Wednesday, October 26, 2016

Perkembangan May #StrayCat #FeralCat

Hola again! Untuk kebelakangan ni korang akan baca kisah Maymay je la memanjang. Apa cer dengan May pas balik dari Klinik kan? Since kami dah anggap Maymay part of our life, jadi sementara dia nak sembuh mestilah duduk memerap kat rumah Dapur Orang Malas ni. Doktor ada bagi ubat antibiotic dan vitamin. Tapi awal-awal lagi assitant Dr Hasif inform May tak macam kucing lain dirawat kat klinik tu. Dia tak suka vitamin, berbuih mulut dia kalau diberi vitamin. Risau plak bila dengar cam tu.


Sejak balik dari klinik ni, Maymay demanding perhatian kami. May be dia masih dalam trauma. Atau masa kat klinik dah pampered. Hari pertama balik dari klinik, oleh kerana DOM! kerja shift petang, lepas amik Maymay terpaksa la masuk office semula (Mealbreak time fixed jam 6.30pm hingga 7.30pm kat avaya (status adherence) tapi selalunya 1jam Mealbreak boleh ambil bila-bila sebab relief partner. Jadi aku gunakanlah waktu 1 jam tu awal sementara tak sibuk). Jadi kami lepaskan Maymay kat parking lot kat rumah dulu biar dia membuang ape yang patut dan bersihkan bulu dia. Nampak dia bila dah lepas tu, dia cam kawasan dia dan start bersihkan bulu dia. Time kerja, suami update dia dah berikan Maymay makan tapi dia makan sikit dan letak Maymay kat belakang (balkoni) biarkan dia bersihkan bulu dia sendiri.

Habis kerja jam 12.00am, suami datang amik. Sampai kat parking, Maymay dah tunggu dan memanggil-manggil. Poor girl, she's still ill and trauma. Selama ni memang May, Koko dan Amboi akan sambut kami balik. Tiap kali keluar escort dan tiap kali balik pun dorang dah kat parking sambut dan escort sampai rumah. Jangan main-main ye, ada 3 bodyguard gitu. This time kena bagi perhatian kat Maymay. Sampai rumah, macam biasalah tuangkan makanan dalam bekas untuk mereka bertiga. Amboi macam biasa pelahap nombor 1 berebut dengan Koko yang telengong tu. Walaupun #straycat #feral cat #bakatempatan je, May ni ada perangai Diva. Dia tak main berebut makanan ni. Dia nak makan, kucing lain kena bagi laluan dia makan dulu. Pergi la berebut kat bekas lain, bekas dia... dia sorang je makan. Kalau tak, dia tak nak makan bersama-sama dengan Amboi dan Koko. Oleh kerana risau dengar dia tak nak makan kat klinik walaupun dah bawa makanan dia hari tu. Kita nak test Maymay ni memang tak nak makan ke atau dia ngengade nak wet food sebenarnya. Sebab kat klinik tu bagi wet food. Nurse citer dia makan wet food kucing lain.

Kami tak nak ajar Maymay makan wet food sebab memang dia akan suke giler nak mampus kalau dapat makan makanan tu. Tapi dalam masa yang sama dia akan sangka bau sampah tu adalah makan wet food dan akan cari makanan tu kat sampah dan mulalah dia pergi kat kawasan sampah. Kalau dia keep makan makanan kat sampah dia jadi tak sihat dan bulu dia mula gugur teruk. Dah banyak kali larang dia dekati kawasan sampah. Tapi apa boleh buat... degil macam kanak-kanak riang jugak.

Sambung cerita, lepas semua dah makan, tak boleh biarkan Koko dan Amboi lelama sebab keduanya tak sihat. Nanti jangkit kat May, susah hati kami lagi. Hari tu tak nampak Cici (anak Maymay yang dah besar). Biasa budak kenit tu ada. Mungkin dia lepak rumah jiran lain. Kononnya nak kemas-kemas kotak kasut, tetiba May nyibuk plak. Eh! budak ni siap nak masuk dalam kotak yang separuh terbuka. Ok...ok... duduk lah, mummy letak lapik ye. Dia pun baring dalam kotak ngam-ngam dengan badan dia. Kesian plak kat dia, kite usap-usap kepala dia. Dia nampak comfortable dan mula nak tidur. Tapi dia tak bagi tinggalkan dia alone kat situ. Makan dah la bersuap, nak belai-belai dia plak. Pastu nak suruh tunggu dia tidur kat situ. Takan mummy nak tidur kat rak kasut plak Maymay sayang oi. Bila tengok dia tidur nyenyak tu kite beralih duduk kat sofa, dia bangun panggil. Bila pergi dapur dia pun jenguk kat dapur panggil. Bila dia bising tu sebenarnya normal bagi kami. Yang tak normalnya dia tak pernah gesel kaki tapi sekarang dia mau gesel kaki. Bila gi kat dia, dia ajak ikut dia. Dia balik duk kat kotak baring. Dah baring ngiau lagi kat situ. Nak usap-usap dia, nak suh tunggu dia kat situ, jangan tinggalkan dia. Ye ye kali ni mummy tak tinggalkan Maymay, kat rumah dah pun. Alahai Maymay, mummy ngantuk sangat la. Suh daddy plak teman ye. Nak ke suami layan Maymay tu? Ngeh ngeh ngeh

Hari kedua, suami dah lepaskan Maymay kat luar sebelum tu. Pagi-pagi subuh lagi dia dah memekik kat pintu nak masuk rumah. Kesian dia tu. Masuk rumah, bagi dia makan. At least dia ada selera makan seperti biasa cuma dia makan perlahan-lahan dan berulang-ulang. Teman dia kejap waktu pagi sementara nak tunggu 11.30am. Jam 11.30am nak memasak untuk suami makan sebelum kite gi kerja. Dapat bagi Maymay ubat antibiotik yang doktor bagi dengan jayanya.

Balik kerja jam 12 malam, dah kira hari ketiga. Maymay masih memerap lagi, nak kite tunggu dia kat spot dia tidur. Nak diusap-usap sambil dia tidur. Opinion kengkawan fb, dia masih trauma dengan apa yang berlaku terutama sekali ditinggalkan kat klinik. Malam tu I decided tidur kat living room sebab Maymay memang sejak dulu tak suka alone kat living room. Dia akan memanggil kami kalau rasa diri dia tak dipedulikan. Kali ni dia naik tidur bersama kat sofa. Alooo dia nak memerap dengan mummy dia ye. Tak pe selalu dia temankan kite tidur bila kite sakit, kali ni kite temankan dia pulak ye.

Mood dia memerap kat Mummy. Dengan daddy, sorry la daddy is daddy. He not gonna pampered you

Rasa bersyukur pada Allah SWT kerana beri peluang buat perkara kebajikan pada haiwan kesayangan Nabi Muhammad SAW ni. Kite percaya ada hikmah disebalik dugaan ini. Berjaya berikan ubat antibiotic terakhir kat Maymay. DOM! faham Maymay perlukan tidur lebih lama untuk proses penyembuhan dia. Rasa lega melihat perkembangan positif yang Maymay tunjukkan pada kami. Walaupun tak berikan dia vitamin untuk naikkan selera makan, tapi corak pemakanan dia normal. Dia lapar dia akan minta makan. Cuma bila dia tak keluar-keluar rumah ni, dia pun buat kelakar membuang kat belakang washing machine kat balkoni rumah. Sabar je la, Mummy kena marah dengan Daddy pasal simpan May dalam rumah lama sangat. Uhuks

Hari ke sehari, proses penyembuhan Maymay begitu pantas. Cam ne tak makin sayang dia, bila tengok dia tidur kat sofa. Macam baby tidur lena. So sweet...

Lenanya dia tidur, tidur ke tu?

Kalau boleh I nak adopt Maymay dan Koko, especially Maymay. I harap suami terbuka hati untuk setuju adopt Maymay terus. Bila pindah rumah suatu hari nanti, boleh bawa Maymay bersama kami. Tapi tu lah kalau duk rumah teres senang lah nak jaga dia, tapi kalau apartment tak taulah macam mana plak.

Rasa macam dah lama kejadian Maymay tu tetapi sebenarnya baru seminggu lepas ia berlaku. At last jumpa juga anak-anak Maymya yang dijaga oleh Koko. Rupanya ada kat rumah jiran tingkat 1. I percaya, spesis Maymay ni kuat dan kesemua masih hidup. At least dengan Koko, anak-anak kucing boleh membesar depan mata. Sebagai tanda berterima kasih pada Koko, kami make sure Koko dapat makanan bila datang ke rumah kami. Dia perlu makan banyak sebab menyusukan

Anak-anak May, Koko & Pasu, Possibility Koko dah cilok anak-anak Pasu jugak. 
Ralat juga la kali ni tak dapat tengokkan anak-anak May membesar. Maymay pun dah neutered, dia dah tak boleh pregnant lagi lepas ni, Kami mintak maaf ye Maymay, kami ambil keputusan ni untuk kebaikan Maymay dan sekeliling Maymay. 

Tuesday, October 18, 2016

Koko kemalangan #straycat #streetcat #hitbyacaratparkinglot

Mula-mula dia berani ikut balik umah, suka mengeraskan diri dia dan menyorok kat rak kasut 
Maaf kerana lewat berkongsi kisah Koko dengan korang. Buat pengetahuan korang, Koko kena hit dan mati kat tempat kejadian. Mungkin owner kereta nak kelam-kabut nak keluar pergi kerja pagi-pagi. Dia tak periksa bawah kereta atau depan dia. Dia langgar Koko, Koko mati kat parking lot dia. Macam biasa pergi kerja suami akan hantar, jadi bila pagi tu kami turun nak ke parking. Kite nampak Koko terbaring kaku. Dekat dengan dia ada Si Juling (boipren) dan Cici (anak angkat Koko a.k.a anak Maymay).

Kite terperanjat sangat dan sedih. Kami terdiam sekejap tengok keadaan Koko. Dia tak nampak luka tapi darah keluar dari mulut dia banyak. Kami syak dia kena lenggek dengan kereta jiran. Suami pula cerita, jiran yang sama dah banyak kali langgar kucing dan anak kucing mati. Oh, I hate you so much! You killed my cat! Suami hantar kite pergi kerja dulu. Tapi bila dia balik, dia inform I Koko dah dialih. I harap Koko ditanam.

Sebelum tu, kite dah register nama Koko untuk free check up. Kalau boleh nak neutered dia dan kasi kat father in law (masa ni bapak bagitau dia nak bela kucing). Warna bulu Koko unik, kalau dapat bela dia untuk 5 tahun lagi ke... Sepanjang Koko dalam hidup kami, walaupun dia kucing pshyco tapi dia yang paling senang suami ajar. Kite pun sayang Koko, dia manja, senang pegang dan belai. Cuma kami risau bila dia beranak, dia mula meroyan. Kami rasa Koko ni sakit dan susu badan dia tak kuat untuk anak-anak dia membesar. Anak-anak dia mati satu persatu dan dia akan makan bangkai anak dia yang mati. Dia mula curi anak kucing lain yang dia jumpa buat macam anak dia. Itu yang terjadi pada anak-anak May. Kat situ kite tahu, Koko ni seekor ibu kucing penyayang dan nak sangat anak-anak dia hidup dan membesar. At least dia tolong besarkan Cici dan Bubu depan mata kite. Sepatutnya kami bawa Koko pergi Vet periksa apa masalah dia sebenarnya. Tak kesampaian hajat tu bila Koko dah mati. 

Sayang anak May macam anak dia juga
Dulu sangkakan kami akan kehilangan May. Tapi Allah duga kami sejauh mana kami boleh tolong May. Rupanya, kami tak kesampaian nak tolong Koko. Mungkin ada hikmahnya, kami dah tak perlu risau lagi dengan keadaan Koko yang semacam bila musim dia beranak. May dan Cici tiba-tiba ngam lepas Koko mati. Kalau tak Cici tak mau dengan ibunya, asyik berderam je bila dekat, May excited nak buli dia (gitu). Sekarang dah boleh main bersama. 

Koko, mummy redha Koko pergi dulu. Jadi debu-debu beterbangan di akhirat. Jangan lupa mummy and daddy yang pernah sayang dan ambil berat Koko dulu ye. Mummy love you and you will be always in my mind

Gambar kenangan yang sempat kite abadikan



Saturday, October 15, 2016

#StrayCatStrongest - May Masih Hidup

Ya Allah! Kenapa aku terburu-buru sangka May dah mati! Hari ke sehari ada rasa kurang kat umah. May tak de depan pintu seperti selalu setiap pagi. Balik2 muka Koko. Aku semacam marah dengan Koko dan anggap dia nyer pasal jadi cam ni. Kami biasa panggil May dalam rumah. Aku suka cakap kat May, Maymay good girl... Bubu pon ntah ke mana. Mentang la dia comel dengan bulu cantik. Ada la ni yang simpan dia dalam rumah. Hey! mummy dia penat-penat jaga dia dulu, biar lah dia nak datang melawat rumah mummy dia! Cici plak liar tak nak ngan orang lansung. Tapi pelik the day we thought we had lost May, tak terserempak lansung mana-mana kucing. Tak de Amboi datang makan. Tak ada stray cat kat corridor atau ground floor. Sesekali hanya Koko muncul minta makan. 

Sebenarnya kenapa suami larang ambil tahu pasal keadaan Koko atau May sebab aku dah 2 bulan tak popop. Kami suspek aku mungkin dah pregnant. Atas sebab tu mak mertua pun larang ambil tahu pasal kucing-kucing kat rumah terutama sekali yang mengandung dan nak beranak. Aku terpaksalah dengar cakap suami. Tapi cam ne? Cam ne untuk tak beri perhatian dengan May with tiger look yang comel tu? Cam ne aku nak ignore bila dia ngiau kat aku? Cara dia berikan reaksi bila aku bebelkan dia, pujuk dia, kacau dia,... bila dia buat salah, bila dia merajuk, bila dia tak puas hati. Ngiau dia... awwww... unik May dia ada sound like a dove. Itu bila dia kena marah, dia akan buat punyi macam tu tanda protes. 
*popop -pms

Suka atau tidak aku terpaksa la biarkan Koko take over anak-anak May. Dia saja harapan untuk anak-anak May yang baru lahir. Dia selalu sayang giler kat anak-anak May. Dibuatnya macam anak-anak dia sendiri. Cycle yang lepas managed tengok Cici dan Bubu survive dijaga bersama May dan Koko. Sejak Bubu hilang (harap memang ada orang ambil dak comel tu jadi pet), tinggal Cici. Tengok Cici, teringat May plak. Salin tak tumpah walaupun bulu tak sama. Sebelum ni dia agak liar dan tak nak kat orang. Sekarang dia dah berani, siap tunggu kat parking dan ikut balik rumah. Makan dan lepak. Tapi dia tak selesa lah sebab berada dalam territory May.

Semalaman, waktu pagi nak pergi kerja, sebaik saja sampai ke tempat parking. Kami ternampak May duduk kat bawah kereta. Serius terkejut dan tak sangka. May hidup lagi! Kami panggil dia buat tak tau dan mendiamkan diri.  Kami hairan jugak. Dia hanya memandang kami saja. Kami tak tahu dia sebenarnya dalam keadaan sakit dan ketakutan. Tertanya-tanya kenapa dia tak naik atas susukan anak-anak dia. Kami memang tak tahu apa mende tu. Kami ingat mungkin uri May. May tak dapat kuarkan abis. Kami nampak ketulan daging dah macam sosej kat bahagian alat sulit May. Takan May tak habis beranak lagi? Uri dia tak abis kuar. Previously, bila jenguk may beranak tak pernah nampak uri. May beranak bersih je. Suami memang dah ada niat nak bawa pegi veterinar tapi tak ada siapa nak bantu pegang May. Bila May hilang semula kami sangka mesti ada neighbour yang amik dia bawakan pergi veterinar. Masa suami hantar aku ke pejabat. Dalam fikiran masing-masing kosong. Tak tau nak fikir macam mana nak tolong May. Kami tak ada cage nak kurung dia. Kami terpaksa cari kotak. Suami nak bawa ke Hospital Veterinar Kerajaan. Kami tak tahu lansung apa yang tergantung kat alat sulit May. Memang sangka uri, tapi tak rasapun macam uri. Anak dia sangkut ke? Kalau biarkan mati anak May yang masih dalam perut. Suami cakap tak boleh tunggu aku off nanti keadaan dia lebih kritikal. Bila dia nak jenguk May. May MIA lagi. Dia sangka mungkin ada antara jiran kami yang pencinta kucing dah ambil dia dan bawakan ke veterinar. Kat office aku masih fikirkan pasal May. Aku masih berdoa semoga Allah berikan kami petunjuk disamping itu memohon agar Allah tak biarkan May menderita lama. Aku nak tahu kenapa macam tu? Ada apa yang boleh dilakukan. Aku bertanya kat kawan pejabat dan kenalan facebook. Beberapa orang dan kat kedai pet Amycatz ye. Dorang assumed uri, advise tangkap dan pegang dia. Tarik perlahan-lahan potong. Kena hati-hati masa buat tu. Officemate aku pesan jangan biarkan lelama nanti May kene infection. Aku cerita dengan suami, dia tak nak buat. Dia nak bawa May pergi veterinar jugak. 

Kerja Tuhan tiada apa yang boleh menghalang. Pagi kat office aku ke toilet, aku dapati aku popop. Nampaknya belum rezeki nak ada anak lagi tapi sign kat sini mungkin Allah beri peluang kat aku tolong May. Aku inform suami dan since aku off besoknya bolehlah aku bantu dia bawa May gi veterinar. Aku sanggup nak cari May kat parking lot. May ni macam tahu aku cari dia. Bila carik je dia nyorok. Dia takut tapi dia pun lapar dan dahaga. Dia perlu membuang jugak. Aku hampa sekejap. Kami bagi May masa. Kami siap keluar pegi lepak kat kota dame sampai ke pukul 2 pagi. Nasib baik bila kami balik dia ada. Aku pergi kat dia, bila dia bangun kami terkejut tengok makin besar macam hotdog dengan bau yang tak enak. Dia masuk bawah kereta. Hadeiii susah nak amik. Suami cakap tak pa besok pagi2 kita try lagi. Kebetulan ada Cici dan Koko datang. Hobi Koko pun suka escort kami. Aku perasan May dah kat belakang kereta. Dia nampak cuba membuang. Aku tunggu kejap pastu terus balut dan grab dia bawa naik atas. Kami letak kat balkoni dalam kotak. Kami cuba bagi makan dan minum. Dia tak nak. Kesian dia gigil ketakutan, lapar dan dahaga. Walaupun aku tinggalkan dia kat belakang balkoni tu memang selamat tapi aku dah mula risau. Aku terfikir lalat akan hurung luka May dan bertelur. Ya Allah, apesal aku tak jadi doktor kucing? Boleh rawat May serta merta

Keesokan paginya kami bergegas bawa May pergi ke hospital veterinar kerajaan kat cheras. Kat sana barulah kami tahu sebenarnya itu adalah rahim May. Ya Allah, mujurlah aku dan suami tak buat apa-apa. Hati aku ni luruh. Aku marah diri aku kenapa ambil ringan keadaan May. Dia sebenarnya memang tengah menderita dan ketakutan. Rahim kucing sebenarnya kecik macam tiub. Rahim yang terkeluar akibat terlalu kuat meneran sebenarnya bahagian dalam rahim. Keadaan dia dah teruk sebab rahim dia dah kena infection akibat dari najis dan kotoran lain. May sepatutnya dapat rawatan dan pembedahan kat situ tapi surgeant tak available. Ada meeting katanya. Sempat juga doktor kat situ cuci-cuci sikit rahim May. Dorang advise kami bawa May pergi ke UPM untuk emergency kes macam ni. Kalau korang nak tau kami ni tak terfikir lansung kos perubatan kucing sekarang macam mana. Niat kami nak cari keberkatan dengan beri kucing makan, minum dan berteduh seketika. Bila jadi macam ni, kami nak bantu sedaya upaya kami. Aku ni terpengaruh sangat dengan video kucing diluar negara (especially BigCat Rescue) dan fb page (Cole & Marmalade, Jackson Galaxy & The Cat House On The Kings.com), dorang ni selalu cerita kerja-kerja kebajikan menolong dan merawat stray kucing. Mereka akan bawa kucing injured yang mereka jumpa ke veterinar untuk rawatan dan dijaga sementara. Mereka carikan family atau sesiapa yang sudi nak adopt kucing-kucing jalanan/buangan ni. Dok ingat Malaysia ni ada macam tu la kononnya. Time ni aku dan suami cari kat google dan fb tak jumpa lansung. Apa group kucing pun aku tak nampak tentang charity kucing-kucing macam May. Macam mana mummy dan daddy nak tolong May ni?....


Kami drive la ke UPM. Aku siap update kat facebook kisah kami ni nak bawa May gi Hospital Veterinar. Kat UPM pulak boleh buat sugery sementara May tak demam. Tapi kos dia mahal sampai cecah ke 1k lebih. Maigad... emergency macam ni dorang charge nak banyak tu? University ye... university yang aku faham pusat penyelidikan yang ada dana kerajaan (Itu pemahaman aku la padahal itu khayalan aku sebenarnya). Kami beritahu memang tak effort lagipun ini domestic cat, kami berharap pihak klinik veterinar sudi bantu stray cat macam May ni. Dia cakap kalau nak tolong kurangkan kos, kena buat surat rayuan ke pengarah falkulti. Dalam masa yang kena bayar dulu. Bila pengarah approve baru la boleh claimed. Doktor suggest pergi ke klinik swasta je. Lebih murah. Kami pun ok kan je nak buat macam mana. Beliau tak kesianpun kat May. Surgeant pun tak de datang tengok May cam ne. Dia offer nak bagi recommendation letter sebagai referral kat mana-mana klinik haiwan. Kami setuju. Dia pun kononnya pergi prepare surat tersebut. Aku dengan suami tunggulah dia. Lama ye. Suami dah start call merata tanya kawan-kawan dia. Lama juga la aku termenung nunggu. Ko ni kena ada insuran la May, sampai cam tu aku cakap sorang diri. Nak tahu? Doktor tu lintas depan aku tak cakap apa-apa. At least cakap nanti tunggu kat depan ambil surat ke... tak ada. Mentang May tu domestic cat je. Kami faham korang akan kena charge kalau bagi surat tu. Cara macam biarkan kami tertunggu-tunggu tanpa kepastian. Suami ajak blah. Kami blah macam tu aje. Tak pe aku doakan yang baik-baik aje. Aku pun macam kucing gak, 'I will remember you' UPM!

Sekali sekali May cuba keluarkan dari kotak. Tapi aku tahan dia supaya duduk diam dalam kotak. Mula-mula dia tak bersuara lansung tetapi dia masih observed sekeliling. Dah lama tu, dia ngiau macam beritahu dia takut. Kesian dia, dia mesti susah hati. Apa yang aku mampu aku cuba tenangkan dia dan usap-usap dia. Aku sendiripun sambil berzikir mohon pedoman dari Allah. Memang dugaan betul May. Nak ke Cheras 1 perjalanan, ke UPM 1 perjalanan, balik semula ke Mutiara Damansara. May senyap lama dalam kotak, aku pula yang risau dia pengsan dalam tu. Kalau kami tak tahan bau tak enak dia, ini kan pula dia spesis kucing yang ada hidung yang sangat peka. Ini dugaan mummy dan daddy jugak. Sejauh mana kami ni sanggup nak tolong May. Suami drive kereta pun dengan jiwa tak tenteram juga tu. Dia tu yang lebih sayangkan May sebenarnya. 

Kami dah lost. No way kami nak tinggalkan May kat mana-mana hanya kerana tak mampu nak rawat dia kat UPM. So aku pm fb sorang kak ni member mak cik aku. Dia pencinta kucing jugak. Aku tanya dia cam ne nak dapatkan bantuan untuk stray cat cam May. Time tu kami cuma ada RM150 je tuk May. Aku memang niat nak guna cara viral dapatkan bantuan kos perubatan May tapi aku tak sanggup nak snap dan upload gambar keadaan May kat facebook. Kakak tu suggest post bersama gambar bill atau anak-anak May kat group pencinta kucing. Dia add aku dalam group kucing dia. Dia convince aku sure ada orang akan tolong nanti, janganlah susah hati. Sebab aku sedang berbuat baik. Nak up gambar anak-anak May.... Koko dah sorok. Tapi aku beritahu aku akan cuba. Kalau kak baca post ni. Saya ucapkan terima kasih sangat sebab sudi beri sokongan kat saya. Suami pun cuba gak nasib dengan call kawan baik dia tanyakan kalau ada contact Klinik Haiwan. Aku citer dengan kakak aku. Kakak aku offer some advance, dia memang very understanding dan tak pernah tak tolong aku. Suami call Trio Veterinary Clinic & Surgery ni. Klinik ni sudi nak tolong kami nak buat surgery kat May dengan kos yang perpatutan. Dia minta bawa May untuk diperiksa. So, kami set appoinment pukul 3 petang. Sementara nak tunggu pukul 3, kami pergi makan dulu. Takan nak bawa May. Bau dia dah kurang enak. Mau muntah orang kang. Disebabkan dia lemah dan duduk diam je. Aku letak kejap kotak kat tepi rumah jiran yang dekat dengan parking lot kami. Aku percaya dia tak akan pegi mana-mana. Malangnya bila kami balik semula kat parking lot tengok May MIA lagi. Memusing aku cari dia, panggil dia. Dia ni nyorok kat mana? Aku rasa hari tu kereta kami je yang asik kuar masuk Apartment Desa Mutiara. 



Aku ada jugak cerita dengan kawan-kawan kolej aku dalam group whatsapp. Dorang pun kesian dengan May.  Aku dan Suami dah putus asa dah masa ini. Tapi kawan-kawan kolej aku bagi semangat cari jugak May. Bimbang keadaan dia lebih teruk. Suami aku cakap kalau kita tak jumpa jugak kali ni, maknanya May tak nak kita tolong dia. Dia ajak pergi ke tempat lain untuk bertenang. Aku minta ngan suami untuk tengok kali terakhir kat parking lot dulu. Kereta buat u-turn dan Suami ternampak May bawah kereta. Nyorok mana anak oi. Apa lagi aku dah macam buat aksi komando cross try nak capai May yang duduk bawah kereta tengah. Renjis air... kuis punyai kuis aku dapat capai kaki May. Aku amik die perlahan-lahan masukkan dalam kotak. Kami terus bergegas ke Bandar Sri Damansara. 

Sampai kat Klinik, kami terus bawa masuk May. May diperiksa oleh Dr Hasif. Dr. Hasif nak terus buat surgery kat May sebagaimana dia beritahu dengan Suami melalui telefon. Bila check suhu badan May, Dia dah demam. Kami pun terkejut jugak sebab masa kat UPM may still sihat lagi. Dia masih boleh observe sekeliling dia. Ini bermakna kuman infection sudah mula masuk dalam badannya. Check paru-paru dan jantung May masih normal.  Surgery tak boleh nak buat jika May demam. Selain tu badan May dah dehydrated.  May diberikan antibodi dulu. Dr Hasif terangkan dia akan cuci rahim May, kecilkan size disamping masukkan air dalam badan May. Bila May dah sihat dia akan lakukan surgery ke atas May. Rahim May dah tak kuat dan mungkin akan kejadian macam ni akan berlaku lagi. Untuk operation, dia akan masukkan semula rahim ke dalam badan. Dia suggest untuk kebaikan, neutered May. Kami setuju demi kebaikan May. Ampunilah kami, ya Allah. Sesungguhnya jika keputusan kami betul, Engkau berkatilah usaha kami ni. Oleh kerana tak dapat nak operate May, May warded kat klinik dulu. Besoknya klinik tutup tapi Dr Hasif beritahu dia tetap datang untuk rawat May. Harap May sihat lah besoknya tu. Kami tanya perlu ke kami bawakan makanan untuk May. Dia balas tak perlu risau mereka akan berikan May makan yang basah. Mummy dan Daddy balik dulu. May stay strong ya. 


Ikutkan memang tak nak neutered May. Walaupun kami dah lama fikirkan hal ni. Walaupun May ni jarang jatuh sakit macam 2 ekor lagi tapi kulit dan bulu dia tak tahan dengan air liur kucing jantan. Bulu akan gugur dan May akan botak kat bahagian kene gigit. Sometimes jadi mudarat sampai jadi kurap. Aku sapu je dengan minyak gamat. Once dia jadi ibu plak, dia susukan anak-anaknya dan anak-anak Koko sampai kurus kering. Koko kurang susukan anak. Kami tengok May plak kesian. Kami benar-benar tak berharap ini alternative terakhir untuk kebaikan May. May, Koko dan Amboi berhak hidup in natural environment. 

Masa May diperiksa aku berbual dengan doktor dengan assistant dia. Doktor jelaskan pada aku apa yang keluar dari alat sulit May adalah rahim. Rahim merupakan salah satu organ dalam badan kucing sama seperti manusia jugak. Jika dipotong macam tu je, kucing akan mengalami pendarahan dan boleh bawa kematian. Doktor Hasif terperanjat jugak dengar cerita aku refer sana-sani macam mana nak tolong May. Nasib baik la kak tak ikut advise sesiapapunnnn, seloroh Dr Hasif sambil usap-usap May. Of course tak, sebab kami tak nak amik risiko aniaya haiwan macam May. Serahkan pada yang pakar macam Dr Hasif la. Moral of the story, please korang janganlah nak memandai sangat. Kita bukan pakar dalam bidang ni. Kata sayang kucing! Actualy kalau cepat bertindak bawa ke Vet, Doktor akan masukkan semula rahim dalam badan kucing. Fyi, rahim kucing sebesar tiub straw je sebenarnya. 

So, aku pun bertanya jugak kenapa May boleh jadi macam ni? Sebab dia stress ada kucing lain kacau dia nak beranak ke? Bukan apa, Koko paling nyibuk sekali tak padan dengan dia dah beranak ngan ada anak sendiri. Beranak sebelum ni macam tu la Koko. May beranak, dia nyibuk bawa anak-anak dia join dalam kotak May yang sempit. Duk dalam kotak besar pun ada anak dia yang lemas sebab dia hempap. Jadi aku ingat sebab kegilaan Koko yang buat May stress. Dr Hasif beritahu, kes macam ni berlaku bila kucing beranak banyak ekor dan anak dia besar. Bila besar, dia susah nak push, dia push ...push...push... keluar rahim sekali. kalau cepat boleh masukkan semula terus dengan mudah. Tapi May dah berhari-hari, dah bengkak. Suami cakap mungkin jugak lah ke enam... enam ekor anak May dan ada salah sekor tu besar. Kami expect May beranak 4 ekor seperti sebelum. Aku marahkan Koko kacau May beranak. Apa Koko tau, dia cuma nak anak je. Aku tak dapat tengok anak-anak May (sebab ingatkan dah pregnant). Sabarlah May, mummy dan daddy serahkan pada Koko jaga anak-anak May. Dah tak ada dari pandangan mata tu, mummy tak dapat rawat lah kalau ade yang kena sakit mata tu.... sedih...

Memandangkan Klinik tutup, kami tak kacau klinik atau Dr Hasif. Kat pejabat pun aku teringat juga. harap May sihat dan boleh buat surgery. Tunggu hari Khamis baru boleh tahu keadaan May macam mana. Suami plan nak melawat May lepas aku habis kerja. Tiba hari Khamis, petang skit suami whatsapp inform May dah selamat dibedah semalam (Rabu). Alhamdulillah... May dah makan sikit tapi mungkin dia tak biasa dengan makanan tu. May tu ikutkan makan je apa orang bagi makan. Especially kalay wet food, kalau nak bagi makan wet food, ngiau...ngiau siap loncat, panjat bagai macam kucing lapar giler nak mampus. Punya tak sabar nak makan. Pastu cari kat sampah. Tu yang marah sangat bila dia pergi ke kawasan sampah tu. Dia pun tau mummy dan daddy tak suka dia pegi situ. So what? Dia patut tak de hal lah nak makan apapun. Boleh tak selera pulak makanan kat klinik? Wet food tuhhh. Tetiba ngade plak budak ni. Selalu makanan biskut, kalau kami bagi makanan lain yang dia buat mata undertaker dia. Tapi wet food kot. Kami nak melawat dan bawakan makanan dia hari ni. Klinik tutup pukul 7.30pm, aku pula habis kerja 6.30pm. Apalagi rushing la kami, dengan jalan jammed. Please sampai sebelum klinik tutup. Apa-apa hal, aku update dengan kakak aku berita May. Sampai klinik, kami tengok May tengah telengong lagi. Mata dia mengecik, tahan sakit la kot. Doktor cakap dia still masukkan ubat. Dia cuba bagi May makan tapi May makan skit je. Dia pun risau. Suami hulurkan bekas makanan kat Dr. Hasif. Bila buka bekas, May terus bangun sebab dah terhidu makanan dia. Bagi dia makan, laju je nak makan tapi mungkin masih lemah dia makan pelahan-lahan. Tapi mau makan. Ooo ini makan yang awak suke ye. Dr. Hasif tanya jugalah brand apa kami bagi tu. Kami cakap brand Cutties Cat beli kat speedmart ja. Dia makan biskut brand tu je yang kami selalu bagi. Dr Hasif beritahu biarkan May kat klinik dulu. 2 hari lagi bolehlah datang jemput May balik. Jahitan May akan pulih dalam masa 2 minggu tapi bulu dia lambat skit makan masa bulan jugak. Tak pelah sebelum ni pun dia botak kejap pun amik masa bulan nak lawa balik.




Dr.Hasif cerita dia terpaksa amik masa 3 jam. Sebab rahim May yang bengkak besar, banyak ais dia terpaksa guna nak kecutkan rahim May. Bila dah masuk dalam, nak operate dan neutered May cepat. Sambil jenguk May, bawah sangkar dia ada sekor bulu macam May jugak. Kes dia menurut Dr. Hasif lagi teruk dari May. Dia pun tuan dia hantar ke Klinik tu. Kesian dia time nak beranak jadi, bila meneran keluar dubur dia macam manusia kena penyakit buasir. Anak-anak dalam perut lagi. Terpaksa operate kuarkan anak-anak dia. Dr Hasif dengan assistant dia cerita dorang terima banyak spesis macam May buat rawatan. Kami ingat kalau baka special treatment pun special la jugak. Sapa nak pandang kucing tempatan especially kucing jalanan. No!.... Aku tak boleh panggil kucing jalanan atau kucing buangan. Ini kucing Malaysia! Baka tempatan! Betul cakap Dr Hasif, baka imported dari luar negara kat negara dia, kucing tu biasa je meliar kat jalanan macam May kat Malaysia ni. Support local product, hokay! tetiba plak, ahaks. Tengah happy, May selamat

Mr Jerry - Hungrian Cat
Masa kat klinik sempat berkenalan dengan kucing omputih nama Jerry berusia 10 tahun. Dia lepak je kat klinik, assistant cakap kucing tu bukan untuk adoption. Tapi dah jadi anak bongsu pada owner klinik. Letak kat klinik sebab grandfather Jerry tak suka bulu kucing. Grandmother Jerry sayang sangat kat Jerry suruh letak kat klinik. Sometimes melawat dia. Untung Jerry jadi kesayangan. Kena speaking london dengan dia, dia tak faham bahasa Melayu. Seronok pulak, rasa nak lepak kat Klinik tu. Mummy dengan daddy rasa relief sekarang. Nanti May dah pulih, aku update lagi story dan kongsi info Klinik May dirawat tau. Stay tune!

Saturday, October 8, 2016

Debu-debu yang berterbangan - Mummy Sayang Maymay

Saat dan tika ni aku cuba ingati kali terakhir aku beritahu pada May, mummy sayang Maymay! Aku ingat aku usap usap dia yang dah mula meragam tak tentu hala dalam kotak. Aku fikirkan aku tak boleh ada kat situ tengokkan dia melahirkan anak-anak dia. Suami dah pesan berkali-kali, you dah tak boleh tengok-tengok dah, anak-anak dia nanti pun tak boleh. Tak pa dia boleh tengokkan May. Sedih tau suami cakap cam tu. Sungguhpun dia garang macam tu, sifat penyayangkan kucing ada pada suami. Aku beritahu May aku sayang dia seperi biasa dan kiss ubun ubun dia. Dia pandang aku. Aku nak tinggalkan dia. Dia kuar nak ikut. Aku tak benarkan dia masuk rumah. Aku mudah mengalah dengan ngiau kucing ni. Permintaan dia seperti nak aku tunggu lihat dia bersalin. Mummy mana kuat nak tengok May bersalin sendiri dalam kotak. Walaupun dah nak masuk kali ke tiga May beranak. Biasanya sebelum ni, bila dah bagi kotak dia akan duduk diam-diam dalam kotak dan tau-tau dia dah melahirkan anak-anak dia.

Hiba hati ini hanya Allah yang tahu. Keadaan yang tak mengizinkan aku ambil tahu May kali ni. Aku dah dapat rasakan May akan beranak hari tu. Balik dari kerja, tak sabar- sabar nak tengok dia. Kebetulan hari tu plak aku tak pakai spec. Rabun jauh. Koko sambut aku yang semakin dekat. Aku nampak samar-samar anak kucing kat lantai mengiau. Koko mendekatinya. Apa Koko dah buat??? May masih dalam kotak masih deliver anak-anaknya yang lain. Aku tengok dari jauh Koko mungkin tengah makan uri. Aku tunggu suami sampai tapi terus suruh aku masuk. Hati aku makin hiba. Aku merayu pada suami tolong masukkan anak May dalam kotak. Suami umpama daddy garang pada May, dia tegas dengan aku jangan ambil tahu nanti May pandailah ambil anak dia. Tapi suami senyap-senyap keluar dan lakukan waktu aku tengah solat isya'. Doaku mohon moga May dalam keadaan yang baik. Selepas baru dia beritahu anak May masih basah masa dia angkat masuk dalam kotak.

Kami dah biasa bila May beranak, dia akan bersama anak-anaknya lebih kurang 3 hari. Tapi hari ni berbeza bila aku buka pintu, Koko datang dari arah kotak. Aku sangka May seperti biasa menunggu dalam kotak. Aku ambil kesempatan nak jenguk dia biarpun jarak jauh. May tak ada. Apa sudah jadi ni sebenarnya malam tadi. Kami berdua terus ke tempat parking kereta, masih tak nampak May di mana-mana. Kalau dia lapar tak perlu ke mana-mana. Tunggu depan pintu rumah je. Kami masuk dalam kereta dan nak terus bergerak hantar aku pergi kerja. Depan sikit dari tempat parking kereta kami, tengah drive nak keluar suami sempat nampak May. Dua undur skit nak tengok May betul-betul. Nampak May berehat kat bawah kereta lain kat parking tu. Keadaan dia masih bleeding. Suami sangka May masih dalam proses melahirkan. Tapi mengapa tinggalkan anak-anak lain? Hari tu hari jumaat jadi kami tergesa-gesa nak hantar aku ke pejabat dan suami nak singgah masjid berhampiran tunaikan solat Jumaat. Suami cakap kalau kucing rasa terancam dia akan pindah tempat lain beranak. Tapi takan nak tinggalkan anak-anak lain. Apa yang mengancam May? Koko ke? 

Aku tak dapat pun tengok keadaan May masa tu. Bila dengar suami beritahu May macam tu hati semakin rasa tak sedap dan hiba sangat. Terkilan kali ni aku tak dapat bersama May. Waktu solat Zohor aku berdoa jika keadaan May tenat, aku mohon pada Allah Yang Maha Pengasih lagi Penyayang, Tuhan yang mencipta sekelian alam, ambillah May. Tak dapat menahan airmata mengalir berjurai ke pipi. Ambillah May, jangan biarkan dia menderita. Bahawasanya aku redha andai May menjadi debu-debu yang berterbangan di akhirat nanti.

My beautiful girl May
Aku pm suami kat facebook dan whatapps bertanyakan jika dia ada jenguk keadaan May. Dia balas dia dah cari May merata termasuklah area sampah yang kami selalu larang May pergi. Tapi tak ada. Dia tak balik kat kotak anak-anak dia sebaliknya Koko yang beranak awal dari May pulak dalam kotak tu. 2 anak Koko dah mati. Anak-anak kucing bertambah jadi 6 ekor. Dia pun tak sedap hati dapat rasakan sesuatu tak elok dah jadi kat May. May never left her children after the moment she delivered them. Something not right. Suami cakap, orang dulu-dulu cakap kucing yang sayangkan tuannya akan pergi ke tempat yang tuannya tidak dapat temui bangkainya untuk hembuskan nafas terakhir. Mungkin May dah tak ada. Ya Allah, jika benar begitu permudahkanlah May pergi. Mummy faham Maymay sayang sangat kat mummy and daddy. Your eyes had told us.



Those days before May left us. She's very different. Dia semakin tak sihat, luka sana sini akibat bergaduh walaupun tengah mengandung. Aku pujuk baik-baik dan sapukan minyak gamat pada luka dan kurap yang dah mula ada di telinga dia. Minyak gamatlah yang mengikat kasih kami dengan May. Dari mula kami bertemu dengan dia luka teruk akibat dilanggar motor. Hanya dengan minyak gamat je kami sapukan. Kebelakangan ni, dia sangat garang dengan kami dan kucing-kucing yang ada. Koko, Amboi dan Bubu. Terutama sekali Bubu anaknya sendiri. Cemburu sangat dengan Bubu. Sweet Bubu tinggalkan kami dulu sebelum May. Dia hilang tiba-tiba. Bubu dan Cici, 2 anak May yang dapat lihat membesar depan mata. Sekarang tinggal cuma Cici, jiran kat bawah dah jaga dengan baik. Alhamdulillah. 2 malam May datang masa aku tengah tidur. 1st night aku sedar kehadirannya, bila buka mata aku nampak dia memandang tepat pada aku. Aku usap dia, takut bimbang dia buat perangai berak dalam bilik lagi. Aku periksa semua sudut, tak ada tanda-tanda dia berak. 2nd night aku sedang lena dia datang lagi duduk hampir dengan aku. Aku sedang lena tapi dapat rasa kehadirannya. Dan aku juga dapat rasakan dia bangun tinggalkan aku yang tidur lena. May nak tatap mummy puas-puas ke?...


Aku dan suami bukan pelihara betul-betul kucing-kucing yang datang ke rumah. Kami jemput mereka datang, berikan makanan kucing dan air yang bersih untuk diminum. Kami sediakan kotak besar untuk kemudahan kucing betina terutama sekali May mencari tempat untuk beranak. Kami berikan nama setiap kucing yang kami kenali dengan funny name berdasarkan karakter dan bagaimana kami bertemu mereka. Ada rezeki, jika mereka tiba-tiba muncul depan pintu. Kami berikan makan. Hanya May yang masuk dan tidur seharian dalam rumah kami. Ruang tamu, bilik tidur dan sometimes dalam bilik baju aku. Dah macam anak sendiri bila kami layan dan berbual dengan dia. She becoming a part of our life. Bila dia tak balik-balik, kami risau sambil panggil2 dia supaya dia balik. Kami berdua biarkan May jalani kehidupan yang natural. Keluar masuk rumah dan bergaul dengan kucing kat luar. She can go other neighbor's house to get a food too, even-though we doesn't like her ate variety unknown food that might affected her health. She's free!  She claimed her territory. Kami tak kasikan May tapi kami bercadang nak buat demikian jika memudaratkan dirinya. Nampaknya dah tak sempat. 


Kami bertemu dengan May waktu tengah malam selepas aku balik kerja. Kat parking dia bersama abangnya. Both of them look adorable. Kami berkenan dengan abang May pada mulanya. Tapi suami tertarik dengan May sebab May ada tiger look. Masa tu May liar dan susah nak dekati. Abangnya ok. Kami tahu jiran yang tinggal berdepan dengan parking kereta kami yang selalu bagi mereka makan. Satu hari nampak May luka kat peha. Agak parah juga tapi dalam proses penyembuhan. We did brought both of them to our house. Luka May dalam berlubang dan berair. Kami faham kucing ada kelebihan fast healing, tapi aku sapukan ubat minyak gamat kat luka May. That time, suami cakap May dah cacat. Hari-hari kami umpan May datang rumah untuk sapukan ubat. Dalam masa yang abang May taken by other. Dah siap claimed ownership dengan pakaikan choker pada leher dia. Masa tu juga kami sudah ada kucing yang selalu datang rumah, Amboi. 

Bermulanya kami di sini. Luka May makin sembuh. May jadi kesayangan kami
Both of them like sister when they together. Lama kelamaan May rules the house. Kami terpaksa let go sebab Amboi always sick. Dia mengalami flu yang sangat lama. Bila bersin abis lendir melekat kat lantai Suami terpaksa bersihkan. Suami cakap dia tak boleh tinggal dalam rumah kalau berterusan macam tu. Lebih baik dia kat bawah. Then, bila dia kat bawah dia nampak lebih sihat dan dah tak de flu. Sometimes, she came to our house to get a food. 

Amboi & May
Sepanjang hidup May dengan kami. Kami layan dia macam anak kami. Bahasakan diri mummy and daddy pada dia. Berbual dengan dia. Suami suka main dan training May. Ada masa dia akan tidur di kaki aku dan suami. Kejutkan aku waktu subuh untuk diberi makan. May mengandung, kami sediakan kotak besar untuk dia melahirkan anak-anak dia. Kami tak tahu mana pergi anak-anak May. Sampai masa May sendiri halau anak-anak dia. Aku percaya, sesiapa yang suka kucing pasti akan ambil anak-anak May jadikan pet kesayangan. Atau May dah claimed ownership atas kami. Anak-anaknya perlu pergi cari manusia mereka sendiri. 

May's first children

Her spot
Later we met Koko, the behavior cat. Selain dari May, kami terima 2 ekor Amboi dan Koko datang ke rumah dan berikan makanan. Suamilah yang paling ambil berat tentang makanan mereka. Kami suka berikan makanan kucing jenama cutties cats. Selalu ada di kedai speedmart. Suami paling risau bila makan dorang nak habis. Suami sanggup pergi mencari kat mana-mana kedai speedmart yang kami jumpa semata-mata nak beli stok makanan mereka bertiga. 

Koko
Aku tak tahu apa isu Koko sebenarnya. Ambil masa juga Koko nak terima kami. Masa mula jumpa Koko, dia tengah mengandung juga sama dengan May. May selamat beranak dulu. Kemudian baru Koko beranak. Koko beranak bawah kereta. Ada yang baik hati, sediakan kotak untuk dia. Tapi dia keep bawa anak-anak tinggal bawa kereta. Any car she want. Jadi sekor sekor anak dia mati kene lenyek. Motif Koko aku masih tak faham. May kucing yang baik, May tahu mummy dia nak selamatkan sekor anak Koko. Mummy ambil anak Koko yang tinggal sekor bawa balik. Minta May tolong susukan anak tu. May terus terima je. Dia jilat si comel. Namun, Koko dapat hidu anak dia, aku letak bersama anak-anak May. Dia ambil bawa pergi dan..... Suami cakap kita dah berusaha. Apa-apa jadi kat anak Koko dah suratan takdir. 

Bila kenangkan saat ini, May kucing yang berhati mulia sebab sudi susukan kitten ni. 
Since Koko lost all her children, she started to liking May's children. Dia jilat-jilatnya macam anak dia sendiri. Tapi dia tak susukan. That's the thing about the mystery cat, Koko. 2nd time dia beranak, baru aku nampak masalahnya.

Kesian Koko, may dia masih tak dapat terima anak-anak dia semua mati. Tumpang kasih kat anak May
Satu masalah di block tingkat atas rumah aku ni seperti tak sesuai biarkan anak-anak kucing. Seperti ada penyakit mata. Aku dah perhatikan dari kucing Pasu yang selalu beranak-ranak 7 hingga 8 ekor. Anak-anaknya semua kena penyakit mata yang kronik dan mati. Anak-anak May aku cuba sedaya upaya bersihkan mata dorang sekerap mungkin nak make sure dorang sihat. Aku tak effort nak bawa pegi vet. Aku percaya kalau aku ikhlas jaga pasti dorang ni akan sihat. Alhamdulillah, mereka stay comel. Cuma after that, May akan kept them away from her territory. Kami hormatilah kehendak May seperti mana yang kami mahu dia hidup natural macam stray cat yang lain. 

Salah sekor Anak May

Anak-anak May 2nd cycle


macam ni la selalu bila sekor-sekor kebuluran. Amboi pelahap nombor satu
3rd time May beranak rapat dengan masa Koko beranak. Beza 3 hari, Masa ni kami dapat kesan Koko makan anak dia yang dah mati. Sebaik saja May dah beranak, Koko pindah anak-anak dengan dia sekali duduk dalam kotak bersama May. Kotak dah la kecik. Terpaksa aku alih kesemuanya masuk dalam kotak yang lebih besar yang sebelum ni Koko dah guna untuk beranak. Anak-anak Koko tak survive lama. Semuanya mati, anak-anak May stay strong. Aku pun usaha jaga. This time, May tak halau anak-anak dia bila dah besar. May dan Koko nampak dah co-team bersama jaga anak-anak. Tapi dia susukan semua anak-anak kucing hingga kurus. Suami dah risau keadaan dia akan mudarat sebab Koko kurang susukan anak-anak. Sejak anak-anak Koko dah tak ada (setiap yang mati Koko akan makan). Koko took over anak-anak May. Macam mana pun May masih susukan dorang. Aku dapat tengok Cici dan Bubu membesar. Dua-dua cantik. Bubu yang paling bongsu masih nak menyusu dengan May. 

Cici

Bubu (yang warna kelabu) Yuyu antara yang tak dapat survive sebab penyakit mata.

Maymay anak kucing mummy... mummy sayang Maymay. 
Semalam ketika aku berjalan ke rumah rumah, bila aku lihat ke arah kotak. Aku berharap May yang akan intai aku dari kotak. Malangnya, Koko. Saat itu berjurai-jurai airmata aku mengalir. Aku rasa May dah tak ada.... Ya Allah Yang Maha Pengasih lagi Penyayang. Engkau dah permudahkan urusan May. Jadikanlah May debu-debu yang berterbangan di akhirat nanti. Terima kasih kerana Kau pinjamkan dia pada kami seketika untuk menumpang ehsan. Sesungguhnya melalui May aku belajar banyak perkara dan kebaikan dalam kehidupan. Tiada yang lebih berkuasa di dunia ini melainkan Engkau. Ya Allah, Pencipta yang Maha Agung sesungguhnya hanya padaMu aku berserah dan pasrah... amin

Tuesday, October 4, 2016

AVON Product Pilihan

Hola! Kali ni nak story pasal Avon skit. Korang boleh check it out bermacam-macam jenis jenama kosmetik yang ada di pasaran. Dari famous international beauty line seperti Lo'real, Spehora, NARS, Bobbi Brown, etc hinggallah local beauty line seperti ST (Sendayu Tinggi), Silkygirl, Simplysiti etc. Samada kat drugstore atau kat brand outlet atau direct selling.

Avon was founded in 1886 by David H. McConnell (lelaki hokay!). Sebelum menubuhkan Avon, beliau dah terjebak dulu dengan dunia direct selling dengan menjual buku dari pintu ke pintu kat New York. Kemudian dalam September 1886 (tak diketahui berapa haribulan. Bulan September kira bulan ulangtahun Avon ditubuhkan) Mr McConnell mengambil keputusan daripada jual buku baik dia jual pewangi (perfumes). Business pun dah establish, beliau buka small office kat Manhattan, New York. Kemudian dia joined venture dengan business partner dari Carlifonia. Mereka menukar nama company mereka kepda flowers in California sebab partner beliau cakap Carlifonia banyak bunga (#motip?). Tahun berikutnya, 1894 sorang lagi partner joined untuk bantu Mr McConnell dan rakan kongsi kembangkan lagi perniagaan mereka dengan menetapkan dasar polisi Syarikat. Sejak itu Avon yang berpusat di New York terus berkembang dan menduduki dalam ranking top 2 jenama direct selling terbesar di dunia. Untuk pengetahuan korang, Avon dengan rasmi menukar nama kepada AVON pada tahun 1939.

Tahun ini merupakan ulangtahun yang ke 130 tahun Avon. Representative pertama yang dilantik oleh Avon adalah Mrs. Persus Foster Eames Albee, dan Avon telah mengabadi patung beliau sebagai The First Avon Lady pada tahun 1997. Manakala Mdm Opal Greene (Meet 94-Years-Old Avon Lady Still Selling Avon) merupakan antara Wakil Avon yang paling senior yang masih melakukan direct selling lebih dari 50 tahun sejak dari tahun 1962. Granny ni masih lagi makeup bila berjumpa orang dengan slogan, 'I never meet people without makeup'.

P.F.E Albee Doll - the first avon lady.
 Sumber image dari Google Image Search, Rujukan dari abc News

Terbaru, 2016 dalam perancangan 3 tahun, Avon memutuskan memindahkan Headquaters mereka ke United Kingdom untuk terus memperkukuhkan lagi perniagaan mereka dipersada dunia. 

Kenapa tetiba I story pasal Avon ni? Sebenarnya I dah jadi members Avon since 2010 kot. Kebetulan dealer outlet berdekatan dengan office lama (belakang CIMB Kajang -CIMB demolish tak tau jadi apa sekarang. Harap Avon maintain kat situ). I kasi seorang kakak ni members card I untuk dia guna nak membeli-beli kat Avon. Lepas resign I terlupa lansung dan sangka dia still guna. Lately tiba-tiba teringat kat Avon, so I send email inquiry. Membership number still wujud tapi tak aktif. So I decide nak aktifkan semula. Me and my husband pergi ke Avon Kelana Jaya. I cuma perlu beli barang untuk aktifkan account semula. Masa nak memilih apa nak beli tu, I agak rambang mata jugak. Tak tahu nak beli apa kat situ. I beli 2 lipstick & BB cream Simply Pretty.
Simply Pretty from Avon. Mwahhhh!
Happy anniversary Avon!

Pembelian RM20 ke atas dapat percuma sampel lipstik 24k gold. 

Sumber info dari Wikipedia Website, abc News Webiste, Yahoo Website, Avon Website