupakan salah satu bahan yang digunakan dalam dunia perubatan Ayurveda sebagai peyembuh senyap. Furthermore, I looked up beauty tips dengan aloe vera pun dari youtuber Indian. Actually kalau baca dan tonton DIY dorang menggunakan bahan semulajadi sangatlah bagus untuk kegunaan kita. Aloe vera masih lagi ditanam di India sebagai bahan penyembuh luaran dan dalaman - Sumber informasi dari Wikipedia English, Bahasa Melayu & Bahasa Indonesia. Dalam kajian saintifik juga membuktikan kebaikan aloe vera kepada manusia sejagat, alternative yang selamat dan tidak menjejaskan persekitaran.
Nak baca macam mana ni? Hadeii la - screenshot dari www.tamilsiragugal.com
I beli Guardian Aloe Vera gel soothies & relieves sunburn 250ml dengan harga RM10.49. 100% pure aloe vera gel. Sebenarnya I plan nak dapatkan yang paling kecil kat Watson. Tapi end up kat Guardian plak. Beli aje la memandangkan harga tube besar dia lebih murah berbanding dari Watson. Banyak jenis brand aloe vera yang ada pasaran based on percentage kandungan. Ada yang 92%, 98%, 99% dan 100% kandungan gel aloe vera. Gel aloe vera dah memang bagus ditambah pula kebaikan lain seperti jojoba oil, castor oil, almond oil atau olive oil dan vitamin E or C.


I tested terus ke wajah ini. Mudah dipakai dan tidak melekit serta mudah dan cepat menyerap oleh kulit. So far tak ada elergic affected. Haaa! salah satu rahsia aloe vera yang buatkan I tak pernah sangsi dengan kegunaannya walaupun jarang menggunakannya sebelum ni. Kehebatan Aloe Vera merawat luka dan parut akibat terbakar. Ini dibuktikan oleh my cousin. Beliau mengalami kemalangan kecil ketika masak maggie kat dapur rumah dia, masa kemalangan kecil tu berlaku, lengan beliau terkena kuah maggie yang baru masak. Dengan tak sengaja dia gosok tangan dia pada baju ingat nak lap je. Dia tak sedar kulitnya tangan dah mengelembong. Akibatnya terkupas dan nampak isi. Kesian time tu, dia frust dan terasa hodoh. Then, my other cousin, isterinya rekemen gel aloe vera. Tolak tepi ubat-ubat klinik. Setiap hari dia sapukan pada lukanya non-stop. 2 minggu kay...2 minggu... haaa ingat cerita dia ni. Sembuh! Parut pun tak de nak habaq mai kat hangpa! Macam tak pernah tercedera kena kuah panas pon. Bukti kebesaran Allah SWT mnciptakan daun lidah buaya atau aloe vera ni sebagai salah satu ejen penyembuh luaran dan dalaman sejak berkurun lamanya.

Jom kita hacks!

#1 Menghilangkan parut pada wajah - petua yang I baca dari blog lain, lendir aloe vera boleh membantu menghilangkan kesan parut pada kulit. I pun dah kongsikan testimoni yang benar diatas. Sapu pada bahagian parut 3 kali seminggu atau sekerap yang korang mahu terutama sekali sebelum masuk tidur. 

#2 Mengurangkan jerawat - Wanita dan jerawat adalah musuh tradisi! Aloe Vera mempunyai 2 hormon yang bagus untuk kulit, iaitu hormon Auxin and Gibberellins yang bertindak sebagai ejen penyembuhan dan anti-radang (anti-inflammatory properties). Hormon Gibberellins dalam aloe vera bertindak sebagai hormon pertumbuhan merangsang pertumbuhan sel-sel baru.

#3 Make up Primer - Ini beauty hacks yang I baru tahu. Gunakan Aloe Vera selepas mengenakan pelembab dan sebelum mengenakan foundation pada wajah. Make up Primer membantu menyerap dan mengurangkan minyak pada muka. Solekan juga akan kelihatan flawless dan tahan lebih lama. DIY face primer - mixed aloe vera, mineral water & almond oil together dan simpan pada suhu bilik dalam bekas yang bersih untuk daily use make-up routine. 

#4 Eyebrow & Eyelashes growth- Korang nak tau, korang boleh apply aloe vera pada bulu kening untuk perapian kening. Manakala untuk maskara, kalau korang prefer bula mata natural dan tampak segar, gunakan gel aloe vera sebagai maskara lutsinar. Untuk penjagaan buku mata dan kening, campuran gel Aloe Vera dan minyak castor membantu pertumbuhan bulu mata dan kening.


#5 Make up remover - pun boleh! tuangkan gel pada kapas muka dan terus sapukan pada wajah yang masih bersisa make up.  

#6 Pelembab wajah - Pelembab lutsinar. Aloe Vera mempunyai hormon yang membantu pertumbuhan sel-sel baru dan mampu merawat kulit wajah secara semulajadi. Selain dari mengurangkan jerawat dan menghilangkan kesan parut lama pada wajah, ia mampu mengimbangi stress dan mengembalikan kesegaran pada wajah. Malah kebaikan Aloe Vera mambantu pengurangkan kedutan kerana ia merupakan ejen anti-penuaan. DOM! bercadang nak cuba apply pada wajah setiap malam sebelum tidur sebab sebelum ni memang tak suka menggenakan apa-apa pada wajah sebelum tidur.  Nanti kita tengok hasilnya kay.

#7 Untuk kesihatan dalaman - Macam DOM! ada ceritakan diatas, kisah my ex-officemate selalu minum aloe vera untuk kesihatan dalaman. Terbukti dia memiliki kulit yang cantik. Korang boleh check it out produk yang semakin nampak dalam pasaran iaitu Forever Aloe Vera (klik sini). I dah check it out tapi tak jumpa information tentang khasiat produk diorang ni. Mak dorang tak suka dorang bagi tau kot. Ah, korang boleh google sendiri

#8 Mengawal dandruff - Ini macam menarik. DOM! memang ada masalah kelemumur. Petuanya perahkan beberapa titis lemon pada gel aloe vera dan sapukan pada kulit kepala dan biarkan 10 minit. Kemudian bilas rambut sedang air suam. I sedang memcuba cara ni. Nanti I kongsikan hasilnya

#9 Mengawal diabetes - Aloe vera juga boleh membantu mengawal diabetes. 

#10 Sunburn - Aloe Vera tidak melindungi 100% kulit dan wajah dari pancaran tetapi mampu mengurangkan kesan terbakar matahari (sunburn) yang mengenai pada kulit. Sebelum berjemur sapukan aloe vera pada kulit badan dan muka ia akan bertindak sebagai sunblock. So kalau korang bermandi manda atau accidently berjemur lama di bawah sinaran matahari yang sangat terik. Kulit korang sunburn dan berbelak. Jangan bimbang, gunakan Aloe Vera kerana ia boleh membantu mengurangkan keradangan dan percepatkan pemulihkan kulit. Untuk bacaan lanjut korang boleh rujuk kat laman thealoeverasite.com 


#11 Homemade cosmetic - DIY make up based seperti moisturizer dan face primer. Boleh dicampurkan dengan charcoal untuk dijadikan maskara atau eyeliner gel. Janganlah gi kikis arang plak, tahulah homemade DIY kan. Korang boleh beli pil charcoal dalam bentuk capsule dijual di drugstore.

*drugstore  -kedai farmasi/kosmetik

Selamat mencuba!

Credit to Wikipedia English, Bahasa Melayu & Bahasa Indonesia, blog www.petuatraditional.comLindsey_Rose_Blackshop.khanapakana.comwww.yelp.comwww.marktplace.com.sgforeverliving.com & thealoeverasite.com. Youtubers DIY Simple Beauty Secrets. Ela Gale, homeveda, POPSUGAR Beauty, ModaMod

4 comments:

  1. Follow up dari #6 DOM! dah praktis pakai Aloe Vera sebelum tido seminggu berturut (last 2 day ago ade missed once). I boleh nampak parut jerawat (parut baru) semakin hilang. Muka nampak lebih radiant dari sebelum ni. Mungkin perasaan I je kot... hahaha

    ReplyDelete
  2. Info update, kalau korang tercari-cari daun aloe vera untuk projek DIY korang. Korang boleh survey kat AEON big tau. I terjumpa kat AEON big One Utama daun aloe vera dijual dengan harga RM5 je.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. Merkur 37C - Merkur 37C Review - Deccasino
    Read Merkur 37C review to learn the pros and cons of the new Merkur 37C. Read kadangpintar our review to 제왕카지노 learn more about the adjustable safety bar and safety  Rating: 4.6 · ‎Review by Christian Webber 메리트 카지노

    ReplyDelete