Wednesday, August 31, 2016

DIY - Kitar Semula Lipstick

Dah tetiba DIY recycle lipstick plak. Macam tak ada kena mengena dengan hal dapur pon! Well, saja nak share tips dengan korang semua. Ini kisah lipstick yang nak abis atau dah tak boleh nak pakai sebab isinya dah sampai had bekas. I tak ada collection lipstick yang banyak macam wanita-wanita lain kat luar sana. Senang citer jarang lah nak membeli alat solek untuk tambah collection. Beli dan pakai warna tu sampailah kontot. Kalau pegi beli lipstick baru plak, takan beli warna yang sama dah. Warna lain plak kan. So I nak buat macam mana? Cari kat drugstore tak jumpa plak warna yang suka pakai tu. 

*drugstore - Kedai Komestik/Pharmacy

Kadang-kadang kita tertinggal lipstick dalam kereta, parking plak kat tengah panas. Mau tak cair lipstick ko tu? Dah tak macam rupa lipstick. Dalam kejadian lain, lipstick patah. Baru beli plak tu. Bahagian yang patah plak banyak, sedihnya beli mahal kot! 

Apakata kita recycle dan guna semula lipstick kegemaran kita. Kita boleh ubah lipstick kegemaran kita kepada lip balm ataupun lip gloss. Selain tu boleh simpan lipstick dalam kontena yang kecil, save space and easy keep. Tapi sebelum tu, kita kena study skit dulu bagaimana lipstick dibuat. Adakah memacam bahan kimia digunakan untuk buat lipstick ni? Jom tengok video, How It's Made Lipstick dari Youtube How It's Made ni.


**Credit to How It's Made Youtube

I bukan guru imej atau juru solek yang professional. Tak ada sijil diploma atau degree whatsoever untuk iktiraf skill and knowledge. Sebelum I post, I dah study dan ber-eksperimen sebelum share ni.  (maaf, I tak dapat nak share video I sendiri, tak ada ligthing sesuai nak buat recording. P/s tengok gambar blog pun korang faham kan. Hahahaha) Experiment come out ok boleh la berkongsi tips dan info kat korang. Untuk keselamatan jika tak yakin jangan terus cuba pada wajah dan bibir korang untuk mengelakan infection nanti. Uji pada kulit atas tangan korang dulu kay. Jangan ngengade test kat kucing plak ek. Cakar kang!

Kita dah tengok ape raw material untuk membuat lipstick. Mari kita check it out bahan-bahan yang sesuai, selamat dan berkebaikan yang boleh digunakan untuk reuse and recycle lipstick lama kita. Sebelum nak berkongsi maklumat ni, I dah study skit dari Youtubers yang berkongsi tips DIY lipstick. Banyak tips menarik korang boleh lihat dari video Youtube. Kat Malaysia ni, I belum study lagi kat mana kita boleh dapatkan raw material untuk DIY make up kita kat rumah. Don't worry, bila dah ada info nanti I akan kongsikan dengan you guys ya.

Alright, korang boleh dapat barang-barang ni kat mana-mana farmasi atau hypermarket. Menariknya barang-barang ni, I tak sangka kepelbagaian kegunaan yang boleh kita lakukan dengannya. Lebih jimat dan selamat. 

1. Vaseline
2. Baby Oil

3. Coconut Oil

***sumber gambar dari Google Image search

Apa yang korang perlu ada ialah peralatan seperti lilin, lighter, sudu dan bekas aluminium ataupun korang boleh buat atas dapur tapi pastikan guna periuk besar untuk panaskan air dan letak bekas kecil tengah-tengah nanti. Jangan lupa, korang perlukan bekas kecil atau bekas yang sesuai untuk menyimpan lipstick yang dah recycle tu.

Tips 1 - Liquid lipstick
Cara yang paling mudah ialah keluarkan isi lipstick dari bekas lipstick dan letakkan dalam sudu. Guna nyalaan lilin kemudian layurkan bawah sudu pada api lilin sehinggga lipstick cair. Sebelum ia mengeras semula, masukkan lipstick yang cair dalam bekas. Biarkan ia sejuk. You boleh guna lip brush untuk calit dari bekas lipstick dan guna pada bibir mungil korang. 


Tips 2 - Lip balm
Untuk jadikan lip balm, campurkan sedikit vaseline dan cairkan bersama dengan lipstick. Panaskan atas api lilin dan kacau menggunakan spatula kecil sehingga warna sebati. Masukkan dalam bekas. Dan biarkan sejuk. Kebaikan Vaseline melindungi bibir kita dari kering dan mengelupas. 


Tips 3 - Lip gloss
Dari tips 2 cara yang sama you boleh tambahkan dengan sedikit coconut oil atau baby oil supaya lebih liquid dan glossy. Kacau menggunakan spatula kecil sehingga warna sebati. Tuangkan dalam bekas dan biarkan sejuk. 


Selain itu, you boleh campurkan skit warna dari palette eyeshadow untuk lebih lighter atau darker effect. Uji pada kulit tangan seperti di atas terlebih dahulu untuk melihat hasil warnanya. Selain dari layurkan pepejal pada api lilin menggunakan sudu. Korang juga boleh gunakan cara lain iaitu panaskan air menggunakan periuk besar. Bila air dah mendidih, gunakan bekas atau mangkuk kaca kecil untuk pepejal lipstick dan letakkan di tengah-tengah. Bila pepejal mula cair, kacau dengan spatula sehingga warna sebati. Angkat dan masukkan dalam bekas. Biarkan sejuk.



Sekarang you dah tahu macam mana nak selamatkan lipstick kegemaran you. Tak perlu menggunakan bahan kimia, kita boleh guna bahan-bahan asas untuk hasilkan make up. Selepas ni kalau lipstick baru beli patah, jangan buang terus. Cairkan dan simpan dalam bekas yang mudah dibawa kemana-mana tau. 

Sumber kajian dan maklumat - Youtubers and Google search
Credit to Youtubers SMARTER BEAUTY, HOMEVEDA, ModaMob, Kandee Johnson, Zabrena, Yatie Sendayu Tinggi, Ela Gale & TheMakeUpChair

Friday, May 20, 2016

Nasi Butter & Kari Ayam Dal ala sukati aku

Alamak! Dah lama tak update blog. Kali ni I nak share kisah nasi butter dan kari ayam dal. Nasi Butter sama la macam ko berniat nak masak nasi minyak tapi minyak sapi tak de. Boleh gitu? I guna beras faiza herba ponni taj mahal. Sebelum ditanak, rendam beras dalam 15 minit ke 20 minit terlebih dahulu.

Beras faiza herba ponni taj mahal
Let's begin. Bahan-bahan berdasarkan apa yang ada kat dapur kecuali Koko si meow yang tengah bunting. Dia teman mummy di dapur kali ni. Asyik menggesel je mak buyong sekor ni, mau tersepak juga kalau tak perasan dia dekat kaki. Bagi dia makan dulu lepas tu kita larikkkkk

Bagi dia makan dulu
Bahan-bahan untuk Nasi Buttercup

1 biji Bawang Besar je (diracik tak berapa nak halus)
Halia size ibu jari ku (diracik tak berapa nak halus)
1 bunga lawang & cengkih
1 Kulit kayu manis
2 cup beras faiza herba ponni taj mahal
1/4 Buttercup
2 sudu minyak masak
Garam sikit
Dan air ikut sukatan beras

Sambil tu nak citer pasal kenapa diracik tak berapa nak halus ek? Kat umah ni tak ada lesung batu penumbuk. Yang ada blender tapi memandangkan bahan-bahan cipot je, nak buat pe pakai blend. So, I racik-racik je. Itu je la nak citer...ahaks
Bawang besar, halia, bunga lawang & cengkih,
kulit kayu manis (cute je) & 1/4 butter

  • Panaskan periuk nasi atas electric cooker dulu sebelum letak atas rice cooker. Masukkan minyak dan 1/4 buttercup. 

Alamak! macam nak hangus je.
 Tu la Koko... tak nak tolong mummy snap gambar ni

  • Campak bunga lawang & cengkih bersama kulit kayu manis dalam periuk. Tumis kejap kasi naik bau. Masukkan halia dan bawang dan tumis lagi
  • Dah dapat bau aroma yang melaparkan, masukkan beras yang direndam. Kacau supaya sebati

Dah masukkan beras, kacau bagi rata sebelum angkat ke
rice cooker
  • Angkat periuk nasi masukkan ke dalam rice cooker untuk sambung masak automatik. Jangan lupa taburkan sedikit garam dan kacau sebati. Tutup dan biarkan masak


Nasi buttercup yang dah siap dimasak

Next, I sediakan bahan-bahan untuk masak kari ayam dal. 

Bawang besar, halia, bunga cengkih, lawang & buah pelaga


  • Bahan-bahan nak masak kari lebih kurang sama dengan nak masak nasi butter cuma aku gantikan kulit kayu manis dengan 2 biji buah pelaga.





  • Bersihkan ayam, buang kulit dan lelemak yang tak patut. Bersihkan dengan tepung untuk hilangkan bau hanyir. 




  • I guna 1 biji American potato, 1 biji terung, 1 biji tomato. Potong seperti gambar di atas. Jika korang ingin mencuba, cuba masukkan carrot, capsicum dan kacang panjang. Mesti lagi sedap!

  • I guna 2 sudu besar (large size) serbuk kari BABAS and 1 sudu kecil serbuk kurma BABAS. Gaulkan sebati dan bancuh dengan air suam.



  • Jangan lupa kacang dal. Kata nak masak kari ayam dal. Awal-awal lagi I dah rebus kacang dal ni. Rebus sehingga empuk sebelum masukkan dalam masakan


  • Tumis semua bahan-bahan; bawang besar, halia, bunga lawang & cengkih & buah pelaga. Masukkan American potato, terung & tomato. 
  • Kemudian masukkan ayam, gaul-gaulkan dan tuang bancuhan kari dan kurma ke dalam masakan. 

  • Aku masukkan sedikit susu full cream. Dan terakhir taburkan gula dan garam secukup rasa....

Hubby dah lapar... jemput makan ye

Sunday, April 19, 2015

Mee Kari Sempena Harijadi

Besday aku dah berlalu pun... 16hb... dan fiancee aku plak 17hb April. Sepatutnya aku bercuti pada tarikh tu, malangnya tak dapat cuti walaupun aku dah lama apply, aku mintak tolong dengan Team Leader... Manager pun dah berikan approval tetapi masih tak approved dengan alasan quota penuh. Aku tengok dalam portal time shift cuti tarikh tu available... hijau. Macam nilah nasib staff kontrak, sesuka hati diperlakukan, bila ramai berhenti kerja dorang sendiri serabut serat... ah itu masalah dalaman dorang. Tapi sampai masa aku akan luahkan jugak rasa tak puas hati ni dalam surat resign. Nasib baik hari ini aku off day... 

Jadi... aku pun terasa nak masak mee kari.... yeeeeha. Dua kali aku masak mee kari... 1st round eksperimen rasa okay tapi tak cukup kaw dan kuah memang ceroi... aku share picture kat whatsapp kena kritik dengan members... kritik aku tak pandai masak. Memang la tak pandai masak... aku boleh masak je. Aku terima kritikan walaupun dorang cakap muka cantik tapi tak pandai masak tak layak buat bini (ramai gak yang tak pandai masak jadi bini orang kan ... kan... kan... Makcik aku daripada tak tahu masak, sekarang dia pandai buat coklat sendiri tau... janji hidup mesti bermotivasi). Aku tak ambik hatilah apa dorang cakap... bergurau kasar memang lah gitu. Hati kena kental sebab kerja aku pun memang dengar manusia mengkritik. Tapi percayalah cakap aku, kalau kita jaga solat kita. Kita akan punya kesabaran dan kekentalan yang tinggi. Buat sesuatu dengan mulakan bismillah. Bacalah alfatihah dengan betul... insyallah kita boleh hadapi dugaan dan cabaran hidup ini. 

Melalut plak kan.... Cam biasalah, perkara selalu berlaku bahan-bahan tak cukup. Mula-mula aku masak ikut resepi aku cari dalam google (kawan cakap nape tak tanya beliau... aku nak cuba dulu dan tanya pendapat sebenarnya). Frustnyer.... hari yang aku pergi AEONBig nak beli kerang, kerang tak ada lansung. Padahal tiap kali pergi ada je kerang. Besar...besar plak tu. 

Aku pilih masak mee kari yang simple.

Bahan-bahan kisar:

Bawang Besar 2 biji
Bawang Putih 2 biji
Halia besar ibu jari aku...
2 sudu besar serbuk kari
sedikit atau sesudu teh serbuk kunyit

(aku blend bawang besar dan bawang putih bersama halia kemudian aku gaul dengan serbuk kari dan kunyit)

Bahan-bahan kuah kari :

Fish ball
Fish cake (aku goreng)
Isi dan tulang Ayam
Sawi
Taugeh

*sebenarnya ada takua goreng dah lama aku beli, tapi bila nak guna dah expired plak.

Jangan lupa mee dan garam secukup rasa...

Hiasan yang aku ada:

Cabai
Telur rebus

1. Aku tumis bahan-bahan yang aku dah kisar sehingga bau harum naik. Aku masukkan isi dan tulang ayam yang aku potong kecil-kecil. Masak seketika dan tuangkan air. 

2. Bila mendidih, masukkan fish cake dan fish ball. Selepas mendidih baru aku masukkan garam secukup rasa dan sayur sawi.

3. Celur mee dan taugeh selamat 1 minit. Sediakan dalam mangkuk dan hiasankan dengan cabai. Aku terlupa dengan telur rebus. 

Hasilnya kuah mee kari cair. Aku cuba pekatkan dengan masukkan kentang.


Inilah gambar yang aku share dalam whatsapp group. Hehehe.... terima kasih atas kritikan, kalau tak buat silap macam mana nak tahu kekurangannya. Aku musykil gak mee kari ini abis dimakan... the taste is there but not umphhh.... kuah cayaq (cair). Tengok dalam periuk kuah kari cam dah kering tapi isi banyak lagi. Aku cuba lagi sekali kuah mee kari. Aku keluarkan semua isi dalam periuk, aku guna periuk yang sama.

Kali ini aku bahan-bahan yang aku kisar. Kali ni aku tak pakai bawang putih

2 biji bawang besar
halia besar ibu jari aku
cilipadi 5 biji

Aku gaul dengan serbuk kari dengan amount yang lebih dari 2 sudu besar bodoh resepi google tuh.

Tumis dalam periuk sehingga bau harum dan pecah minyak, kemudian masukkan semula isi mee kari tadi. Aku tambah air sedikit. 


Errrmmmmm.... nampak tak.... nampak tak.... pekat kan kan kan.... alangkah best kalau ada kerang. Mesti rasa lebih superb.  


Masa untuk merasa mee kari 2nd round ni. Errmmmmmm.... terasa macam makan mee kari di restoran Assam Pedas Claypot berdekatan dengan aparment aku. Pekat kari... pedas cili... sedap... 


Yang pasti... walaupun tak pandai masak.... aku BOLEH masak!

Thursday, September 11, 2014

RESEPI SUP SOTONG

Assalammualaikum & salam sejahtera, maaf le sebab tak update blog yang ciput ni. Bukan apa, kerja tak menentu, bila cuti pun dapat sehari ku memang layan relax je. Kali ini ku ada masa sikit nak berkongsikan resepi dari dapur orang malas. Kali ini aku nak share dengan korang resepi sup sotong.
aku snap guna smartphone.

RESEPI SUP SOTONG

Bahan-bahan:-

5 ekor sotong yang telah dibersihkan
1 ulas bawang putih diracik halus
1 biji bawang besar yang diracik halus
(aku tak guna bawang merah untuk memasak sebab bawang putih tak ngam dengan beliau)
1/2 jari halia dipotong halus
1 biji carrot (potong kecil)
1 biji ubi kentang (potong dadu)
Daun Sup dihiris halus
Garam secukup rasa

Cara-cara:-
1. Panaskan kuali tuang minyak dalam 1 1/2 sudu besar. Masukkan bawang besar, bawang putih & halia yang diracik & dihiris halus, goreng sehingga naik bau harummmm... dap dap dap... kemudian masukkan 1/2 mangkuk air (ikut size mangkuk... mangkuk ku besar ku guna air setengah)
2. campak je carrot dengan ubi ke dalam biar masak bersama sup sehingga mendidih
3. masukkan sotong, garam secukup rasa & penambah rasa ikut suka korang (Ku pon dah jarang guna kiub-kiub penampah rasa atau ajinamoto)
4. sotong cepat masak, masukkan daun sup untuk final touch
8
*jangan lupa padam api selepas itu & sedia dihidang.

Masakan yang senang dan cepat. Kalau korang suka pedas, boleh juga masukkan cili padi untuk rasa pedas skit. Ataupun additional, kicap campur cilipadi yang dihiris halus untuk rasa pedas.

Selamat mencoba.

Saturday, August 10, 2013

PUDDING BUTTER BREAD

Sepanjang bulan puasa sebenarnya aku berhasrat nak cuba buat Pudding Butter Bread. Tapi aku tak ada microwave atau oven. Betul-betul penghujung puasa aku nekad nak cuba jugak buat mesti ada alternative selain daripada membakar menggunakan oven atau microwave. Memula aku jumpa keadah menggunakan tepung kastard dan agar-agar. Tapi aku rasa macam tak best sangat sebab kena blend roti kasi hancur. So.... aku search kat google cari cara lain. Aku jumpa cara ini, dan tak sangka pula menjadi. Huhuhu....... 

Bahan-bahan ringkas:-

beberapa keping roti (kalau nak sedap roti bakery yang tebal tapi nak bereksperimen aku try guna roti gardenia kosong je)
2 biji telur
1 tin susu cair
Sesudu teh Esen Vanilla
3 atau 4 sudu besar Gula (kurangkan manis dalam makanan lebih manis dalam senyuman)
1 atau 2 sudu besar Kismis hitam atau choco cheap ataupun mix fruit (terpulang, aku guna kismis)
Butter untuk sapuan kepada roti 

Cara membuatnya:-


  1. Dalam mangkuk, pecahkan telur, masukkan Esen Vanilla, susu cair dan juga gula, kacau sehingga bahan-bahan sebati; (Masa aku mencari bahan kat Tesco boleh plak Esen Vanilla tak de stok? jadi aku tak letak Esen Vanilla......kemudian ada bahan aku lupa masukkan sekali);
  2. Beberapa keping roti disapukan butter pada kedua-dua bahagian dan potong empat (aku potong bahagian kerak ingatkan nak buat tapi sayang pula aku potong kecik-kecik). Susun roti dalam bekas sambil taburkan kismis (aku taburkan jugalah kerak roti...hua hua hua);
  3. Tuang bahan cair yang kita kacau sebati ke dalam bekas yang sidah disusun dengan roti. (Tengok gambar, tak sangka bekas aluminium yang aku beli kecik. Sumbat je kasi mampat);
  4. Biarkan sekejap supaya roti menyerap dan mengembang (dalam 1 atau 2 minit);
  5. Kemudian masukkan dalam pengukus, kukus 20 hingga 30 minit. Masak... hidangkan


Bila tiba waktu berbuka, aku pon excited nak rasa pudding butter bread yang aku buat tu. Nampak menjadi. Bila potong, angkat dan letak ke piring... wah memang menjadilah masakan aku ni. Bila rasa???.............. memang rasa seperti pudding butter bread cuma... tapi ada kurang nie. Aku pon rujuk balik resepi aku salin..... aku terlupa masukkan gula ketika mengacau telur bersama susu tadi. Keh keh keh.... so sebagai alternative aku tuang susu pekat manis... ermmmmmmm barulah rasa. Ini mesti sedap kalau kita buat susu butter makan bersama dengan pudding roti ini. 

Eh... korang cubalah mungkin cara korang lebih sedap!




Sunday, August 4, 2013

PUDDING COCKTAIL

Hampir setiap hujung minggu dalam bulan Ramadhan, Penulis berbuka puasa di rumah bakal mertua. Hehehe.... bakal ibu mertua Penulis supporting orang dia. Penulis pulak jenis tak pandai nak bodek-bodek ambil hati bakal ibu mertua. Nak join dia kat dapur pon, bila sampai dia dah siap masak. Layan dia tengok tv lah selalunya. 

Penulis pon rasa macam tak best pulak kalau tak buat apa-apa untuk juadah berbuka. Jadi Penulis pon buatlah pudding cocktail sebagai desert untuk berbuka nanti. Dapur orang malas pon ada hati nak sediakan desert sedemikian rupa.... ahaks!

Bahan-bahan yang penulis guna untuk sediakan desert pudding cocktail ni simple je.


1 liter susu Dutch Lady Fresh Milk/ Low Fat Milk /Full Cream

1 tin Fruit Cocktail
1 tin  Nata De' Coco

2 Sudu Besar Tepung Custard
2 Sudu Besar Gula

cara membuatnya:-


1) Panaskan susu dalam periuk, sentiasa kacau supaya susu tak hangus dalam dasar periuk. Kacau sampai susu mendidih.


2) Sementara menunggu susu mendidih tu, Korang bancuh tepung custard bersama gula, cedok  dalam 2 senduk susu yang sedang memanas tu. Bancuh tepung custard sehingga sebati.

3) Bila susu sudah mula mendidih, masukkan bancuhan tepung custard ke dalam dan kacau sebati, susu akan nampak memekat, korang masukkan Fruit Cocktail bersama dengan Nata De' Coco ke dalam. Kalau nak masukkan sirup Nata De' Coco atau Fruit Cocktail tu, korang masukkan sedikit dalam 2 senduk sebab susu sudah manis bila dicampurkan dengan bancuhan custard tadi.

4) Tutup api, biarkan sejuk seketika. Kemudian simpan dalam peti sejuk.


Hidangkan bersama dengan ais... 

Amacam? senang tak? Yang penting rasanya sedapppppp.... Teringat pernah sekali Penulis sediakan desert ni di rumah mak penulis. Sepatut selepas sejuk di luar, nak simpan dalam peti ais untuk menyejukkan lagi desert ni. Jadi, tak perlulah masukkan ais sangat. Tak sempat desert ni penulis nak simpan dalam peti ais untuk menyejukkannya, mak penulis tak sabar terus dia makan. Aiseymennnnnnnnnn... makan dengan ais atau makan sejuk... sejuk barulah sedap. Tapi dia cakap sedap... tak apelah kalau macam tu. Kakak penulis pun diam jugaklah tengok mak kami makan. Asalkan dia bahagia...

Wednesday, July 24, 2013

PENGENALAN

Kenapa Penulis pilih tajuk blog 'Dapur Orang Malas'? Once upon time Penulis rajin juga ke dapur, memasak, kemas rumah dan sebagainya. Entah sejak bila pulak jadi malas, bukan malas biasa... malas sangat! Orang cakap penyakit malas boleh berjangkit, jangkitan siapa Penulis dapat tak tahulah. Rajin tu bleh kira berapa kali je. Ikut mood.... mood malas lebih selalu dari mood rajin. Mood rajin Penulis cuma online. Yang lain Penulis malassss!.


(gambar hiasan sumber dari Google Image Search)

Sebagai pengenalan, sebelum cerita pasal dapur Penulis nak mulakan citer pasal malas lipat kain baju. Ini memang masalah berkurun Penulis alami, MALAS LIPAT BAJU! tapi rajin la pulak membasuh apabila penuh sebakul dan rajin pulak menjemur. Tapi bila part melipat????....  Penulis mendapati Penulis jadi malas nak melipat sebab dalam almari Penulis dah penuh. Penulis tunggu susut baju-baju yang dah lipat dalam almari agaknya. Sangkut? department sangkut pun penuh. Penulis ada jugak box.... tapi penuh jugak. Haishhhhh tu nak suruh Penulis beli almari baru la tu. 

(Gambar hiasan sumber dari Google Image Search)

Penulis teringatlah dulu, kalau pergi lepak rumah ibu saudara Penulis (harap dia takjumpa blog ni, hik hik hik...) Hujung masa lapang beliau, lipat baju. Memang banyak kain baju, boleh ada department untuk kain baju yang belum lipat. Masa Penulis masih student, bila cuti selalu lepak rumah dia... penulis ada juga bantu beliau lipat baju... hehehehe... Lipat ikut sempat janji cepat habis. Jangankan rumah beliau, kalau di rumah nenek (sekarang rumah pak long) pon layan lipat kain baju jugak. Tuan punya baju pon tak lipat kain baju dorang kan.... cuti semester ke... jadi percutian melipat baju ni??? Tapi bila arwah nenek ada tak boleh lah nak lipat ikut sempat janji cepat habis.... kena pulak tazkirah cara lipat baju. 

(Gambar hiasan sumber dari Google Image Search)

Arwah nenek Penulis sambil melipat baju, dia ajar bila melipat baju, pastikan susunan size sama dari bawah ke atas. Kalau boleh biarlah lipatan yang besar dibawah dan kecil di atas. Susun elok-elok dalam almari. Korang jangan tak suka dengan teguran nenek korang. Teguran orang tua-tua nie sebenarnya mengajar kita bagaimana menjaga adab kita sebagai wanita.